Seri Skincare - organik, selamat dan kekal cantik!

7:34 am


Risau jika guna produk yang mengandungi bahan kimia, saya lebih gemar memilih produk yang dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi. Tapi itulah, nak buat sendiri macam malas gila la mana ada masa. Nasib baik Seri Skincare ni muncul secara tetiba! Dan sejak itu saya guna skincare ni je setiap hari. Hah apa je Seri Skincare ni sebenarnya? 


Seri Skincare ni merupakan homemade skincare yang menggunakan bahan-bahan semulajadi. Ada face bar, ada lip balm. Akan datang ada face cream dan loose powder. Wah lengkap semuanya kan? Sejak tiga minggu yang lepas saya mengunakan Seri Skincare, memang terasa perbezaan dengan tekstur kulit lebih lembut, dan bebas jerawat. Okayh jom kita ushar Face Bar apa yang ada special homemade dari Seri Skincare ni.



Rose Face Bar 

Mengandungi ekstrak bunga ros yang memang wangi je face bar ni bila basuh muka. Rose Face Bar membantu untuk mengecilkan pori-pori dan mengembalikan kecerahan kulit muka korang. Hah lepas pakai Rose Face Bar ni kulit lebih glowing bersinar-sinar dan pinkish! Kemerah-merahan seperti bunga ros nampaknya.Dah la lebih cerah, glowing, lepas tu menghaluskan kulit pulak.



Sweet Orange Face Bar 

Mengandungi ekstrak buah oren, Sweet Orange Face Bar berperanan untuk melindungi dan merawat kulit muka yang sensitif dengan jerawat, liang pori-pori besar terbuka, berminyak dan sebagainya. Hah yang ada masalah kulit sesuai lah pakai Sweet Orange Face Bar ni. Sedia maklum, kalau buah oren tentunya kaya dengan Vitamin C kan? Maka Vitamin C dari buah oren ini akan membantu untuk mengurangkan bakteria yang terdedah ke kulit muka kita sekaligus merawat kulit bermasalah.

Juga mengandungi essential oil orange, yang bagus untuk menentang kedutan muka, tompok hitam, dan lebih awet muda. Buah oren juga power bab antioksida ni maka kerosakan kulit muka akan berkurangan dan juga lindung muka kita dari sinaran UV yang penuh pencemaran dan toksik. 



Pomerries Face Bar 

Mengandungi ekstrak buah delima, Pomerries Face Bar membantu memberi efek fresh, dan lebih elastik dari segi tekstur dan tona warna kulit. Juga mengandungi ekstrak blueberry, yang akan membantu korang lebih awet muda dan kolagen bekualitI tinggi pula membantu untuk menyihatkan lagi kulit muka. Kulit juga akan lebih sihat, halus, dan firm.



Homemade Lip Balm

Diperkayakan dengan Jojoba Oil, formula homemade lip balm ini membantu untuk merawat bibir yang merekah dan melembapkan lagi bibir. Datang dengan 4 warna; Ruby, Rosie, Fuschia, dan Garnet. Bukan untuk bibir je, tapi korang boleh letak kat pipi juga untuk efek glowing. Tapi nama pun lip balm, warnanya bukan sepekat lipstik ya! Warna lembut sesuai untuk light makeup. 

Untuk Face Bar, sekotak cuma RM39.90 dan untuk Lip Balm pula RM16.90. Kalau nak beli boleh hubungi: 

Facebook: Seri Skincare 
Instagram: @seriskincare 
Telefon: 012-444 1714


Berita baik, untuk pembaca ieyra.com, saya akan bagi giveaway sekotak Seri Skincare Pomerries Face Bar dan dua Seri Skincare Lip Balm! Boleh refer di Facebook ieyra.com ya!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S