Jom berlari di Ice Watch Light Up The Night Run 2018!

4:46 am



Rasa macam dah jarang join marathon atau running sejak sibuk ni. Bila Nisa Kay duk ajak register Ice Watch Light Up The Night Run 2018 di IOI City Mall, rasa teruja nak berlari semula! Lagipun tema larian ni nampak menarik. Apakah yang menarik tu agaknya ya?

Ice Watch berkerjasama dengan The Marathon Company yang menjadi official sponsor untuk acara larian kali ni. Apa yang menariknya, para peserta diberi pilihan untuk memilih salah satu daripada tujuh warna baju larian yang disediakan. Ada merah, kuning, oren, ungu, biru, hijau, dan pink yang merupakan warna-warna jam Ice Watch. Wah 7 warna yang sangat menarik. Lagi uniknya, acara larian akan diadakan di sekeliling IOI City Mall Putrajaya pada 1 Disember 2018 ni! Kalau tahun 2016, 6,000 peserta menyertai acara larian ni, agak-agaknya berapa ramai tahun ni?


Hanya dua kategori akan dipertandingkan iaitu 5KM & 10KM. Kalau jenis tak berlari banyak amek lah 5KM tu. Jenis kuat berlari boleh join kategori 10KM. Setakat keliling IOI City Mall tu apa lah sangat kan? Boleh lari bersama rakan-rakan dan keluarga, bersama-sama. Boleh terus daftar di: www.racexasia.com/event/ice-watch-light-up-the-night-run-2018/ 



Masa press conference haritu berkesempatan juga lihat sendiri koleksi terbaru Ice Watch iaity ICE Steel (RM549 - RM709) & ICE Sunset (RM469). Aduh, berkenan pulak tengok macam-macam variasi ICE Sunset. Warna cantik sangat! Rasa macam nak tambah koleksi since dah ada dua jam Ice Watch sebelum ni. Nak tengok betapa kacak dan cantiknya ICE Steel & ICE Sunset pi la ushar di :

Facebook www.facebook.com/ice.watch.my Instagram www.instagram.com/icewatch_my. 

Kalau dah beli boleh la berlari dengan penuh bergaya di Ice Watch Light Up The Night Run 2018 nanti!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook