Review: The Three Musketeers dan Fenomena Halo Bulan
9:02 amSemalam, pepagi dah dapat call dari seorang pakcik tua bernama Syed Salleh suruh pergi plaza lowyat. dengan penuh kemalasan dan kepenatan maka gagahkan juga diri untuk ke plaza lowyat. kat sana jumpa lah abang saya yang paling mengada ni dengan seorang awek iaitu Lily. dah berjalan-jalan survey laptop baru abang (entah berapa kali dia punya laptop jahanam entah) dan saya survey harga external hard disk atas perintah atok penyu.
lepas tu kami ke Times Square, dan menunggu ketibaan kembar tersayang, Mujib Jazmin dan rakannya. ok, ini adalah first time jumpa kembar saya yang sorang ni. birthday kami sama, dan dia dah janji nak bagi hadiah birthday. sangat lambat bukan? dah dua bulan baru sempat nak berjumpa. mujurlah saya intern di KL sahaja. masa tengok my twin datang bawak paper bag, dalam ada kotak pulak, memang tahu dah tu hadiah saya. sangat gelojoh, terus bukak balutan. jeng jeng jeng dapat lah hadiah comel di atas ni. eh hndphone tu bukan hadiah ye! haha~
lepas tu jenjalan dalam Time Square, decide nak tengok wayang. yeah, twin belanja! terus beli tiket, thru iPhone dia tu (kalau henset cabuk saya mana boleh kan hahahaha) dan kami pilih The Three Musketeers! sebelum menonton wayang, sempat jugak lepak makan minum kat oldtown white coffee. dan sekali lagi twin belanja! maceh bebanyak my twin sayam. kira ni celebration belated birthday kita la kan? hehehe...
so, cerita The Three Musketeers ni sebenarnya mengisahkan seorang pemuda keras kepala bernama D'Artagnan bersama tiga orang bekas Musketeers yang sangat legend lah! Tiga bekas Musketeers itu ialah Athos, Aramis and Porthos. Mereka bertiga terpaksa bersatu padu untuk menentang agen dua muka yang cantik iaitu Milady dan seorang pengkhianat negara iaitu Kardinal negara Perancis. Milady dan Kardinal berniat jahat dan cuba untuk menakluk Perancis. Maka, mereka berdua telah buat perancangan menggulingkan pemerintahan Raja Perancis yang mentah ini dengan mencipta satu skandal di antara Buckingham iaitu Raja England dan Permaisuri Perancis sendiri. apakah yang terjadi? Berjayakah Milady dan Kardinal? itu korang kena lah tengok sendiri.
bagi saya, best jugak lah cerita ni. tapi ending tergantung dan saya pasti ada sambungan bagi filem ini satu hari nanti. banyak part mendebarkan sampai saya sempat jerit tengok luka-luka berdarah D'Artagnan tu. dan ada juga kisah lucu dari tiga Musketeers dan orang suruhannya yang comel itu. kalau rasa nak tengok Orlando Bloom dan Milla Jovovich in action boleh lah layan filem ni!
so, semalam 09.10.11 tarikh yang sangat cantik. dan berlaku satu fenomena Lunar Halo pada bulan yang kita semua nampak. lepas tu biasalah mentaliti orang kita, terus kecoh katanya dalam masa 44 hari lagi akan datang satu bencana menimpa kita. bak kata Solihin, "Itu mungkin kata-kata seorang hamba Allah yang kali pertama melihat fenomena tersebut dan terus jadi paranoid."
Mengikut Wikipedia, fenomena "Moon Halo" atau Halo Bulan bukanlah sesuatu yang luar biasa tetapi sering berlaku apabila bulan melalui fenomena tertentu. Fenomena bulan yang kelihatan seolah-olah dikelilingi cincin itu berlaku disebabkan pembiasan cahaya bulan yang melalui kristal ais (ketulan ais) pada awan jenis sirus yang terletak kira-kira lima hingga 10 kilometer dari permukaan bumi.
tapi, benar kata-kata Solihin, fenomena ni selalu terjadi malah sebelum ini ada yang lebih besar halonya, dan berwarna warni. di Kuantan juga sudah banyak kali terjadi sebab itu saya tak keluar rumah dan terlihat bulan semalam. cuma nak ingatkan. tak perlu kot terlalu percaya mitos karut yang anda dnegar. nak jadi bencana atau tidak, itu ketentuan yang dia atas sana :)
13 comments
kat gambar patung tu, ade rambut gugur. haha
ReplyDeletekat sabah pun..dah biasa tgk bulan cam ni...:)...baru2 ni wktu akhir-akhir ramadhan pun ada...tp,,mmg selalu je ada sbb suka santai2 wktu mlm dkt luar rumah wif family...:)
ReplyDeletefadil; itu yg kamu nampakkk? grrrrr
ReplyDeletefarina; wahhhh tak sangka kamu dtg sni. lama tak nampakkkk. yup, sllu je halo ni . siang hari pn boleh jd
Next time lepak lagi k twin.. thanks teman semalam :D
ReplyDeleteciter 3 muskeeters ni mengingatkan aku kat citer slumdog millionaire pulak..woot~
ReplyDeletepasal lunar halo tu, memang best malam tadi.. ada ais kat atas tu, kalau turun..mau bersalji malaysia nih..haha~
rambut gugur perlu dibersihkan.
ReplyDeletemujib, sure my dear.
ReplyDeleteomar; imaginasi tnggi sgt ni...
safwan; aku pn tatau rambut sape tu haha
rajin betul dia g tngok wyang yer..
ReplyDeletefenomena biasan cahaya ni biasa lihat(x lah sesalu sangat)
ReplyDeletetikah, biasalahhh
ReplyDeletedenaihati; averge akan jd fenomena ni, 6 bulan sekali.
kawan gitau ada halo moon ni, tapi Sya tengok tak nampak ring tu.
ReplyDeletefenomena ni terjadi pada 09/10/11..genap umurku 22
ReplyDeletehttp://wanwidget.com
ReplyDeletemcm ni kena download la citer nih, nk tgk jugak
drop your comment here!