Fettuccine Creamy Carbonara

8:56 am


ini memang makanan faveret saya. asyik post di Facebook dan Twitter, ramai pulak tanya macam mana nak masak makanan ni. takde lah susah mana. sampai lah si Naily asyik meleleh air liur ah tengok status saya di mukabuku. nak pergi rumah dia kat Ipoh, main masak-masak tak sempat dah maka ajar kat sini je lah pun aci kan?

sepanjang saya masak, tak pernah pun ada sukatan bagai macam rancangan masak-masak dalam TV tu. main campak-campak je sebab ibu memang masak pun main cmapak-campak. agak-agak je lah sukatannya. apa yang diperlukan?



separuh bungkus SAN REMO fettuccine (kenapa san remo? sebab saya suka brand ni.)
1tin PREGO Cheese & Herbs spaghetti sauce (saya tak suka knorr maka saya guna prego)
Daging cincang atau ayam pun boleh (saya suka beli brand ramly tu sedap)
1/4 litre susu kotak segar (tak payah letak pun takpe)
bawang putih dan bawang merah (sila cincang sampai hancur hahahaha)
pati ayam
daun parsley
keju Parmesan
white pepper
garam
olive oil (minyak biasa pun takpe)
air

maka, untuk pasta mula-mula kita rebus la. takkan nak makan keras-keras macam tu kan? masa rebus tu tabur la garam sikit, letak pati ayam sikit. kenapa letak pati ayam? jeng jeng jeng sebab nak bagi rasa best sikit la. kang tawar tak sedap. oh ya, jangan lupa letak minyak sikit untuk mengelakkan semua pasta itu melekat satu sama lain bila dah di toskan. ahaks! dah lepas rebus tu sila lah angkat dan tos kan. kang kembang pulak.

macam biasa, mula-mula panaskan kuali (ni pun nak kena beritahu ke?) then letak minyak sikit. sikit je tau! lepas tu letak lah bawang putih sikit, bawang merah sikit. then tabur white pepper sesuka hati nak banyak mana. lepas dah tumis bawang tu boleh lah letak daging ayam ke lembu ke. nak best, boleh lah letak chicken meatball ke sebagai menu tambahan. hikhikhik.... masa ni nak tabur lagi pepper pun boleh. lagi banyak, lagi mabeles. lepas tu letak pulak setin sos carbonara tadi. letak garam sikit, letak air pulak sikit...jangan banyak sebab nanti cair. then kalau nak letak susu pun boleh lah sikit. biasanya saya tak letak susu pun. rasa macam tak best. hahaha! lepas tu apa lagi? kacau-kacau la. saya tak suka cair sangat sos nya. lagi pekat likat tu lagi sedap. nyummy!

then biasanya saya nak makan, saya letak pasta dalam pinggan, then baru letak sos atasnya. ada orang suka masak sekali dengan sos tadi dalam kuali. mana-mana cara pun boleh. nak sedap, tabur lah cheese dan daun parsley atas pasta yang dah siap hidang tadi. lepas tu masuk mulut dan MAKAN!

ok, selamat main masak-masak. tulis entry secara bertubi-tubi dengan kelajuan maksima sebab nak study untuk final exam pulak ni. selamat mencuba dan selamat makan. nak tanya apa-apa, sila komen. fuhhh~






You Might Also Like

9 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook