Tragedi Somalia: Jurugambar BernamaTV meninggal dunia ditembak mati

6:01 pm



Jurukamera BernamaTV Noramfaizul Mohd. Nor, 41, meninggal dunia setelah terkena tembakan curi semasa membuat liputan Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia dan BAKTI di Mogadishu, Somalia malam ini. Manakala jurukamera  TV3 Aji Saregar Mazlan cedera ringan di bahu kanan terkena serpihan peluru.

Wartawan BernamaTV Khairulanuar Yahaya yang turut serta dalam misi itu berkata, kejadian itu berlaku semasa Noramfaizul bersama rakan media elektronik yang sedang menaiki trak dalam perjalanan ke sebuah pusat komersial dengan diiringi tentera kerajaan Somalia untuk menghantar berita telah terkena tembakan curi yang mengenai bahunya dan menembusi parunya.



Kejadian itu berlaku pada pukul 10.30 malam waktu Malaysia dan Noramfaizul meninggal dunia semasa menerima rawatan pada pukul 11.07 malam waktu Malaysia (Malaysia lima jam lebih awal dari Mogadishu), katanya.

Khairulanuar berkata, tembakan itu ditujukan kepada trak tentera kerajaan yang mengiringi pasukan media dalam liputan berita telah tersasar dan mengena Noramfaizul yang duduk berdekatan tingkap. Misi tersebut yang berlepas pada 28 Ogos dari Kuala Lumpur, dijangka pulang 8 September ini.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Norazrina Jaafar, 37, dan dua orang anak lelaki Mohd Irfan, 8, dan Mohd Naufal, 3. Sementara itu, Norazrina, yang sedang dalam perjalanan balik dari Johor ke rumah mertuanya di Serdang Raya dekat sini, melahirkan rasa terkejut dan sedih dengan pemergian Allahyarham. Norazrina berkata sebelum suaminya berlepas ke Somalia, Allahyarham telah berpesan supaya menjaga diri dan anak mereka dengan baik.

kredit: rbf online


nota: terbaca tentang berita ini dari beberapa orang wartawan Bernama di dalam timeline Twitter sejak malam tadi tapi tak sempat update sebab mengantuk sangat. moga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang beriman. Al-Fatihah.

You Might Also Like

2 comments

  1. Fairly! This was a very great publish. Thanks to your supplied info.

    ReplyDelete
  2. Wonderful publish. I'm struggling with several these difficulties.

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook