Jadual Peperiksaan PMR 2011

10:09 pm

teringat masa PMR dulu, sepatutnya saya ambil 9 subjek (termasuk bahasa arab) tapi sebab tak yakin akan dapat A atau B untuk bahasa arab, saya drop di saat-saat akhir. paling teruk saya pernah dapat adalah C untuk bahasa arab. ustazah yakin saya boleh dapat sekurang-kurangnya A tapi saya langsung takde keyakinan. akhirnya, saya ambil 8 subjek sahaja. keputusan PMR tahun 2003? alhamdulillah, saya dapat 6A 2B.



Peperiksaan PMR pada tahun 2011 akan bermula kertas pertama peperiksaan pada 4 Oktober 2011. sehari selepas tarikh lapor diri saya di PETRONAS Chemicals Group, KLCC pada 3 Oktober ini. masa zaman PMR saya dulu, memang lah time ni rajin lagi. masa tu aktif sangat kumpul penpal dari komik. siap tulis surat la apa. lepas tu dah berkenalan dengan ramai kawan dari pelbagai negeri, kami bertukar-tukar soalan percubaan masing-masing. boleh lah merasa dapat jawab soalan dari negeri lain kan? tapi itu dulu. sekarang semua soalan percubaan PMR dari pelbagai negeri dapat secara online. lepas tu dalam masa yang sama, siap sibuk kumpul sijil di sekolah. masuk macam-mcam pertandingan, aktif cocurriculum, dan selalu ke pusat tusyen untuk bersedia menghadapi PMR. biasalah, orang kata masuk tingkatan empat nanti boleh apply mana-mana MRSM kononnya. tapi saya duduk jugak kat dalam SMART tu dari tingkatan satu hingga lima. hehehe~ 

Berikut adalah Jadual Peperiksaan PMR 2011 :

4/10/2011 :

Bahasa Melayu Kertas 1 (8.10 – 9.10am),
Bahasa Melayu Kertas 2 (9.50 – 11.50am)
Pendidikan Islam Kertas 1 (2.30 – 4.30pm)

5/10/2011 :

Bahasa Inggeris Kertas 1 (8.10 – 9.10am),
Bahasa Inggeris Kertas 2 (9.50 – 11.20am)
Geografi Kertas 1 (2.30 – 3.45pm)

6/10/2011 :

Science Kertas 1 (8.10 – 9.10),
Science Kertas 2 (10.30 – 12.00pm)
Sejarah Kertas 1 (2.30 – 3.45pm)

10/10/2011 :

Mathematics Kertas 1 (8.10 – 9.45am),
Mathematics Kertas 2 (10.40 – 12.25pm)
Kemahiran Hidup Bersepadu (2.20 – 3.50pm)

11/10/2011 :

Bahasa Arab Kertas 1 (8.10 – 10.40am),
Bahasa Cina Kertas 2 / Bahasa Tamil Kertas 2
Bahasa Punjabi (8.10 – 10.10am), Bahasa Iban Kertas 2 / Bahasa Kadazandusun Kertas 2 (8.10 – 9.25am), Bahasa Cina Kertas 1 / Bahasa Tamil Kertas 1 / Bahasa Iban Kertas 1 / Bahasa Kadazandusun Kertas 1 (11.10 – 12.10pm)

Selamat maju jaya untuk semua calon-calon PMR 2011. 
jangan ingat tingkatan empat nanti adalah "honeymoon year". 

You Might Also Like

1 comments

  1. best nya nak lapor diri kat Petronas! @EzrlG dapat 8A PMR, sekarang masih menggangur nak cari kerja...

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook