Nikmati San Francisco Coffee di Pulau Pinang

4:55 am



Dulu bila nak rasa suasana ala-ala San Francisco, selalu minum kopi di San Francisco Coffee (SF Coffee) tapi kena pergi Kuala Lumpur atau Selangor area je la ada. Pulang ke Pulau Pinang, menggagau cari SF Coffee. Kadang-kadang sampai teringat-ingat aroma kopi arabika yang menyengat hidung tu. Fuh!


Kini dilema mengidam SF Coffee bakal terhapus sebab SF Cofffee kini sudah berada di Utara! Mana lagi kalau tak di Penang. SF Coffee akhirnya merasmikan pembukaan outlet mereka yang pertama di Utara Semenanjung Malaysia iaitu di Plaza Gurney, Pulau Pinang. Akhirnya, tercapai juga hasrat Penangite semua nak merasa keenakkan SF Coffee.





Dekorasi yang menarik dan menenangkan, selesa dan penuh inspirasi tersedia di SF Coffee untuk penggemar kopi di Penang. Kebiasaannya, outlet- outlet SF Coffee yang lain akan memaparkan keunikkan yang tersendiri termasuklah outlet terbaru di Plaza Gurney ini.

Memaparkan ciri-ciri sejarah Gurney Drive dan juga pantai laut sesuai dengan temanya "Kopi, Pantai dan Laut", korang boleh lari dari kesibukkan kota Penang dan datang ke SF Coffee untuk menikmati sedikit suasana tenang di sini sambil menyirup secangkir kopi. Lebih menarik, dinding San Francisco Coffee di Plaza Gurney ini dihiasi dengan mural dengan tema yang sana hasil karya artis Anna Maria.


Semua orang tau SF Coffee sentiasa menghidangkan kopi terbaik yang mereka ada. Selain Pulau Pinang, SF Coffee sudah ada lebih 40 outlet di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang .

Untuk maklumat lanjut korang boleh terus ke www.sfcoffee.com atau ke Facebook mereka di www.fb.com/sfcoffee.

You Might Also Like

1 comments

  1. Siapa yang minat nak minum kopi premium .. leh la pergi ke sini. Macam best je SF Coffee ni.

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook