Johor Trip: Majlis Pelancaran Southern Tigers by Legacy Perfume

9:13 am


Entry lepas ada bagitahu kan Johor Trip kali ni atas jemputan Legacy Perfume ke majlis pelancaran Southern Tigers by Legacy Perfume. So yeah, kami sampai ke Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos atau lebih dikenali sebagai Stadium Larkin, Johor Bahru. Legacy Perfume sebelum ni pernah mengeluarkan edisi terhad untuk Pasukan Bola Sepak Kedah FA, dan kali ni perfume edisi terhad ini untuk pasukan Johor Darul Takzim (JDT) FC pula.  


Untuk pengetahuan semua, pengeluar perfume ini ialah Richway International Sdn Bhd, dan untuk perfume JDT ni, mereka mengeluarkan dua edisi khusus untuk lelaki dan juga wanita. Haruman yang berkualiti tinggi ini bukan sekadar haruman yang mewangikan tubuh anda. Ia juga memberikan keyakinan dan menyerlahkan gaya anda sepanjang hari. Edisi berwarna biru dicipta khas bagi lelaki, manakala rona merah khas untuk wanita iaitu Born To Rule for Men dan Dangerously Sweet for Women. Dan eksklusifnya hanya 50,000 unit Born To Rule dan 50,000 unit Dangerously Sweet sahaja yang dikeluarkan. Nama pun eksklusif so sangat terhad lah ya. Semua bahan di dalam Southern Tigers by Legacy Perfume ini dalah berasaskan tumbuh-tumbuhan termasuk alkoholnya yang dihasilkan dari tebu! Eh perfume ni boleh bawak solat ke? Secara dasarnya, ia sememangnya halal dan boleh dibawa solat. 


Born to Rule For Men adalah minyak wangi yang haruman nya lebih kepada ciri unik, berkarisma, dan elegant. Mengandungi bahan seperti lemon, bergamot, aromatic mediterranean notes, guaiac wood, dan tonka bean. Manakala untuk Dangerously Sweet by Women pula, haruman minyak wangi ini seperti bau sweet bunga-bungaan gitu. Antara bahanya pula ialah mandarin, apricot, frangipani flower, honeysuckle, orchid, water lily, sandalwood musk, vanilla fragrance family, floral, and woody musk. 


 Dah namanya pun Eau De Perfume (EDP), maka bau yang harum akan kekal melebihi 12 Jam. Dengan kualiti tinggi, dan eksklusif, harga yang ditawarkan untuk sebotol minya wangi ini ialah RM89 sahaja. Jangan tak tahu, JDT is a world brand dengan mengikat kerjasama bersama Persatuan Bola Sepak Jepun, Borussia Dortmund di Germany & Valencia di Spain. Dan yang paling utama, Legacy Perfume JDT ni disokong penuh oleh TMJ! Fuh real ah!










Ini lah aksi aksi kami sepanjang menonton perlawanan antara JDT dan Penang malam tu. Fuh, kuat saka tiang gol Penang. Defend power tu. Lama tak tegok bola kat stadium, eksaited kemain dah rasa masa ni. Nasib baik JDT menang malam tu yeah!



Terima kasih Legacy Perfume untuk baju Johor kami yang super cool. Maka, jadilah antara 50,000 orang yang memiliki Eksklusif Perfume JDT ni.. Alamak, nak orader macam mana? Ha boleh terus whatsapp no di bawah okeyh? 

🏽 ✅Whatapps 010 341 4842

atau boleh terus ke website:

Selamat berwangi-wangian semua!



You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook