Review: Althea Milk Peel Cream Mask

11:14 pm



Althea keluarkan produk baru lagi! Wahhhh cargas nampaknya Althea berterusan mengeluarkan produk-produk terbaru untuk mereka yang nak cantik persis wanita Korea. Setakat ni Ney memang guna produk-produk dari Althea sebab kulit Ney serasi dengan produk mereka dan tak pernah ada masalah. Sebab tu dalam senarai 10 produk dari Althea Korea yang wajib beli Ney tulis sebelum ni pun kebanyakkannya adalah produk jenama Althea sendiri.  Kali ni, Ney nak review Althea Milk Peel Cream Mask. Milk? Susu? Produk berasaskan susu ke macam mana tu agaknya?

Milk Peel Cream Mask Dari Althea Korea


Produk Milk Peel Cream Mask dari Althea Korea ni ialah sejenis masker untuk muka dalam bentuk krim yang pekat dan akan bertukar menjadi buih setelah pakai. Krim dia memang pekat macam clay tu dan mengandungi ektrak AHA dan BHA untuk pengelupasan kulit yang lembut dan sangat berkesan. Krim akan bertukar menjadi seperti whipped cream buih-buih halus dan mengeluarkan sel-sel kulit mati untuk mengelakkan berlakunya kupingan kulit kering. Selain ekstrak AHA dan BHA, Milk Peel Cream Mask ni juga mengandungi ekstrak protein susu untuk melembapkan dan rejuvenate balik kulit kita supaya lebih sihat. Bukan tu je, produk ni juga mengandungi Kaolin yang berfungsi untuk menyahtoksin dan mengeluarkan kotoran dari liang-liang pori di wajah kita.

Milk Peel Cream Mask ni sesuai lah digunakan untuk mereka yang mempunyai liang-liang pori besar, kulit jenis kombinasi, atau sejenis kasar dan sensitif yang memerlukan exfoliation secara lembut, atau sejenis kulit kering yang memerlukan pelembapan selepas peeling. Senang cerita, semua jenis kulit pun sesuai pakai Milk Peel Cream Mask ni.


Pump, Dan terus sapu di kulit. Krim tekstur seperti tanah liat (clay) yang pekat. 

Selepas 30-60 saat, krim seperti clay tadi bertukar menjadi buih-buih halus. 
Buih-buih halus yang terhasil dari Milk Peel Cream Mask

Macam Ney, kulit Ney memang sejenis dry skin, yang betul-betul dry. Terlalu teruk la kering kadang-kadang boleh menggelupas. Bila pakai Milk Peel Cream Mask dari Althea Korea ni, Ney rasa kulit sangat lembut dan lembap. Cara penggunaan pun sangat mudah:

1. Basahkan sedikit wajah kita.

2. Sapu dan ratakan Althea Milk Peel Cream Mask ke seluruh wajah, tak perlu letak banyak pun nipis je ok dah.

3. Urut muka, dan gosok krim di muka tu secara perlahan-lain sehingga keluar buih-buih lembut.

4. Biarkan selama 30 hingga 60 saat sebelum basuh muka hingga bersih.

Ney suka Milk Peel Cream Mask ni sebab ada certain mask mesti mengeringkan lagi muka Ney. Tapi yang ni memang berbeza sebab dia tambah kelembapan kulit muka Ney. Lagi satu packaging botol jenis pump macam ni memang Ney lagi prefer sebab kita boleh agak-agak berapa banyak nak guna. Kalau jenis tuang, mau sebotol tu laju je habis haha! Lagi satu Ney suka bau nya yang seakan-akan bau susu. Lepas cuci muka, takdelah korang berbau susu basi tu! Dia bau susu tapi wangi gituh.



Bersaiz 50 ml, botol kecil senang dibawa travel atau kemana sahaja. Kalau guna dua kali je seminggu rasanya lebih sebulan pun tak habis lagi. Harga pun affordable RM36 je sebotol. Hah untuk pembelian boleh terus ke: https://my.althea.kr/milk-peel-cream-mask .

Jangan lupa untuk follow Instagram @altheakorea dan like Facebook Althea Korea untuk sebarang update terkini.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S