Solo Trip: Pattaya, Thailand

12:38 am


okayh bersambung dari entry Solo Trip: Kuching, Sarawak...

aku pulang ke KL, malam tu juga terfikir: 
"rasa macam nak ke Thailand esok".
and...yes. setelah selesai urusan tiket, esok pagi-pagi aku bangun bergegas ke UTC Pudu Sentral.
oh, sebenarnya takde passport tapi confident je nak ke Thailand!
selesai urusan buat passport tengah hari tu, petang tu jugak aku fly ke Bangkok, Thailand.
terima kasih Air Asia Thai.
tiket dalam RM600 pergi balik.
32,000 feet di atas awan kayangan. 


Don Mueang International Airport

setiba nya di Don Mueang International Airport, Bangkok, Thailand.
keluar di arrival gate tu nampak ada orang angkat nama.
yes! driver naik kereta Camry menanti.
terus shoot ke Pattaya, Thailand. dalam 2 jam 30 minit la jugak.
upah driver dari Bangkok - Pattaya dalam 1,500 - 2,000 bhat kot?


Trio Hotel, Pattaya


Banana Pancake, 30 bhat

 
 
Tiffany Show, Pattaya

malam tu menginap di Trio Hotel, Pattaya.
satu malam dalam 3,000 bhat.
lepas mandi apa semua, terus naik Tuk Tuk ke Tiffany Show Pattaya.
Tuk Tuk dalam 100 bhat macam tu.
Tiffany Show ni sebenarnya persembahan kabaret pondan-pondan Siam. 
hahahhaa! tapi bukan yang tak senonoh ok.
ni bebudak kecik pun ada jadi penonton. seronok jugak tengok diorang menari dan menyanyi.
pondan pun berbakat besar tau!
tiket masuk ke Tiffany Show, 700 bhat. 


Pondan-Pondan Siam

tapi satu je. sebelum dan selepas persembahan,
mereka akan berkumpul depan dewan tu.
siapa nak ambil gambar dengan diorang ni, kena bagi tip.
aku nak bagi 40 bhat, diorang tak nak kot. mintak lagi.
last-last terpaksa la bagi 60 bhat.
tapi diorang cun gila kot. macam perempuan betul. 
suara memang jahanam la. hahaha!

Pattaya Beach 


Pattaya Beach Night Market

Chocolate Pancake


handbag Thailand, 150 bhat

lepas habis persembahan Tiffany Show, terus berjalan-jalan ke bandar Pattaya.
sempat shopping ala-kadar.
then terus ke Pattaya Beach, wahhhh ada macam uptown kat situ.
of course, lagi murah shopping kat Pattaya Beach Walk tu.
beli bag, baju dan macam-macam lagi.
lepas tu main tembak-tembak lepas geram macam nak bunuh orang.
then dah jalan jauh, nak balik tak larat.
naik taxi, 200 bhat.


Bandar Pattaya


Dalam Tuk Tuk

pagi esoknya bangun tidur terus ingat nak ke Sanctuary of Truth.
orang cakap tempat tu cantik. 
ada patung-patung Buddha semua.
tapi mengenangkan nak kena pergi sorang rasa scary pulak.
pagi tu jalan-jalan ke Tesco Lotus je. then, 
tengah hari tu ke Floating Market Pattaya pulak.
dari Trio Hotel nak ke Floating Market dalam 20 minit. 
dan dengan naik Tuk Tuk, kosnya pergi balik adalah 500 bhat.
macam mahal kan?
tapi sebenarnya rasa macam jauh gila jugak la nak ke sana. 








Floating Market Pattaya

Floating Market ni sebenarnya tempat shopping.
diorang jual makanan Thailand, product Thailand semua dalam sampan.
then peniaga-peniaga ni akan mendayung sampan atas sungai tu.
tiket masuk adalam 200 bhat sahaja. ke 300 bhat entah. 
tapi tu entrance fee + free mineral water je la. kalau nak fish spa, naik sampan la apa tu package lain.
paling mahal package semua 900 bhat rasanya.
oh ye, nampak tak dalam gambar tu ada pegang botol air?
jus mangga kat entrance tu sedap gila hoi!
25 bhat je. 


Aktiviti Suap Susu untuk Kambing

 

Muay Thai Fight


Thai Culture Dance

Dalam Flaoting Market, ada Muay Thai Fight.
fuh fuh fuh.... seronok jugak tengok diorang jatuh dalam sungai. 
lepas tu ada pulak Thai Culture Dance
diorang lawan guna parang dalam sungai, 
lepas tu ada yang menari kat belakang tu.
selain tarian dan Muay Thai, 
banyak makanan lah! heaven.
cuma kena hati-hati la mana yang halal dan bukan.
kalau restoran, ada 1 kedai ni halal. 
tak tahu apa nama restoran tu.
tapi diorang jual ayam penyet! haha~


Tomyam

dalam 250 bhat kot.
total dengan ayam penyet, 400 bhat.
tapi udang besar gila!



Sotong Bakar

harga 60 bhat, 2 ketul (1 cucuk)
sotong gebu.



Coconut Cake.

harganya 30 bhat. 
ada 7 pair.
rasa manis sebab susu dan kelapa. 


Mango Juice and Mango Pudding 

tak ingat berapa harga.
total lebih 50 bhat rasanya.
tak sedap sebab mango tak rasa fresh

 
Durian Cake

harga 30 bhat.
macam apam balik Malaysia





makanan-makanan yang dijual

banyak lah lagi makanan tapi mostly asasnya PORK!
ohmai... takkan nak makan kan? 
so ambil gambar je.


balik tu rushing ke Trio Hotel, kemas luggage.
driver dah tunggu nak bawak ke Don Mueang International Airport, Bangkok.
sebab jam 7 malam nak fly ke Chiang Rai, North Thailand.
tapi receptionist Trio Hotel lembab buat kerja.
dan bergerak dari Pattaya jam 330 petang.
alamak, sempat ke?
Khun San (driver) sangat tabah mengharungi liku-liku perjalanan ke Bangkok.



.....bersambung ke entry Solo Trip: Chiang Rai, Thailand





You Might Also Like

2 comments

  1. besornya udang galah, sampai penuh pinggan..
    halal kot.

    ReplyDelete
  2. @denaihati


    yup bro. kedai tu je jual makanan halal. mmg boleh ckp melayu jugak. ada few je muslim yg berniaga. susah cr. tp tomyam dia mmg serius terbaik! hahaha.


    ayam penyet + tomyam = 400 bhat. agak mahal tp dua ekor udang galah besar dalam tomyam

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S