Nikmati Citarasa Berbeza Di MITEC

7:28 am



Kali pertama jejak kaki ke sini, Ney terpegun tengok design bangunan ni. Cantik! Dan tidak sangka, di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) juga ada Bufet Ramadan disediakan. Sajian istimewa bertemakan ‘Citarasa Berbeza’ menghidangkan masakan tradisional dan ala-ala masakan ibu di rumah yang pasti menambat selera korang semua!


Pengunjung di MITEC berpeluang menjamu selera dengan seleksi sajian masakan warisan turun-temurun di lokasi suburban yang sangat strategik ni. Setiap pilihan menu yang diteliti oleh barisan chef MITEC amat sinonim dengan juadah berbuka puasa dan selari dengan selera masyarakat Melayu.




Bagi korang yang wajib berbuka puasa dengan nasi, Citarasa Berbeza MITEC mengetengahkan Nasi Bukhari, Nasi Beriani dan Nasi Putih dengan pelbagai pilihan juadah signature chef seperti kambing bamia, gulai kawah daging, udang masak mentega, ketam bercili, lala ‘kam heong’, kari kepala ikan dan banyak lagi. Fuh dalam kari kepala ikan tu ada ketam dan udang galah besar gila! Memang puas hati.



Juadah istimewa signature chef turut menampilkan masakan daripada ufuk barat seperti kambing panggang berempah dengan nasi oriental. Selain menu ala masakan ibu di rumah, ulaman warisan nenda seperti daum selom, ulam raja, kacang botol, petai, daun pegaga, jering terung pipit, jantung pisang, pucuk ubi, tenggek burung dan daun gajus juga dijangka bakal menambat selera pengunjung. Kerabu yang terhidang juga banyak dan sedap!



Tidak ketinggalan aneka panggang kegemaran ramai dengan pelbagai jenis ikan bakar dan sambal-sambal menambat jiwa dan didihan harian seperti soto ayam serta sup ekor mamak akan turut tersedia sebagai pilihan.

Pelanggan juga boleh memilih sajian di ‘Warong Resepi Chef’  yang menyediakan masakan popular sepanjang zaman seperti mi kari, laksa johor dan kuetiau goreng Pulau Pinang. Selain itu, sate ayam dan daging serta sajian istimewa Hari Raya, termasuk rendang tok, serunding ayam dan daging lengkap dengan nasi impit, ketupat dan lemang akan turut dihidang untuk dinikmati. Mood raya betul betul wujud bila datang berbuka di MITEC ni.




Eh tak lengkap juadah tanpa pemanis mulut kan?Ada pelbagai pilihan kuih-muih Melayu bagi mereka yang menggemari aneka manisan disamping pelbagai pilihan biskut Raya.

MITEC menyediakan sebanyak 1,580 parkir termasuk ruang letak kereta bagi golongan kelainan upaya dengan kemudahan lif tanpa perlu berjalan jauh ke dewan makan yang luas dan selesa. Bagus sebab tak semua tempat ada kemudahan untuk OKU. Selain lokasi yang menarik, MITEC juga menyediakan bilik solat, sejadah, selipar dan tempat berwuduk untuk menunaikan solat Maghrib, Isyak dan Tarawih dengan selepas berbuka puasa.

Bufet dibuka daripada pukul 7.00 petang hingga 10.00 malam setiap hari kecuali Sabtu dan Ahad bermula daripada 28 Mei hingga 8 Jun.  Menu ditawarkan pada harga serendah RM100.00++ seorang. Diskaun 50% diberikan kepada warga emas berumur 60 tahun ke atas dan kanak-kanak antara umur 7 ke 12 tahun. Hidangan percuma bagi kanak-kanak berumur 6 tahun ke bawah.

Bufet ‘Citarasa Berbeza’ ‘di MITEC juga disediakan khusus untuk syarikat korporat dan individu yang ingin menganjurkan majlis berbuka puasa untuk 50 orang dan ke atas pada harga yang menarik. Tempahan boleh dibuat dengan menghubungi Bibi di +603 6206 0100 atau emel kepada [email protected]





You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook