Review: In Time

9:13 am



Filem "In Time" ni mengisahkan tentang kepentingan masa ye. siapa yang suka bazir masa, saya syorkan anda menonton filem ni dan sedar tentang kepentingan masa. Ceritanya, tempat diorang ni semua orang ada jam masa kat tangan masing-masing dan masa yang tercatit kat situ penentu jangka masa hidup diorang. setiap orang hanya ada 25 tahun untuk hidup. tapi untuk orang miskin la. kalau orang kaya, memang banyak sungguh masa nya. mereka beli kopi, naik bas, telefon awam, gaji berkerja semuanya tidak menggunakan wang tapi masa.

macam-macam berlaku kat mamak kacak ni, sebenarnya salah faham je semua. tapi sempat lah dia culik awek comel yang juga merupakan anak tauke bank masa. tapi akhirnya mereka jatuh cinta. banyak adegan tembak-tembak, ada juga adegan mandi bogel di laut. heh? abaikan. si anak ni yang dah penat hidup terkongkong, sanggup jugak rompak bank masa bapak sendiri. dan merek berdua guna masa yang mereka curi untuk budak-budak miskin. apa kesudahan nya, berjaya ke penjaga masa tangkap mereka berdua yang wanted ni?

Bagi saya, filem ni best lah jugak. lain dari yang lain. ada banyak part aksi si Justin Timberlake ni. Tapi,saya tak dapat bayangkan macam mana lah nak hidup 25 tahun je. maka, sila lah hargai masa dan nyawa wanda. Rating yang boleh saya bagi cuma 3 bintang.



memang lah sekarang hobi balik kerja, terus pergi lepak tengok wayang bersama rakan-rakan ye . terima kasih untuk yang teman tadi, sampai kebasahan beliau tadi dilanda hujan lebat. ish ish ish..kesian. :p

You Might Also Like

3 comments

  1. kalau 3 bintang je mesti cite dia sedang sedang je kan. hehehe..

    ReplyDelete
  2. hh tu hasru hassan dear..
    dy review ur blog :)

    ReplyDelete
  3. tikah; not bad jugak sbnrnya

    ain; hehehe tahu da. smlm google

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S