Solo Trip: Done Xao, Laos

6:36 pm

...bersambung dari entry Solo Trip: Tachileik, Myanmar




Golden Triangle


ye, lepas pulang dari Tachileik, Myanmar...
aku ke Chiang Saen, Thailand.
sini lah tempat yang dipanggil Golden Triangle.
atau pun orang sana panggil, Sop Ruak.
sebab pertembungan antara Sungai Ruak dan Sungai Mekong.
yang sebelah kiri tu Myanmar, ada kasino je pun haha.
dan yang sebelah kanan tu pulak kepualauan Done Xao, Laos.




Sungai Mekong




pemandangan dari Sungai Mekong

nak ke Laos ni, kena naik bot la pulak kan.
masa ni, ramai gila tourist kat sini.
tambang bot 350 bhat, and abang bot tu mula-mula bawa ke kawasan Myanmar dulu.
tapi takde apa pun. cuma kasino je sebijik.
then dia cerita la kapal-kapal kecil yang ada tepi sungai ni mostly datang dari China.
lepas tu dia bawa pula ke Done Xao, Laos.


Done Xao, Laos

masuk ke sini kena bayar! 
dalam 30 bhat je la.
sampai je, aku dalam hati dah cakap:
"arghhhhh shopping lagi!"
tengok macam lebih kurang je kan
mula-mula masuk nampak handbag je.
semua datangd ari China.
dah jauh sikit baru nampak...




 kain dari Laos

KAIN BANYAKNYA!
dan compare to Thailand and Myanmar, 
kain di Laos lebih murah dan cantik tenunan dan sulaman nya.
satu set baru 350bhat.
paling murah boleh dapat 300 bhat.
untuk yang 2 meter pulak ada 200 bhat, 150 bhat. 
lebih cantik lah dan murah!
tapi aku beli satu je pun harga 220 bhat. hahaha.


arak Laos

lepas tu jumpa arak macam ni.
rasa macam pernah dah nampak sebelum ni.
dalam tu ada ular tedung, kala jengking dan paling best iguana pun ada!
katanya, ini untuk tenaga batin lelaki. 


kedai makan di Laos

datang sini, memang takde la makanan halal. mohon menahan lapar sahaja.
lagipun sini pasar kecil je.
untuk shopping boleh la.
seluar gobos kat Thailand pun almost 300 bhat.
kat sini 180 bhat pun boleh dapat dah.

 


Laos

so, ini sahaja lah trip ke Laos.
shopping semata-mata sampai Khun Nui pun pening.
yang bestnya Golden Triangle ni, rakyat Thailand free je masuk.
tourist je berbayar. ceh!
boat tu pun untuk Thai free je.
tapi ok la. bot tu tunggu aku sampai habis shopping.

then lepas habis jenjalan semua ni la terus kami ke Long Neck Karen Village,
lepas tu ke airport.


Khun Nui dari Jenwit Service

oh ye, macam biasa la promote Khun Nui ni.
kalau nak ke Chiang Rai yang sejuk tu.
dan perlukan servis kereta bersama driver
boleh la contact:
Khun Nui (083-0472964)
servis terbaik!
psssttt.....dia sempat juga puji Tun Mahathir.
katanya, dia kagum dengan Tun M.



di Chiang Rai, menunggu flight bersama pilot di sebelah



Thai Airways

balik ke Bangkok naik Thai Airways.
tiket pergi balik Bangkok - Chiang Rai dalam 6,000 bhat la jugak.
sebab Thai Airways ni setaraf dengan MAS kalau kat Malaysia.
dalam flight melantak la pulak Muslim meal yang diorang bagi.
biasa lah, tuna puff. takde lain dah.



selepas bermastautin di Bangkok punya la lama
akhirnya kembali juga ke Kuala Lumpur.
lepas ni plan nak ke Vietnam, atau Cambodia, atau Indonesia pula.
siapa nak join? hehe~~
ini sahaja kisah saya bawa hati dan diri ke empat negara dalam beberapa minggu.
tunggu next trip!




You Might Also Like

8 comments

  1. nampak menarik golden triangle ni, kalau kesini kena bawak bekal lah rasanya...

    ReplyDelete
  2. @Denaihati kalau nak belajar perbezaan hidup dalam 3 negara, boleh la bro. seronok jugak tengok life diorang. boleh belajar bersyukur dpt hidup kt Malaysia haha :p

    ReplyDelete
  3. nak tanya, pakcik driver tu bawak dari chiang mai ek? so kire 1 day trip la eh? dia kira per kepala ke kira satu kereta 1 hari? mohon cite sket. haha

    ReplyDelete
  4. @aiza89


    dia bawak dari CHIANG RAI. not CHIANG MAI. ada beza dua tempat ni. jauh gila pulak dia nak drive dr CHiang Mai hahahahha.


    dia kira per 1 kereta not 1 kepala. :)

    ReplyDelete
  5. Masuk Dan Sao tu xperlu cop pasport kan.

    ReplyDelete
  6. Salam

    Camner nk contact driver tu yer? safe tak if 2 orang ppuan je yg travel?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya sorg je. Perempuan plak. Alhamdulillah selamat. Ni no driver saya Khun Nui (083-0472964). Tapi 2013. Dah lama tak sure dia guna lg tak hahahaa

      Delete

drop your comment here!

Like us on Facebook