Enfiniti Umumkan Barisan Pelakon Utama Muzikal OlaBola

7:57 pm


Siapa pernah tonton filem Ola Bola di pawagam sebelum ni? Fuh, saya sendri tonton 9 kali di pawagam tau? Punyalah support filem tempatan yang berkualiti macam tu. Berita baik untuk para peminat Ola Bola semua, Enfiniti baru-baru ni mengumumkan barisan pelakon untuk Muzikal OlaBola! Wah,bestnya dari filem ke teater muzikal!

Para peminat filem OlaBola yang pernah mencetuskan fenomena pada tahun 2016 mesti semua rasa tak sabar nak menyaksikan Luqman Hafidz dan Lim Jian Wen kembali beraksi sebagai Ahmad Ali dan Ong Tiam Cai kan? Hah, tapi kali ini dengan lebih istimewa, watak-watak ini bakal muncul di pentas Muzikal OlaBola yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 8 Februari 2018 akan datang.

Turut membintangi pementasan ini ialah Brian Chan sebagai Chow Kwok Keong aka Tauke, Abimanyu Masilamani sebagai Muthu Kumar dan Kai Chalmers sebagai Eric Yong; masing-masing merupakan pelakon teater yang tidak asing lagi di pentas tempatan.


Altimet bakal muncul sebagai penampilan istimewa dalam Muzikal OlaBola ini dengan membawa watak Drill Sarjan Ahmad. Keenam-enam barisan pelakon ini adalah antara 40 orang pelakon yang membarisi pementasan muzikal ini, setelah dipilih lebih daripada 300 orang yang hadir pada sesi ujibakat yang berlangsung pada hujung Ogos yang lalu. Ia merupakan rekod kehadiran ujibakat untuk teater yang paling ramai pernah diadakan.

Altimet juga berperanan sebagai pencipta lagu bersama Mia Palencia untuk Muzikal OlaBola dan pada malam ini, di Konsert Akademi Fantasia Megastar, lagu utama bertajuk Luarbiasa akan dipersembahkan untuk pertama kalinya oleh keenam-enam pelakon utama tersebut. Secara eksklusif, lagu Luarbiasa ini akan berkumandang di radio ERA FM pada 9 Oktober 2017 dan dituruti stesen radio lain pada 10 Oktober 2017.


Setelah tiga dekad bergelar penggiat seni dan pelakon, pendukung seni persembahan tempatan dan penerbit yang berjaya, Tiara Jacquelina buat julung kalinya akan mencurahkan bakat dan pengalaman beliau dengan duduk sebagai sutradara Muzikal OlaBola. Muzikal ini diberi penghormatan sebagai persembahan pembukaan Istana Budaya bagi tahun 2018, iaitu bermula pada 8 Februari hingga 11 Mac 2018.

Enfiniti akan mengumumkan barisan penuh pelakon-pelakon muzikal ini pada bulan hadapan. Jualan tiket akan bermula pada pertengahan Oktober 2017. Untuk maklumat lanjut dan urusan tiket, lawati:

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S