Solo Trip: Chiang Rai, Thailand

1:04 am


okayh, bersambung dari entry Solo Trip: Pattaya, Thailand

ye, memang tak sempat!
sepatutnya dari Pattaya ke Bangkok cuma ambil masa 2 jam.
paling lama pun 3 jam.


Suvarnabhumi International Airport


tiket pergi balik Bangkok - Chiang Rai



tapi.... traffic jammed teruk!
jam 7 malam baru sampai Dong Mueang International Airport.
maka, melayang la tiket berharga 2,000 bhat Nok Air ke Chiang Rai.
tak jadi jugak la tidur di Le Patta Hotel, Chiang Rai malam tu.
berusaha cari tiket Air Asia, Nok Air tapi semua sold out untuk malam tu.
last-last driver bawak ke Suvarnabhumi International Airport.
cari tiket pun takde. last-last beli la tiket Thai Airways untuk keesokan harinya, jam 8 pagi.
harga tiket? 3,000 bhat.
kesian Khun Sun penat drive lama dalam jem.

malam tu cari jugak makanan halal di Food Court airport tu.
tapi, ada 1 kedai je. dan takde banyak pilihan.
so minum air je la.



Sinsuvarn Airport Suite Hotel

malam tu terus bukak Booking.com, cari hotel terdekat.
takkan nak overnight kat airport pulak kan?
maka tidur di Sinsuvarn Airport Suite Hotel, Lat Krabang, Bangkok.
terus booking untuk dua malam, 1,380 bhat.
murah kan? 

naik taxi dari Airport ke Hotel, 200bhat.
dah la 10 minit je dari airport. lepastu harga budget pulak hotel ni.
tapi terbaik punya bilik besar dan cantik
kalau hotel budget kat Malaysia tak cantik macam Sinsuvarn pun.
malam tu pun amek service Royal Thai Body Massage.
ye la penat kot galas backpack.
service for 1 hour, 350 bhat.
hilang segala lenguh-lenguh di badan.


Sofia Cuisine

hotel Sinsuvarn ada sediakan Airport transfer setiap 30 minit.
tapi, takde waktu yang kena.
maka, naik lah taxi. 67 bhat sahaja.
sementara nak menunggu flight jam 8 pagi,
pergi memburu makanan halal dalam domestic departure hall.
fuh, nasib baik jumpa Sofia Cuisine ni!
makan lah Satay Ayam ni hah.
mahal betul 129 bhat tapi biasalah harga Airport kan?




In Thai Airways

Terima Kasih Thai Airways. Inflight menu memang ohsem!
Ada Tuna Puff, Orange Cake, Pineapple Juice, Orange Juice, Drinking Water, Hot Tea/Coffee.
dalam flight pun kenyang!



Mae Fah Luang - Chiang Rai Airport

sesampai nya di Mae Fah Luang - Chiang Rai Airport, 
sudah ada driver yang di-hire menunggu. 
Khun Nui namanya. dibayar 2,000 bhat untuk bawak tour seharian di Chiang Rai.
dari airport, terus Khun Nui bawa ke sempadan Mae Sai, Thailand- Tachileik, Myanmar. 
memang niat nak ke Myanmar.
tapi entry Myanmar tu entry lepas ni okayh? hehe


Chiang Rai

Bandar Chiang Rai ni macam Cameron Highlands la.
tapi sebab Thailand tengah winter sekarang...
cuaca dia bapak la gila sejuk!
masa sampai tu suhu mencecah 16 celcius.
sebab hujan renyai-renyai.
semua kabus je. fuh nasib bawak sweater!




Mae Sai, North Thailand

tiba di pekan Mae Sai, sempat jugak jalan-jalan di market situ
oh, parking kereta kat situ satu hari 40 bhat sahaja.
murah kan?
sambil berjalan-jalan hingga ke Tachileik, Myanmar... 
lepas tu masuk Myanmar.
nanti! entry Myanmar tu lain okayh?
tunggu entry Solo Trip: Myanmar
hehe~


Golden Triangle 

lepas pulang dari Myanmar,
Khun Nui bawak dari Mae Sai, ke Chiang Sean..
kat Chiang Sean ni ada Mae Khong River atau kita panggil Sungai Mekong.
dari Chiang Sean ni, boleh ke 3 negara serentak!
Thailand - Myanmar - Laos.
Yes, nama glamer nya Golden Triangle.
atau pun orang sana panggil, Sop Ruak.
sebab pertembungan antara Sungai Ruak dan sungai Mekong.
macam biasa, entry Myanmar kat Solo Trip: Tachileik, Myanmar.
dan entry Laos kat Solo Trip: Done Xao, Laos.
kita cerita pasal Chiang Sean je okayh? 
hehe~


Chiang Sean

kat sini banyak sangat tempat cantik boleh ambil gambar.
eksaited!
best jugak la. then tepi jalan ada tempat shopping. 
arghhhhh memang tak boleh tahan nafsu shopping.
haha~




Long Neck Karen Hilltop Tribe Village

balik dari Myanmar dan Laos, dah petang.
tak sempat nak ke White Temple yang famous tu.
tapi temple je kan so takde hal la.
tapi bila nampak muka kecewa, driver terus suggest singgah ke kampung kaum Long Neck Karen.
dalam hati entah best ke tak Khun Nui nak bawak ni.
tapi dia cakap dekat je dengan airport so takde hal la.

 
 
 

 


mixed feeling and emotion masa masuk kampung ni.
difahamkan bahawa kebanyakan kaum Karen sebenarnya berasal dari Myanmar (Burma).
dan datang ke Thailand sebagai pelarian untuk melarikan diri dari konflik di sana.
oleh sebab mereka tak dapat bekerja normal di Thailand, mereka buat tourist site macam ni untuk income.
macam Kg Budaya kat Kuching tu.
tapi ini real punya kampung.
daif, mundur, susah hidup mereka.
tengok sekolah sangat daif, anak-anak kecil comot main tanah.
sedih. sempat bagi donation beberapa puluh bhat untuk sekolah mereka.
bersyukur lah dengan hidup kita. ada diluar sana yang lebih susah.





 

 


dalam kampung ni ada kira-kira enam kaum tak silap.
Yao Lahu, Akha, Karen, Palong dan lain-lain lagi.
mereka tenun kain, mereka buat hasil kraftangan dan jual depan rumah.
bila tourist datang, semangat cakap:
"50 bhat! 100 bhat!"
affordable dan murah la.
selain jual hasil tenunan, kain, dan aksesori...
mereka sara hidup dengan tanam padi bukit...
dan ternak khinzir!
hahahaha. ye, ada 1 kandang. macam lembu dah besarnya.




ada siap menari lagi.
masa kaum Akha perform menyanyi tu...
terharu sangat. mula-mula sikit je yang main alat traditional tu.
lepas tu habis satu kampung kaum Akha ni datang.
menyanyi sama-sama.
video: Instagram Neyra


lepas sejam lebih duduk dalam kampung tu,
terus ke airport. dan bersiap nak ke Bangkok.
lapar jugak. tapi, takde kedai halal.
sampai la jumpa coffee house ni.
Doi Tung Cafe.
nama minuman ni Macadamia Nut Cream Slush.
sangat lah sedap ya rabbi.
macadamia tu pun dia jual jugak.
harga minuman ni 125 bhat tak silap.

oh ye,
kalau nak ke Chiang Rai yang sejuk tu.
dan perlukan servis kereta bersama driver
boleh la contact:
Khun Nui (083-0472964)
servis terbaik!


okayh, panjangnya entry,
banyaknya gambar!

bersambung next entry...Solo Trip: Tachileik, Myanmar.

You Might Also Like

2 comments

  1. puas makan angin kat thailand nampaknya. banyak tempat sempat jalan-jalan.
    kerusi k terbang thai airway warna warni, betul konsep tourism la.h..

    ReplyDelete
  2. @Denaihati


    warna warni dan airbus. firstime naik airbus hahahaha. sllu naik yg kecik2 je. and service diorg sangat pantas dan terbaikkk

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S