Jawapan Balas Bagi Entri: Jenis Wanita Melayu Yang Lelaki Menyampah

2:32 am



ini semua makcik Liza suruh sambung entry dia ni. jawapan balas bagi entri  Jenis Wanita Melayu Yang Lelaki Menyampah . ada 25 jenis wanita melayu yang lelaki menyampah, tapi Liza buat 10 je jawapan balas. sesuka hati je makcik ni suruh saya sambung. baiklah, ini kesinambungannya:


11. Nyampah tahu tak kalau kau tak reti bawak barang shopping sendiri..padahal 2 3 plastik je..tu pun nak suruh balak kau..balak kau nyampah ok..bukan suka pun

memang ada yang jenis macam ni. manja sangat entah kenapa. bukan lelaki je menyampah, saya pun menyampah sama. Allah dah kurniakan tangan yang sihat walafiat tu nak buat apa? lagi-lagi yang siap suruh balak bawakkan handbag. dah tak pepasal balak dia tu saya cop bagai lembu dicucuk hidung" . tapi tak semua wanita begini tahu? saya bukan jenis suruh orang lain susah-susah bawak barang saya melainkan beg laptop saya yang berat. haha!


12. Sikit-sikit kau ngadu kat member-member kau yang kau ada stalker kat kelas, kat office..konon kau tak tahu nak buat ape..ape doh perangai kau

kalau dah rasa diri hot sangat sampai ada stalker kaw-kaw punya saiko, mungkin boleh ambil action yang sepatutnya. report polis ke apa kalau dah bahayakan diri. ngadu kat member macam lah member boleh buat apa-apa. tapi situasi ni memang selalu terjadi pun. ada juga sesetengah wanita pula suka mendiamkan diri. pendam je rasa kena stalk ke apa. so, kalau pendam, takde lah lelaki menyampah. macam tu?


13. Kau bisik-bisik ngan member kau yang duduk semeja..padahal dekat meja tu tengah lepak 4 5 orang


biasanya terjadi bila ada rahsia yang hanya share berdua. tak pun isu yang dibisik itu melibat kan hati dan perasaan 4-5 orang yang lain semeja tu. tapi saya pun menyampah kadang-kadang. tak dinafikan lah sebab hati terasa macam diorang mengata kita ye tak? tapi ada je lelaki buat macam ni so wanita juga boleh menyampah dengan lelaki. heh?

15. Bila kau lepak ngan member yang hot stuff, hensem-hensem, kool, kau tak pulak nak tegur member kau yang pakai tudung serabai plus muka berminyak 'she's not my friends..please lah'

takde no 14, tetibe dah no 15. layan kan je la...ini kes malu nak tegur kawan. jaga air muka kononnya. malu ada kawan serabai. tapi dia lupa kot nak cari kawan gelak ketawa memang senang, nak cari kawan susah senang bersama itu memang payah. hargai lah rakan-rakan sekeliling anda. alhamdulillah,saya tak pernah bezakan kawan-kawan saya setakat ni.


16. Kau tenung-tenung mamat yang cam kool supaya mamat cam kool tu perasan kewujudan kau sambil buat muka tahi

ala ni biasalah! jumpa mamat kacak sikit, buat aksi gedik di depan mata. duk tenung mamat cool tersebut dengan harapan menggunung mamat tu pandang balik. tapi...errrr saya kadang-kadang je lah ushar mamat kacak ni. hakhakhak (matilah cinta hati marah ni)


17. Kau order makanan itu ini sebab gambar dekat menu cantik..tapi bila makan 3 4 sudu kau cakap tak sedap..lepas tu tak habis..lepas tu ngadu lapar..g makan kat tempat lain pulak..nak terajang muka kau siot

ini saya pun kadang-kadang nak terajang semua yang berperangai macam ni. tak tahu erti membazir. tak dinafikan, ada antara kawan-kawan saya begini. order punya banyak mentang-mentang duit banyak. lepas tu tak pandai nak habiskan. tak sedap lah apa. dia lupa kotnya rakyat Somalia tu punya susah nak dapatkan makanan, dia kat Malaysia ni tak pandai hargai makanan.


18. Kau tak pandai buat tu, buat ni..tanak pegang tu, pegang ni..alasan kau kotor, jijik..habis sapa yang nak buat kan?


ini kategori dimanjakan sangat ni. mungkin juga faktor feeling princess. atau di rumah dia, ada orang gaji tolong dia buat macam-macam benda termasuk basuh berak dia? haha!


ok saya stop setakat ini. saya pun pemalas macam Liza. apa kata no 19 hingga 25 tu kita bagi orang lain sambung? Mira Edora misalnya? auwww dasar pemalas saya ni. terima kasih kerana membaca. entri seterusnya ialah entri contest Rebut RM1000 untuk Malaysia #Merdeka54.

You Might Also Like

3 comments

  1. bahahaa.cam siut pemalas sama cam aku. yg angkat brg time shopping tu ramai sbnrnnyer gurl buat.aku lak xsuke cz nnti nmpk cam buli lelaki.hahahaha. part xnk mkn sbb xsedap tu kambengsssss ar.ngader.wakakaka

    ReplyDelete
  2. Anonymous yang malu letak nama sebab Forever Alone9 September 2011 at 21:56

    Saya sebagai rakyat malaysia dengan ini menyeru untuk awek-awek yang takder ciri di atas sila ngorat saya

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook