Pertandingan Memasak Versus 1001 Rasa BABA'S
4:45 am
Sudah 4 dekad Baba's wujud dalam kehidupan seharian kita, dan menjadi kawan baik mak mak kita di dapur. Bila ingat kari, mesti ingat serbuk Baba's kan?
Untuk menghargai para peminat yang sentiasa menyokong Baba's selama ini, sambutan ulang tahun ke 40 Baba's disambut meriah dan sedikit kelainan dengan kempen yang akan berlangsung sepanjang tahun ini.
Selain logo Baba's diletakkan di badan kapal terbang AirAsia, 50 tiket ke Gold Coast, Australia juga diberi kepada followers setia facebook Baba's & U untuk sambutan tahun baru haritu! Baba's juga salah seorang penaja global untuk siri rancangan realiti TV Bigg Boss musim pertama di VijayTV dan juga penaja untuk program mencari bakat, Million Dollar Feet yang diharapkan akan memberi peluang kepada dua remaja Malaysia untuk meneruskan karier bolasepak di bumi Eropah. Dan paling penting dan gah mestilah Pertandingan Versus 1001 Rasa Baba's yang dirasmikan di Subang hari ni.
Versus 1001 Rasa Baba's ni kalau korang tak tahu sebenarnya buat comeback untuk siri pertandingan memasak yang dianjurkan oleh Baba's sebelum ni. Tapi yang baru ni memang special sikit la. Sejenis showdown yang lebih unik, istimewa dan lain dari yang lain dari mana mana pertandingan memasak sebelum ni.
Pengacaranya ialah Chef Dr. Kamarul dan Chef Adu dan Versus 1001 Rasa Baba's akan ditayangkan sebanyak 13 episod di TV3 dan seterusnya ke laman Facebook untuk fasa seterusnya dan kembali semula ke TV3 untuk peringkat Grand Finale!
16 September lepas, sempena Hari Malaysia dah pun ditayangkan sedikit teaser dan episod special yang menayangkan showdown diantara Radhi OAG dan Papi Zak bersama Dato Ahmad Izham Omar dari Primeworks dan juga Aireen Omar, dari AirAsia sebagai mentor mereka.
Pertandingan ini akan diadili oleh juri-juri yang dilantik dari kalangan editor kulinari dan juga food blogger. Versus 10001 Rasa Baba's ni bukan je menguji skill memasak, tapi uji kesungguhan dan ego mereka di dapur untuk terima arahan dari mentor atau decide sendiri cara memasak diorang untuk menang setiap episod mingguan.
Menariknya para peserta dan mentor cuma ada 30 minit sahaja untuk ambil keputusan apa yang diorang nak masak dan cuma perlu guna bahan yang disediakan je. Top 4 resepi terbaik akan ke peringkat terakhir dan berpeluang untuk memenangi hadiah utama bernilai RM 10,000! Dalam masa yang sama, peminat Baba's juga akan memenangi wang tunai dan hadiah menarik dari laman Facebook Baba's. Hah, jangan lupa follow di Facebook ya!
Sempat kami merasa juadah yang dihidangkan menggunakan resepi peserta Versus 1001 Rasa Baba's dan juga hasil gabungan meletup rempah ratus Baba's. Antaranya ialah Stu Kari Makanan Laut Berempah yang dihidangkan bersama roti kosong, Kepak Ayam Goreng Muruku Bersalut Sos Tom Yam dan juga Kek Keju Labu Kesari. Memang sedap dan terbaik!
Sempat kami merasa juadah yang dihidangkan menggunakan resepi peserta Versus 1001 Rasa Baba's dan juga hasil gabungan meletup rempah ratus Baba's. Antaranya ialah Stu Kari Makanan Laut Berempah yang dihidangkan bersama roti kosong, Kepak Ayam Goreng Muruku Bersalut Sos Tom Yam dan juga Kek Keju Labu Kesari. Memang sedap dan terbaik!
Hah yang minat masak-masak tu jangan lupa ya menonton Versus 1001 Rasa Baba's akan bersiaran di TV3 setiap hari Khamis, jam 5:35 petang bermula 26 Oktober 2017 dan siaran ulangan setiap hari Isnin, 5:35 petang bermula 30 Oktober 2017. Tengok sedutan audition pun dah kelakar gila, mesti best tengok diorang duk kalut masak kat dapur kan! Ayuh tonton!
0 comments
drop your comment here!