Rumusan DHA tertinggi Dutch Lady untuk tumbesaran kanak-kanak

8:26 pm


Kenapa kanak-kanak perlu minum susu? Susu merupakan sumber yang baik bagi pelbagai nutrien yang penting untuk pertumbuhan dan perkembangan sempurna kanak-kanak kerana ianya kaya dengan nutrien penting seperti vitamin D, kalsium dan berbagai nutrient lain. 


Malangnya kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak dan remaja Malaysia tidak mengambil susu dan hasil tenusu secukupnya. Trend kanak-kanak makin kurang minum susu apabila semakin membesar, ini membimbangkan lebih-lebih lagi apabila ia juga sejajar pula dengan peningkatan pengambilan minuman manis yang kurang berkhasiat seperti minuman ringan atau minuman berperisa buah. Semua tabiat pemakanan yang tidak sihat ini menyumbang kepada masalah obesiti dan malnutrisi dalam kalangan kanak-kanak.


Sebagai ibu bapa, kita harus mengetahui khasiat susu untuk kanak-kanak yang sedang membesar. Kanak-kanak memerlukan dua gelas susu sebagai sebahagian daripada diet harian yang sihat. Ini memastikan mereka menerima pemakanan yang diperlukan untuk membesar dengan sihat dan ceria sepanjang zaman kanak-kanak. Susu adalah sejenis makanan yang amat kaya dengan nutrien. Ia adalah sumber vitamin dan mineral yang baik, seperti vitamin A, kumpulan vitamin B (riboflavin, niasin, vitamin B6 dan vitamin B12 ), magnesium, fosforus, zink dan kalsium. Selain itu, susu turut membekalkan protein yang diperlukan untuk pembinaan tisu serta karbohidrat dan lemak yang berfungsi sebagai pembekal tenaga.


Memberikan tahap nutrisi yang lebih tinggi untuk kanak-kanak, Dutch Lady Malaysia kini menawarkan tahap DHA (asid docosahexaenoic) tertinggi dalam susu tepung rumusan untuk kanak-kanak yang berumur antara 1 hingga 3 tahun dalam pek baharu. Dutch Lady 123 juga mengandungi kandungan nutrien yang lebih tinggi untuk protein, vitamin D3, vitamin C yang penting buat kanak-kanak yang sedang membesar. 60% daripada otak terdiri daripada lemak dan salah satu jenis lemak paling penting adalah DHA atau asid docosahexaenoic4 yang membantu perkembangan otak kanak-kanak. DHA adalah seperti blok bangunan untuk otak dan kepentingannya lebih jelas untuk kanak-kanak, kerana otak mereka berkembang dengan pesat.


Scha Alyahya ibu kepada Lara Alana, sebagai duta Dutch Lady berkata, "Saya gembira melihat anak saya, Lara membesar dan menjadi lebih bijak dan lebih sihat setiap hari. Dutch Lady merupakan satu-satunya jenama yang saya percayai untuk memberikan nutrisi yang berkualiti serta selamat untuk anak saya. Saya juga gembira melihat anak saya menikmati susu kegemarannya yang turut memupuk kebijaksanaan Lara".  Selain memastikan Lara mendapat nutrisi yang secukupnya, Scha juga sering menggunakan blok binaan untuk berinteraksi dengan Lara bagi menggalakkan kreativiti anak kesayangannya. “Lara gemar membina kota dan kemudiannya akan bercerita tentang putera dan puteri yang tinggal di dalam kota tersebut serta pengembaraan yang dilalui mereka. Dia sangat pandai bercerita dan saya terpegun dengan daya imaginasi yang dimilikinya!” tambah Scha lagi. 


Besarkanlah anak yang bijak dan sihat hari ini dengan nutrisi yang berkhasiat daripada Dutch Lady! Dutch Lady 123, Dutch Lady 456 dan Dutch Lady 6+ dengan 5X DHA8 boleh didapati disemua pasar raya besar dan kedai-kedai di seluruh negara. Untuk maklumat lanjut, layari www.smartmoments.com.my.


You Might Also Like

1 comments

  1. Bole saya bertanya kalau rumusan susu dutch lady 1-3 thun.. kanak2 yang berusia 6+ bole miumum???

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook