Resepi Ayam Masak Beriani - Mudah dan Cepat!

5:42 pm


Bosan kan masak masakan sama je maka hari ni try la masak ikut resepi oleh Chef Selebriti, Chef Hussin Khan. Katanya kalau ikut resepi dia ni lamgkah demi langkah pasti jadi. Gituhlah katanya. Disebabkan Bae dah beli buku resepi ni, ikut suka dia jugak request macam macam. Okayh hari ni try masak Ayam Beriani dulu.



Bahan-Bahan:

Ayam - dipotong kecil

Rempah Beriani
Serbuk Kunyit
Bawang Kuning - dipotong dadu
Sos Tomato
Serbuk Stok Ayam
Air secukupnya
Garam dan Gula secukup rasa
Minyak - untuk menggoreng


Bahan Tumis (Dikisar):

Bawang Merah

Bawang Putih
Halia




Cara Membuatnya:


1. Ayam dilumur dengan garam dan serbuk kunyit, kemudian goreng sehingga 3/4 masak. Ketepikan.


2. Panaskan minyak, tumis Bahan Tumis tadi sehingga pecah minyak.

3. Masukkan bawang kuning, masak sehingga layu.

4. Masukkan sos tomato, rempah beriani, serbuk stok ayam, garam dan gula. Kacau sebati.


5. Masukkan ayam dan air, biarkan masak hingga kuah pekat. Sedia untuk dihidangkan.



SELAMAT MENCUBA!

You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S