Muzium Illusi kini di Kuala Lumpur!

12:22 pm



Selalu bila Ney travel ke Penang atau Melaka, lokasi utama yang Ney akan melawat semestinya muzium-muzium interaktif dan unik yang ada! Nampaknya lepas ni tak perlu travel jauh lagi sebab kini di Kuala Lumpur pun dah ada Muzium Illusi yang baru dibuka. Wah, seronok bila dengar illusi ni kan? Macam buat magis tersendiri.



Berasal dari Zagreb, Crotia Museum of Illusions ni ialah muzium interaktif yang menawarkan visual illusi menarik, dan juga ada elemen educational yang sesuai dengan semua generasi. Terdapat lebih 70 pemeran illusi termasuklah bilik penyusuaian minda, ilusi optik, dan juga bilik mainan yang penuh teka teki dan puzzle!



Direka khas berdasarkan ilmu sains, matematik, biologi dan psikologi,para pengunjung boleh mempelajari lebih banyak tentang visi, persepsi, sains dan sel-sel otak manusia berhubung memalui pameran yang sangat interaktif dan menyeronokkan ni.

Kadang-kadang tak paham bila kita tengok dengan mata kasar tak nampak apa yang magis dan mainan ilusi sesuatu gambar tu, tapi kat sini korang boleh paham bila korang try sendiri.






Masa ni la kita nak menjerit, ketawa, berlari, dan ambil gambar banyak-banyak. Seronok kalau datang ke sini bersama keluarga dan rakan-rakan.  Muzium Illusi ini terletak di Tingkat 1 & 2, Ansa Hotel, Bukit Bintang Kuala Lumpur. Muzium Ilusi dibuka setiap hari dari jam 9 pagi hingga 11 malam dan tiket masuk berharga RM35 (dewasa) dan RM25 (kanak-kanak 15 tahun ke bawah). Ada juga pelbagai pakej untuk keluarga, kumpulan besar atau rombongan sekolah.



Nak menang tiket PERCUMA? Ney berbesar hati nak kongsi kegembiraan ini dengan korang semua. Ney nak bagi hadiah 1 tiket Family Pakej bernilai RM90 untuk 1 pemenang dan 4 tiket bernilai RM35 setiap satu untuk 2 pemenang. Cuma perlu tinggalkan komen dibawah, "Saya NAK!" dan bagi sebab kenapa korang teringin nak ke Muzium Illusi ni. Komen terbaik Ney akan pilih sebagai pemenang. 

Jangan lupa baca maklumat lanjut di www.museumofillusions.my atau hubungi mereka di talian 03-21102654. 

You Might Also Like

10 comments

  1. Ops! Seronoknya! Nak bawa famili dan anak jugak. Tema pendidikan yg Think Of The Box!

    ReplyDelete
  2. Saya NAK!

    Nak juga bergambar macam Ieyra dengan kawan-kawan. Dan yang pasti, nak gambar yang sebiji macam Tan Sri Vincent Tan punya seperti dipost dalam Instagram anak beliau.

    ReplyDelete
  3. Saya NAK. Sebab suka pi muzium. Kat Penang semua muzium dah pi. Nak pi yang ni pulak. Lagi pun CP kan suka ambil gambar hahaha

    ReplyDelete
  4. SAYA NAKK!! Sebab sy tk pernah pergi pon muzium ilusi ni.So excited kalau dpt pegi

    ReplyDelete
  5. SAYA NAK!
    sebab tak pernah pergi muzium illusi, sobss ��

    ReplyDelete
  6. Saya NAK! Saya ingin bawa anak-anak kerana mereka suka illusi dan sains. Mereka boleh menambah ilmu pengetahuan dan menangkap gambar seperti ahli silap mata.

    ReplyDelete
  7. Saya NAK! Saya ingin bawa anak-anak kerana mereka suka illusi dan sains. Mereka boleh menambah ilmu pengetahuan dan menangkap gambar seperti ahli silap mata.

    ReplyDelete
  8. Saya NAK!
    Kerana ia satu kemestian untuk membawa keluarga ke tempat yang memberikan keseronokan seperti Cik Ieyra ceritakan di atas. Dan saya percaya lawatan ke Muzium Ilusi ini merupakan pengalaman yang bermakna untuk kami.

    ReplyDelete
  9. Saya NAK! Saya suka bergambar tetapi saya tidak pernah berpeluang melawat dan bergambar di mana mana muzium ilusi. Ini merupakan peluang terbaik untuk merasai keseronokannya sendiri bersama orang tersayang kerana ia terletak di Kuala Lumpur, tempat tinggal saya.

    ReplyDelete
  10. SAYA NAK! Daripada habiskan masa lapang kat rumah atau shopping center, saya nak bawa keluarga saya 'mengembara' ke dunia ilusi yang akan membawa keseronokan yang luar biasa dan bergambar dengan unik background.

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S