Petaling Street Warriors di Astro first mulai 12 Januari 2012

5:10 pm


ingat lagi filem Petaling Street Warriors? November lepas ada saya review di dalam blog ini selepas mendapat jemputan ke malam Gala Premiere filem tu. lama jugak saya perhatikan tayangan filem di panggung-panggung wayang terdekat. hujung Disember lepas, sempat saya tonton lagi sekali.

Filem yang dipersembahkan bersama-sama oleh Juita Viden Media Group dan Golden Screen Cinemas (GSC) dan diterbitkan oleh Juita Entertainment, Petaling Street Warriors merupakan sebuah filem kungfu berunsur komedi dalam sejarah filem Cina Malaysia. nak baca sinopsis dan review, boleh klik sini.

untuk yang tidak ada kesempatan menonton di panggung wayang haritu, takpe... sebab filem Petaling Street Warriors ini akan mula ditayangkan menerusi saluran Astro First pada hari Khamis, 12 Jan 2012. Filem ini juga akan dialih suara ke Bahasa Melayu dengan menggunakan khidmat dubbers yang berpengalaman. Ini menjadikan filem ini sebagai first Chinese action film dubbed into Bahasa Melayu. Menerusi minggu pertama tayangan, filem ini berjaya menguasai carta box office bagi Chinese film dan telah berjaya menewaskan filem dari Hong Kong berjudul Magic To Win. So, nanti tengok kat Astro First ok?

You Might Also Like

2 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook