Pelancaran Shopee Mall - Menampilkan Lebih 300 Jenama Terkenal

11:07 pm


shopee mall online sale

Siapa je yang tak kenal Shopee? Saya sendiri aktif dengan urusan jual beli di dalam aplikasi Shopee. Dari beli sabun mandi, rak perabot, makanan kucing sampai lah pampers ayah semua dari Shopee tu haha! Jual barang baru dan terpakai juga dalam aplikasi yang sama.



Baru-baru ni Shopee Malaysia telah melancarkan sebuah portal khas yang menampilkan lebih 100,000 jenis produk yang dijual secara eksklusif oleh jenama dan pengedar terkemuka. Shopee kini menawarkan akses secara langsung terus kepada lebih 300 jenama dan peruncit besar untuk pengguna shopee membeli belah secara atas talian. Antaranya ialah Nestle, Nivea, Tefal, Watsons, PETRONAS, Digi, Huawei dan macam-macam lagi.


Sekarang ni makin ramai yang shopping online je kan? Kadang-kadang harga lebih murah, jimat masa dan tenaga, semuanya hanya dihujung jari. Menyambut baik inisiatif ekonomi digital, dan untuk mendekati pengguna sedia ada yang kini sudah lebih 4 juta muat turun aplikasi Shopee di Malaysia, sebab tu la Shopee Mall ni dihasilkan.




Lepas ni tak perlu rasa ragu-ragu lagi sebab pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai manfaat termasuklah jaminan 100% produk tulen (jika tidak Shopee akan mengembalikan wang dua kali ganda), polisi 15 hari pemulangan barang (menerusi label pos parabayar) dan juga penghantaran percuma ke seluruh negara (pembelian minima berjumlah RM30). Pelbagai produk yang ditawarkan juga terletak di bawah Program Jaminan Harga Terendah Shopee.


Hah, sempena pelancaran Shopee Mall ni juga ada kempen ekslusif dengan beberapa jenama seperti Watsons, Nestle, Senheng dan banyak lagi. Mulai 8 Oktober pengguna boleh menikmati jualan murah dengan potongan harga sehingga 90%, baucer potongan harga dan hadiah-hadiah menarik.

Boleh muat turun aplikasi Shopee secara percuma sekarang di Apps Store atau Google Play. Korang boleh juga melayari www.shopee.com.my/mall




You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S