Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan Paling Berbaloi di Shah Alam!

7:17 pm


Bila nak tiba hujung minggu, pasti Ney cari aktiviti untuk diluangkan bersama yang tersayang. Bersama suami ke, keluarga ke atau kawan-kawan. Ye lah dah 5 hari stress kerja, hujung minggu memang nak enjoy sepuas hati lah. Minggu lalu, Ney, suami dan kawan-kawan singgah ke Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan di Seksyen 13, Shah Alam. Wah suka betul makan steamboat bbq boleh main masak-masak haha!



Disebabkan kami ramai, dan satu table panjang pun dah dua dapur steamboat bbq, kami pilih kuah sup dan tomyam. Boleh lah merasa dua jenis kuah ye dak? Kalau nak rebus seafood semua tu memang Ney prefer kuah rebusan tomyam la. Baru terasa rempah dan kepedasan tomyam meresap dalam makanan laut yang direbus. Tapi kuah rebusan sup pun sedap di makan kalau waktu musim hujan macam ni. Bayangkan menghirup kuah sup panas tu rasa macam sedap je musim sejuk ni kan? Hah, pilihan makanan memang banyak kat sini, sampai rambang mata Ney nak pilih. Tapi ingat! pilih banyak-banyak kena habis kan tau? Jangan membazir pulak.






Untuk pilihan makanan laut yang tersedia, ada kupang, udang besar, kepah, kerang, sotong, isi ikan, lala panjang, dan macam-macam lagi. pelbagai jenis bebola sotong, bebola ikan, bebola daging dan segala jenis bebola pun ada. Lagi sedap bila kita ambil pulak cendawan, sayur-sayuran dan fucuk letak dalam kuah rebusan. Aduhhh lengkap rasanya! Nak lagi kenyang? letak pulak telur ayam atau telur rebus dan pelbagai pilihan mee pun ada!




Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan, juga menyediakan menu grill perapan istimewa ayam atau daging, udang, sosej, ikan, dan sotong. Jenis-jenis perapan yang digunakan adalah campuran daripada cili giling, bawang putih, lada hitam, dan beberapa rempah ratus herbayang diadun bersama untuk menaikkan lagi rasa dan bau perapan. Kalau korang tengok nama-nama menu grill yang disediakan mesti rambang mata nak pilih mana. Ada Chicken Mozza, Chicken Castello, The Toretto Meat, Cappucino Meat, The Krusty Crab, Super Prawn, Keli Yolanda, Dory Drive, Patin Annabel, Squidward, Pari Perry dan paling menarik kat situ ialah Kambing Grill yang diperap dengan 15 jenis rempah! Hah jangan main-main nama menu pun gempak hah sesedap rasa. Patin Annabel tu kalau makan kat D'Kayangan ni, dia akan ikut balik menghantui hidup anda sebab sedap sangat. 


Kat sini juga ada menu tambahan seperti hirisan ikan segar bersama air asam, ikan pari asam nyonya yang diperap dengan foil aluminium, dan kepak ayam bbq. Menu makanan berat pun ada kalau tak cukup kenyang lagi, seperti nasi lemak yang dikatakan sedap sangat lah oleh ramai orang. Selain menu wajib cuba, Nasi Lemak tu ada Mee Goreng, Kuey Teow Goreng, Nasi Goreng dan macam-macam lagi. Lagi satu Ney suka makan sini sebab pilihan sos pun banyak. Ada sos cili pedas, sos thousand island, sos cili thai, sos cili manis, sos bawang putih, sos lada hitam, sos yong tau foo, dan macam-macam lagi. Pilihan ais krim pun banyak tau kat sini untuk dijadikan pencuci mulut. Paling Ney suka tentunya aiskrim perisa Oreo dan Mint.


Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan menawarkan lebih 150 jenis hidangan bagi pengunjung setiap hari, Punya banyak hidangan yang boleh korang melahap kat sini hah. Harga yang ditawarkan memang murah dan berbaloi iaitu hanya RM33.00 nett bagi dewasa, dan RM 12.50 nett untuk kanak-kanak yang berusia dari 5 hingga 11 tahun. Untuk kanak-kanak berumur 4 tahun kebawah, PERCUMA! Kalau korang datang sini, belanja lebih RM150 pulak, korang akan terus dapat kad diskaun RM10! Eh eh ada satu lagi menarik kat sini ada Live Teppayanki oleh chef diorang tapi masa kitorang datang takde la pulak .huhuhu .... chef cuti agaknya. 😅


Ruang makan agak santai dan luas, besar juga lah restoran ni sampai mampu untuk menampung sehingga 600 orang dalam satu masa. Kemudahan juga lengkap, ada surau perempuan dan lelaki yang selesa dan senang parking! Kalau korang nak datang ke sini, boleh waze atau google maps atau terius ke alamat:

Steamboat BBQ Buffet D'Kayangan, 
Sri Acapella Service Apartment, 
No 1, Jalan Lompat Tinggi 13/33,
Seksyen 13, Shah Alam.

Masa perniagaan : 
Isnin - Jumaat : 5pm to 11.30pm
Sabtu & Ahad : 3pm to 12am.

Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan boleh terus hubungi 012-2971091 atau 03-55234979. Jangan lupa ikuti latest update mereka di Facebook D'Kayangan Steamboat BBQ Buffet dan Instagram @dkayangansteamboat. 

Memang enjoy dan puas hati makan steamboat bbq kat sini dengan harga yang cukup berbaloi dan murah! Korang wajib cuba tau!

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S