5 Kepentingan Sarapan Pagi Yang Tak Patut Kita Abaikan

2:11 am




Setiap pagi, korang ambil tak sarapan pagi sebelum ke kelas atau ke tempat kerja? Mungkin tak sempat, tapi sebelum mula bekerja, makan tak apa-apa? Ramai antara kita yang mengabaikan sarapan pagi sebab kesuntukan masa. Yelah, kalau dah subuh pun subuh gajah, nak bangkit dari katil punya banyak alasan, mana sempat nak sarapan pagi kan? Tahukah anda, sarapan pagi adalah sangat penting dan tidak patut diabaikan? Kenapa kita tak patut meninggalkan sarapan pagi?



1) Badan rasa letih






Menurut saintifik, kalau kita tak sarapan pagi, badan akan rasa letih, menafikan badan kita dari semua nutrient dan tenaga yang diperlukan untuk mendapatkan prestasi yang optimum sepanjang hari.  Bila dah lemau je badan, mula lah tak bermaya nak bekerja kan? Terus seharian bad mood dan tak produktif. Satu kerja pun tak jalan lah!

2) Minda tak cergas

Otak atau minda sangat memerlukan sarapan pagi bagi merangsang pemikiran ke arah pembelajaran yang lebih cemerlang di sekolah dan supaya lebih produktif di tempat kerja. Pakar pemakanan sependapat bahawa mengambil sarapan adalah sumber pertama untuk memulakan kehidupan seharian, sekali gus mencergaskan minda. Kajian terbaru menunjukkan orang yang bersarapan secara tetap menikmati kehidupan berkualiti, tersusun, bersikap positif, lebih langsing dan memiliki daya tumpuan yang lebih baik.



3) Mampu menahan lapar

Pemilihan sarapan terutamanya yang kaya dengan karbohidrat, membekalkan tenaga, mampu menahan rasa lapar dan mengawal keinginan untuk makan di antara waktu sarapan dan makan tengah hari. Takde lah sikit-sikit rasa nak mengunyah je waktu bekerja.

4) Lebih ramping

Kajian yang dijalankan Food Facts Asia dengan kerjasama empat universiti di Asia ke atas remaja berusia 10 hingga 12 tahun yang mengamalkan sarapan rata-rata jauh lebih langsing dan kurang berhadapan dengan masalah berat badan berlebihan. Bahkan, kajian di Amerika Syarikat ke atas 3,000 sukarelawan menunjukkan mereka dapat mengurangkan berat badan dan mengekalkan berat badan unggul dengan hanya mengamalkan sarapan.

5) Meningkatkan metabolisme

Merujuk kepada International Food Information Council (2013), sarapan pagi boleh meningkatkan metabolisme. Bila kita makan sarapan yang sihat akan meningkatkan metabolisme dan membuat ia bekerja lebih keras selepas semalaman tanpa makan (tidur). Ye la bila kita tidur, metabolisme korang cenderung untuk lebih perlahan atau rendah.  Selepas tidur semalaman, badan kita memerlukan banyak khasiat, dimana hidangan terakhir yang kita ambil adalah 8 hingga 12 jam sebelum tidur. Inilah sebabnya sarapan bernutrisi itu penting untuk permulaan hari yang kuat. Sarapan membantu meningkatkan tahap tenaga yang diperlukan oleh badan kita untuk melakukan aktiviti seharian.



Apa pun, hari yang kuat memerlukan permulaan yang mantap. Sebab tu kita WAJIB makan sarapan pagi dan nutrien intake pun kena lah cukup. Kena lah makan makanan seimbang dan lengkap nutrien makro, mikro, kabohidrat, protein, vitamin dan mineral. Mengikut kajian, tujuh jenis sarapan pagi yang paling biasa diambil oleh rakyat Malaysia adalah nasi lemak, mi goreng, nasi goreng, roti canai, roti telur, sandwich sardin, dan juga gabungan karipap dan dua jenis kuih muih yang lain.

Tapi tahu tak sarapan macam ni tak dapat bekalkan nutrien harian yang cukup iaitu 20% hingga 25% seperti yang disyorkan untuk orang dewasa dan kanak-kanak? Macam-macam jenis vitamin tak cukup tau. Tak cukup kalsium, Vitamin D, macam-macam lah. Tapi jangan risau, boleh je masih kekal sarapan pagi dengan makanan-makanan di atas tapi, kalau minum sekali 250ml susu mesti cukup 20% hingga 25% nutrien yang diperlukan tu.


Memandangkan susu adalah salah satu minuman yang bernutrisi daripada alam semulajadi, susu Dutch Lady PureFarm menjadi pilihan yang lazat dan berkhasiat untuk keluarga Malaysia pada waktu sarapan untuk menyemarakkan pagi mereka bagi mengharungi cabaran sepanjang hari. Bukannya mudah untuk mendapatkan semua nutrien yang diperlukan dalam satu hidangan, tetapi dengan minum susu, ia membantu memenuhi nutrien yang diperlukan oleh badan kita. Kebanyakan orang menyedari bahawa susu kaya dengan kalsium, tetapi susu sebenarnya membekalkan nutrien penting lain yang tidak boleh dihasilkan oleh badan kita, seperti protein. Tambahan pula, segelas susu sewaktu sarapan membantu badan kita bersedia untuk menyerap lebih banyak nutrien daripada makanan yang diambil sepanjang hari anda. Susu Dutch lady Pure Farm mengandungi:

Protein - membantu membina dan membaiki tisu supaya otot berfungsi dengan baik

Vitamin A - membolehkan mata berfungsi dengan sempurna dan mebantu kita beri lebih fokus.

Vitamin B2 - menyokong pelepasan tenaga daripada kabohidrat, lemak, dan protein

Vitamin D - membantu menyerap dan penggunaan kalsium dan fosforus

Kalsium - penting untuk membina tulang dan gigi yang kuat bagi kanak-kanak dan mengekalkan jisim tulang sihat untuk orang dewasa yang aktif.

Hah apa lagi? Jom kita mulakan hari dengan kuat bersama khasiat dari segelas susu Dutch Lady PureFarm sewaktu sarapan! Dengan segelas susu Dutch Lady PureFarm setiap pagi, korang mesti dah bersedia lepas tu untuk memulakan hari yang lebih cergas, kuat dan bertenaga! Oh ya, sekarang ada peraduan tau! Ayuh ramai-ramai sertai peraduan sarapan pagi #dutchladybreakfastchallenge online, dan rebutlah peluang untuk memenangi hadiah menarik yang bernilai lebih daripada RM35,000 dengan hanya melengkapkan sarapan pagi korang bersama susu Dutch Lady PureFarm yang bermula pada 8hb Oktober sehingga 11hb November 2018! Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook Dutch Lady Malaysia di www.facebook.com/spread.the.goodness.of.milk atau website www.dutchlady.com.my.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S