Rezeki raya untuk memilki rumah impian keluarga

4:27 pm


Salam Syawal ke 6. Amacam? Best tak raya korang semua? Ney dari hari raya pertama hingga ketiga sibuk melayan tetamu berkunjung ke rumah. Tradisi kunjung mengunjung ziarah sanak saudara dan sahabat handai ni memang wajib setiap kali hari raya. Tu belum lagi nak memenuhi jemputan rumah terbuka sana sini. Kami pun dah huru hara macam restoran je memasak tak henti. Kelam kabut jugak bila ramai sangat tetamu datang beraya serentak ke teratak kecil kami ni. Alangkah seronoknya kalau ada rumah yang lebih besar kan?



Semua orang memiliki rumah impian mereka tersendiri. Alangkah seronoknya memiliki ruang dapur yang besar untuk memasak dengan selesa, bahagianya jika memiliki ruang tamu yang luas untuk menerima tetamu yang ramai ketika hari raya, dan juga bilik yang cantik untuk tidur yang lena. Tipu lah kalau korang tak tanam impian untuk memiliki rumah idaman macam Ney cakap ni kan? Lebih-lebih lagi Ney bakal berkahwin kurang dua bulan dari sekarang, dan kami sedang mencari rumah yang terbaik untuk kehidupan selepas berkahwin.



Dalam sibuk mencari rumah impian Ney, dan sesuai dengan mood masih mood raya mujur Metro Kajang Holdings Berhad atau MKH akan mengadakan Majlis Rumah Terbuka MKH nanti. Boleh lah survey sedikit sebanyak rumah baru yang boleh kami miliki. Lagipun masih mood raya, nak balik ke KL esok pun, rasa macam tak syoklah! Masih teringin nak makan kuih raya, rendang, serunding, dan pelbagai juadah raya yang lain. Tak puas kan?

MKH ni merupakan sebuah syarikat pemaju elit yang dah pun 36 tahun mencipta kecemerlangannya dalam industri ini. Paling menarik, pelbagai anugerah yang telah diraih sepanjang tempoh 36 tahun ni tau! Antara projek perumahan MKH Berhad meliputi di kawasan Damansara, Bangsar, Mont Kiara, Shah Alam, Cheras, Petaling Jaya dan beberapa kawasan strategik di Kuala Lumpur. Wah, kalau boleh memang kami nak tinggak di sekitar Petaling Jaya atau KL je, mudah untuk ke tempat kerja!

Sesuai kita semua masih dalam mood raya, MKH juga ada Kempen Jualan Raya tau! Harapnya ada lah potongan harga atau tawaran menarik untuk beli rumah impian kami.


Antara tawaran menarik sepanjang Kempen Jualan Raya ialah menerusi Facebook Live. Hah masa Facebook Live ni, akan diadakan cabutan bertuah dan korang bakal memenangi:

  • Skuter Elektrik Harley bernilai RM2000 untuk 5 pemenang
  • LED TV 40 inci bernilai RM2000 untuk 3 pemenang
  • GoPro Hero 5 Black bernilai RM1100 untuk 5 pemenang
  • HuaWei P10 Lite bernilai RM900 untuk 5 pemenang
  • Garmin Watch bernilai RM1000 untuk 5 pemenang.

Wah banyak kan hadiah menarik? Untuk layak diri ke cabutan bertuah ni, kena la buat sebarang pembelian rumah dari 1 Jun hingga 31 Julai 2018 je tau! Lagi menarik, sempena masih beraya, mereka memberi Raya Rebat sebanyak 2% berdasarkan harga SPA! Terdapat pelbagai jenis kediaman yang disediakan diantaranya Commercial Property, Intergrated Property, Residential Property dan Township.Agaknya mana satu rumah sesuai?


Rumah Terbuka MKH akan diadakan pada 30 Jun & 1 Julai 2018 dan juga 7 Julai & 8 Julai 2018. Dan bukan cuma satu tapi terdapat 3 lokasi Rumah Terbuka MKH iaitu:

MKH's Salam Aidilfitri Open House (Hillpark Shah Alam North) https://www.facebook.com/events/254355298632275/

MKH's Salam Aidilfitri Open House
(Old Klang Road) https://www.facebook.com/events/241977426534949/

MKH's Salam Aidilfitri Open House (Kajang) https://www.facebook.com/events/1984103645140316/





Pelbagai juadah raya akan dihidangkan dan semestinyalah ada lemang, rendnag, ketupat, kuah kacang, ayam goreng berempah, satay, kambing panggang, kuih raya, aiskrim, dan just buah detoks. Yang masih tak puas lagi makan juadah raya nampaknya kena lah datang Rumah Terbuka Raya MKH ni!


Nampaknya Ney pun kena lah ke Rumah Terbuka MKH untuk beli rumah idaman. Mana tahu rezeki raya tahun ni untuk memiliki rumah impian selama ni, sekaligus menang hadiah kan? Maklumat lanjut boleh ke www.facebook.com/mkhbhd/.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S