Handy Phone – Berjaya Hotel Pertama Di Malaysia Sediakan Perkhidmatan Smartphone

12:17 am




Bila kita travel, terutamanya ke negara luar, mesti rasa susah nak beli simkad tempatan yang baru, lepas tu nak tukar sim dari phone kita dan ada potensi untuk hilang sim kad asal kepunyaan kita kan? Renyahnya bila kena beli simkad, reload, langgan data Internet semua. Kalau ada wifi kat hotel kadang-kadang dapat laju, karang low pulak sharing dengan orang laib. Ye la, kalau takde Internet macam mana nak upload gambar di Instagram tayang pada sanak saudara dan rakan yang lain kan? Kalau travel dalam Malaysia pun, kadang-kadang kalau dah hotel ada WIFI percuma sah sah nak jimat data sendiri kan?






Hah, untuk pengetahuan korang kalau travel dan menginap di Berjaya Hotels & Resorts (BHR) kini tak perlu fikir masalah di atas ni. BHR baru je melancarkan perkhidmatan percuma telefon pintar atau smartphone yang dinamakan sebagai Handy Phone untuk setiap bilik di BHR menjadikan mereka sebagai hotel pertama di Malaysia yang buat servis ni. Yang bestnya, para tetamu BHR boleh buat panggilan tempatan dan antarabangsa tanpa had, menggunakan data internet tanpa had, download aplikasi dan berhubung dengan sanak saudara serta rakan-rakan melalui sosial media kegemaran sepanjang menginap di BHR. 


A post shared by Neyra Shazeyra (@neyrashazeyra) on

Menariknya, telefon pintar ini juga disertakan aplikasi yang menyenaraikan perkhidmatan di hotel, destinasi menarik tarikan pelancong di kawasan sekitarnya, lokasi makan, membeli belah dan macam-macam lagi. Tetamu juga boleh simpan itinerary di dalam akaun mereka untuk rujukan ketika berjalan-jalan sekitar Kuala Lumpur. Jangan risau, masa check-out nanti segala maklumat di dalam handphone akan dipadam atau lebih senang faham, reset factory setting. Tak perlu lah risau apa korang whatsapp ke apa tu nanti orang lain tahu kan? 

Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur akan menjadi hotel pertama di Malaysia menyediakan perkhidmatan Handy Phone, diikuti bersama property BHR yang lain termasuklah ANSA Kuala Lumpur, Berjaya Penang Hotel, Berjaya Waterfront Hotel JB, Berjaya Langkawi Resort, Berjaya Tioman Resort, The Taaras Beach & Spa Resort, dan juga Redang Island Resort. Di luar negeri pula, hotel-hotel dibawah BHR yang akan menyediakan perkhidmatan Handy Phone ini ialah Hotel Berjaya Makati, Berjaya Colombo Hotel, Berjaya Eden Park Hotel London, The Castleton Hotel London, Berjaya Beau Vallon Bay Resort & Casino dan Berjaya Praslin Resort. 


Mudahkan jika perkhidmatan ini disediakan? Bila kita travel ke mana-mana, kita tetap dapat berhubung bersama keluarga dan rakan-rakan. Jangan lupa cuba perkhidmatan ini jika korang menginap di Berjaya Hotels & Resorts! 


You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S