UFORA Skincare lancar tiga produk penjagaan kulit muka ringkas dan berkualiti

12:53 am


Semua orang tahu wanita sangat mementingkan penjagaan wajah mereka. Basic skincare pun, tetap penting untuk kulit muka kita kan? Sambutan yang hangat daripada produk pertamanya, UFORA Beauty Collagen melonjakkan hasrat pengasasnya, sepasang suami isteri, Encik Nik Mohd Hilman Mustapha dan Puan Supia Saupi untuk terus mengembangkan perniagaan waima terhasilnya siri produk kecantikan keduanya, UFORA Skincare.

Kenapa UFORA Skincare?

Rupanya UFORA tu bermaksud, "For You All".

Tiga produk penjagaan kulit muka untuk kegunaan harian yang baru dilancarkan ni bukan sahaja untuk wanita, tapi untuk kaum lelaki juga. Tiga produk yang dilancarkan baru-baru ni ialah UFORA Night Serum,UFORA Sunscreen dan UFORA Facial Foam.



Rangkaian produk kecantikan kulit terbaru ini telah diformulasi khas bagi membendung penuaan kulit wajah serta disasarkan untuk menembusi pasaran tempatan. Ney ada baca kandungan bahan dalam UFORA Night Serum. Dengan ekstrak buah aloe vera yang berkualiti tinggi, UFORA Night Serum memang sangat sesuai digunakan bagi semua jenis kulit muka untuk semua lapisan umur. Ia mampu merawat kulit muka yang bermasalah seperti jerawat, parut, kulit muka berlubang, mengecilkan pori-pori dan juga mampu mencerahkan kulit. Sebelum ni pun Ney lumur je lendir Aloe Vera tu kt muka. Ada UFORA Night Serum ni ok lah sikit kan? Cuma perlu oleskan pada kulit wajah setiap malam sebelum masuk tidur. 

Selain UFORA Night Serum untuk dipakai pada waktu malam, set penjagaan kulit wajah UFORA Skincare ni juga ada UFORA Sunscreen untuk dipakai pada waktu siang. UFORA Suncreen digunakan untuk merawat kulit dan juga untuk melindungi sinaran cahaya matahari atau SPF50. Formula anti penuaan yang terkandung dalam UFORA Suncreen ini juga mampu membuatkan kulit muka pengguna kekal muda dan anggun jelita tau! Antara kelebihannya ialah menutup cela di wajah, perlindungan UVA & UVB yang selamat digunakan, mencerahkan dan meratakan rona kulit muka, dan juga kaya dengan VItamin E. Cara menggunakannya juga mudah dimana korang cuma perlu oleskan pada kulit wajah setiap pagi selepas membersihkan muka dan boleh juga digunakan sebelum menggunakan make up.

UFORA Skincare juga ada produk pencuci muka, UFORA Facial Foam yang mengandungi bahan ekstrak kranberi, ekstrak betik dan vitamin C yang mana ia mampu melembut, menyegarkan, menstabil dan melembapkan kulit muka serta menanggalkan kotoran dan sel kulit mati.  UFORA Skincare juga mampu membersihkan kulit muka jauh ke dalam liang pori selain mencerah dan menegang dan mengilatkan kulit muka para pengguna. Cuma picitkan sedikit di atas tapak tangan, buih pencuci akan keluar dan urutkan pada wajah dan bersihkan dengan air.





Banyak testimoni pengguna UFORA Skincare yang berjaya. Masa Majlis Pelancaran pun ada dua atau tiga orang yang mengaku sendiri keberkesanan UFORA Skincare ni. Betul-betul besih dan cantik kulit muka mereka. Ney baru guna dua hari pun dah terasa kelembutan kulit wajah. Rasa lebih fresh! UFORAa Skincare memang produk berkualiti tinggi dan packaging yang menarik setanding produk keluaran antarabangsa. Di pek kan dalam satu kotak, selain untuk dipakai diri sendiri, korang juga boleh beli untuk bagi hadiah pada orang lain. UFORA Skincare mempunyai konsep dan set penjagaan yang ringkas, tetapi berkemampuan menyelesaikan kesemua masalah kulit. Maka, Ney rasa semuanya orang wajib memiliki UFORA Skincare ni untuk lebih cantik.


Untuk setiap set UFORA skincare ini didatangkan sekali dengan 3D Blend Puff dan dijual dengan harga RM139 (Semenanjung Malaysia) & RM149 (Sabah & Sarawak).

Bagi yang berminat untuk memiliki set penjagaan wajah dari UFORA ini boleh lah dapatkan keterangan lanjut di :

Facebook: https://www.facebook.com/UforaskincareHq/ 
Instagram : https://www.instagram.com/uforaskincare_hq/ 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S