filem papadom tu sedap ke?

1:06 am




"apa itu papadom?"

"siapa dom? kenapa papa dia femes sangat?"

"makanan ke papadom tu? sedap ke?"

"macam mana rasa entah?"


aku bukan mahu cerita pasal papadom yang merupakan sejenis makanan itu. tapi, aku mahu cerita kisah kasih seorang bapa kepada anaknya, dalam filem terbaru karya enchek afdlin shauki. best sangat ke filem ni?

jawapan sama ada best atau tidak filem papadom ni sesedap rasa papadom tu ke, depends kepada setiap individu. kalau korang rasa korang ada rasa feeling terlebih, hati selembut tisu ke, selembut gula-gula kapas atau apa, mungkin korang dapat menghayati jalan cerita filem ni.



hari khamis dan jumaat lepas, aku pergi tengok filem ni. ya, dua kali! mengapa? itu aku punya suka lah. jangan tanya. first time tengok, memang aku nangis la part last scene tuh. kali kedua tengok, dah takde apa-apa effect. ketawa pun tidak untuk semua babak. maka korang rasa macam mana? best ke? cepat pergi tengok sendiri.

lantak lah, rempah asli ke, resipi tradisi ke, tapi hakikatnya bukan senang untuk jadi seorang papa! bak kata si saadom kepada mat wajib tayang. bagi aku, filem ni takde la best sangat tapi, boleh la kot. cuma akan rasa sedikit tidak logik si miasara tu dapat 20A tapi amek kos macam tuh je? nape lah tak apply medic ke ape ke yang cambest sket. tapi sure rasa macam best dapat tengok muka mat wajib tayang yang suka sangat buat filem paras punggung dia tuh.

apa-apa pun, bagi aku, korang tengok filem ni dan nilaikan sendiri. sedap ke filem papadom ni? rasa macam kenyang tak lepas tengok filem ni? puas hati tak? dah tengok tuh, komen banyak-banyak kat sini. chow~


nota kaki: untuk dia yang menemani saya menonton wayang, terima kasih! =)

You Might Also Like

3 comments

  1. papadom tak best..
    tapi trimas laa belanja..
    hehehe

    ReplyDelete
  2. papadom tak best..
    tapi trimas laa belanja..
    hehehe

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S