Ageless International Beauty Pageant (AIBP) 2017

4:11 am


Baru baru ni diumumkan edisi kedua untuk pertandingan ratu cantik paling unik dan istimewa di Malaysia iaitu Ageless International Beauty Pageant (AIBP) 2017! Kolaborasi bersama Qui Production Group dan De BEAUTY, AIBP 2017 tahun ini bertemakan "Be A Star" dan setiap peserta bukan sahaja akan dinilai berdasarkan kecantikan tetapi dari segi akademik, karakter diri dan juga pencapaian berjaya dalam kerjaya mereka.



Pemenang akan menerima hadiah bernilai RM30,000, manakala pemenang 1st, 2nd, 3rd dan 4th runner ups akan menerima RM26,000, RM23,000, RM21,500 dan RM21,000. Untuk kategori Classic Ageless International pula akan membawa pulang hadiah berjumlah RM25,000. Wow bestnya! Tetibe rasa nak masuk pertandingan ni. Eh?




Majlis yang diadakan di Selangor Turf Club ini juga turut dimeriahkan dengan sesi tandatangan MoU di antara Qui Production Group dan De BEAUTY yang merupakan penganjur AIBP 2017. Mereka berharap pertandingan ratu cantik ini bukan sahaja untuk mencari pemenang yang layak tapi juga memberi inspirasi, motivasi, dan menunjukkan kuasa kekuatan wanita moden yang berjaya, sukses dalam kerjaya dan keluarga.



Semua peserta AIBP 2017 dicalonkan daripada salun-salun De BEAUTY sendiri dari seluruh negara. Diharapnya setiap calon akan dijadikan role model untuk masyarakat sekeliling dengan penuh inspirasi. AIBP 2017 ini adalah platform terbaik buat mereka untuk menonjolkan lagi diri setiap peserta. Juga hadir ke majlis tersebut ialah Proffesor Dato' Dr Jayles Yeoh iaitu Deputy Vice Chancellor (Internationalisation) of Asia Metropolitan University yang menyumbangkan dana bantuan belajar sebanyak RM200,000 kepada pemenang untuk menyambung belajar dalam bidang perniagaan di universitinya.


Tak sabar tunggu peringkat akhir Ageless International Beauty Pageant ini yang akan diadakan pada 21 Disember 2017 di Sunway Resort Hotel! Siapa agaknya yang akan menang memakai mahkota bergemerlapan penuh elegen dan membawa pulang hadiah yang lumayan? Nantikan!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook