Majlis Pelancaran Urutan Malaysia - Proudly Malaysian, Inspired Tradition.

7:51 pm


Sejak akhir-akhir ni penat bekerja, sibuk study Master lagi, rasa letih mental dan fizikal. Sengal-sengal je satu badan. Bestnya kalau dapat berurut kan?

Urutan Malaysia -- dilancarkan di Swiss Garden Residences oleh Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC) dengan kerjasama oleh Malaysian Association of Wellness and Spa (MAWSpa) dan Association of Malaysia Spa (AMSpa). Majlis turut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, YB Datuk Mas Ermiyatie binti Samsuddin.



Urutan Malaysia ialah gabungan teknik terbaik urutan tradisional kaum Melayu, Cina, India, Peranakan dan Etnik Peribumi Sabah dan Sarawak yang tentunya melambangkan semangat satu Malaysia. Cukup lengkap 5 elemen penting; lihat, bau, bunyi, rasa dan sentuhan, Urutan Malaysia juga lengkap dengan muzik terapi, motif tradisional, dekorasi batik, dan aroma herba dan rempah ratus.



Bertemakan Proudly Malaysian, Inspired Tradition, Urutan Malaysia dibangunkan untuk menambah kepelbagaian produk spa sebagai tarikan pelancongan baharu Malaysia. Harapnya Urutan Malaysia ni akan berkembang gah dan serterusnya jadi salah satu Malaysia Signature di semua spa seluruh Malaysia. Masa Majlis Pelancaran ni juga, muzik Therapy & Healing dan Roadshow TOT pun dilancarkann. Urutan Malaysia akan dibawa terus ke London untuk World Tourism Mart  pada 6 - 8 November 2017. Wahhh bangganya! Dapat lah promosikan lagi Urutan Malaysia kita ke London sana kan?



Urutan Malaysia mengambil masa selama 90 minit dan menggunakan herba dan rempah tradisional yang sinonim dengan masyarakat Malaysia. Seramai 20 orang tenaga pengajar Urutan Malaysia yang bertauliah melalui Program Latihan Tenaga Pengajar Urutan Malaysia juga dilantik untuk mengajar ahli terapi di spa-spa yang terlibat.

Dah biasa kita dengar Urutan Thai atau Urutan Bali kan? Apa kata kita biasakan pula diri kita dengan Urutan Malaysia demi mengekalkan tradisi nenek moyang kita sendiri. Jom support Urutan Malaysia!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S