Makanan tradisi di A-List Buffet Ramadhan Nook, Aloft KL Sentral
8:39 pmA-List Buffet Ramadhan Nook di Aloft KL Sentral |
Kerabu station
|
Diiktiraf Halal oleh JAKIM, Nook
menyediakan lebih 150 hidangan juadah berbuka puasa di bulan Ramadhan nanti.
Wah banyak tu boleh rambang mata! Di ketuai oleh Sous Chef Nook iaitu Ahmed
Zaki bin Harun, A-List buffet akan dihidangkan menunya setiap hari, dan akan
rotate juga setiap hari maka pengunjung boleh menikmati hidangan yang berbeza
setiap hari.
Bubur Lambok
|
Highlight buffet Ramadhan kat
sini mestilah Nasi Kambing Sumbat. Kambing seekor yang paling menonjol kat situ
hah. Ada juga Nasi Ayam, Nasi Lemak, Bubur Lambuk, Patin Masak Tempoyak dan
minuman wajib diminum ketika berbuka Air Bandung, Teh Tarik, Nescafe Tarik, Air
Soya, Air Tebu, Air Kurma dan banyak lagi.
Slow Braised Beef Shin Rendang |
Tudung herot berot abaikan, Kari Ketsm sedap gila! |
Tapi paling saya suka kat sini,
menu istimewa oleh Chef Zaki iaitu Slow Braised Beef Shin Rendang. Daging
dimasak secara Slow cook selama 7 jam dan diperap sebaiknya dengan rempah
ratus, garam, lada, kayu manis dan sebagainya yang bila masuk mulut tu, aduh
lembutnya daging ni. Memang soft je patutlah perlu ambil masa selama 7 jam
untuk masak daging ni. Memang sedap! Lagi sedap pulak bila ada Ayam Percik,
Ayam Masak Merah, Gulai Kambing, Gulai Itik, Kari Ketam dan Kari Kepala Ikan.
Saya tak rasa kari lain, tapi Kari Ketam saya tambah dua kali! Sedap sebab isi
ketam tu blend well dengan kari dan meresap dalam isi ketam tu. Memang terbaik!
Oxtail Soup |
Steamed Giant Fish Head |
Sesuai Malaysia sebagai negara
pelbagai bangsa, ada juga hidangan Cina, India dan Western. Pengunjung di Nook
boleh menikmati Wok-fried Teriyaki Char Siew Chicken Fillet with Green Leek,
Steamed Whole Sea Bass with Ginger Sauce, Lamb Pot Pie, Seafood Mousaka,
Barbeque Wings, Sarawak Laksa dan macam-macam lagi. Sarawak Laksa memang kuah
pekat dan sedap. Untuk dessert pulak ada Crème Caramel, Salted Caramel Brownies
Slices, Marble Cheesecake Slices, Sago Gula Melaka, Lycee Fruit Jelly, Chilled
Lemon Lychee Longan dan Crunchy Bean, Hot Almond Cream with Roasted Almond
Flakes dan macam-macam lagi.
Untuk early bird A-List Ramadan
Buffet, voucher akan mula dijual bermula 15 April hinga 28 Mei 2017 dengan
harga Cuma RM 100 nett per voucher dan RM 90 nett per voucher untuk pembelian 36
voucher ke atas. Segala tempahan, dan
pertanyaan boleh hubungi (60) 3 2723 1188 atau lawati www.aloftkualalumpursentral.com
0 comments
drop your comment here!