The best room and bagels in Penang!

11:11 pm



Okayh tajuk je acah English. Nak bercerita di sini bahasa rojak jugak. Haha! Pulang dari Royal Belum dan Kuala Kangsar, kami terus ke Penang untuk sambung honeymoon. Dari Padang Rengas, Kuala Kangsar kami naik Komuter untuk ke Bukit Mertajam, dan kemudiannya terus ke Batu Feringghi, Pulau Pinang untuk menginap di sana. Kalau dah datang Penang ni bukan honeymoon je tapi memang macam-macam boleh buat! Sudah banyak Ney kongsikan tempat menarik di Pulau Pinang sebelum ni, tapi yang ni Ney cerita tempat Ney belum jelajah ok? 



Firstly, kami terus check-in terlebih dahulu di ZEN Rooms Eden Parade @ Roomies Suite yang terletak di Batu Feringghi. Kami pilih ZEN Rooms sebab listed hotel dalam website ZEN semuanya murah dan dijamin selesa. Masa melangkah masuk ke Roomies Suite, terkejut tak sangka dari luaran bangunan Eden Parade ni nampak biasa je tapi suasana di lobi Rommies Suite ternyata berbeza. Konsep moden dan sangat welcoming di lobi, begitu jugalah di bilik untuk kami.








Bilik sangat luas, dan selesa. Bantal gebu gebas semuanya. Bila dah dapat terjun katil ni memang susah lah nak bangun hahahaha. Kalau korang nak tahu kenapa Ney lebih suka untuk memilih ZEN ketika travel, sebab semua bilik-bilik ZEN ni mempunyai fasiliti lengkap yang akan memudahkan lagi hidup korang waktu sedang travel. Salah satunya, akses Wi-Fi . 

Bilik-bilik ZEN dijamin akan dilengkapi dengan akses Internet atau Wi-Fi percuma dengan kelajuan tinggi. Hah, mudahlah untuk berhubung dengan keluarga, atau update gambar travel di Instagram atau Facebook kan? Selain akses Wi-Fi, bilik-bilik di ZEN juga dijamin selesa, bersih, berhawa dingin, ada hot shower, dan juga 24 jam customer support!


IKLAN: Jangan lupa gunakan code ZENEYRA kalau korang booking di www.zenrooms.com. Discount valid untuk seluruh Asia, semua jenis bilik!



Kalau di Batu Feringghi selain daripada pantainya, pasar malamnya merupakan salah satu tarikan di sini. Pelbagai jenis barangan dan makanan boleh didapati di Batu Feringghi Night Market so kalau nak feeling tourist memang best lah kat sini. Souvenier pun banyak tau! Dah cuci mata dan makan semua, kami sambung berehat di Roomies Suite.




Esok paginya, kami breakfast dulu di Roomies Suite. Bagusnya booking dengan ZEN Rooms ni, dah lah harga bilik dah murah, ada pulak breakfast provided. Pihak hotel menghidangkan toast bread dan Nasi Lemak paling sedap di Batu Feringghi katanya. Tapi suami kata memang sedap sampai bertambah dua bungkus! 





Lepas breakfast, habiskan sisa sisa masa untuk checkout pulak. Ney kepenatan sebab travel back to back je few weeks. Dapat tilam empuk, memang nak lena je. Oh ya satu lagi Ney suka konsep bilik ni, bilik airnya pintu macam rumah Jepun tu, sliding kayu. Lepas tu ada cermin besar lagi besar dari badan kita. Puas rasanya nak bersiap, mekap sebelum keluar. Bang, nak cermin macam tu satu kat rumah boleh tak???



Selepas checkout, sempat kami ambil maps di lobi Roomies Suite, dan plan nak kemana. Disebabkan mostly dalam Penang ni kami dah jelajah, kami decide nak berjalan sekitar Georgetown je lah. Dari Eden Parade, kami naik naik bas Rapid Penang ke kawasan Georgetown memandangkan Grab tu mahal. Naik bas baru RM1.70 - RM2.00 macam tu je tambang.



Kami berhenti betul-betul di Jalan Chulia, Georgetown. Dan destinasi kami yang pertama tentunya The Mugshot Cafe sebab ramai kawan kata kat sini ada The Best Bagel in Penang! Fuh masa masuk tu memang cafe hipster ni terasa klasiknya sebab Bagel kat sini di bakar menggunakan oven kayu api yang style lama tu.

Ney order Cream Cheese & Smoked Salmon Bagel. Terasa kerangupan bagel tu bila kita gigit, lepas tu salmon sangat besar dan banyak. Memang puas hati dan Ney tak sangka gabungan Cream Cheese dan Smoked Salmon tu sedap rupanya. Berbaloi dengan harga berbelas ringgit haha!




Mula-mula rasa macam nak ke The Habitat di Penang Hill untuk merasai Tree Top Walk yang baru tu tapi cuaca sangat panas, dan dapat tahu ramai orang naik ke Penang Hill terus jadi malas. Haha! Dan memandangkan bas kami pulang ke Kuala Lumpur pada jam 12 tengah malam, maka aktiviti makan makan je la. Kami terus ke Nasi Kandar Imigresen pula lepas tu di Lorong Pasar, yang katanya antara Nasi Kandar terbaik di Penang tapi tak ramai orang luar yang tahu. Gerainya kecil di tepi jalan, di tengah lorong. Tak perlu beratur panjang, dan harganya cukup murah. Dibuka dari jam 10.30 pagi hingga 9.30 malam dan pelbagai jenis lauk boleh dipilih.



Seberang jalan Lorong Pasar adalah kawasan Little India dan juga Street of Harmony. Selain mood hindustan je dengan jumpa segala jenis restoran makanan India dan jualan barangan kat situ, Street of Harmony juga salah satu benda menarik untuk dijelajahi. Kenapa namanya harmoni? Sebab kat sini sepanjang jalan korang akan jumpa pelbagai rumah agama, dalam satu kawasan. Ada Masjid Kapitan Keling, Tokong Kuan Yin, Gereja St. George, Kuil Sri Mahamariamman, dan pelbagai jenis tokong, kuil, gereja dan masjid yang lain. Wah harmoni je takde gaduh pun semua setempat.



Berhampiran dengan Masjid Kapitan Keling, kami terjumpa kedai buku Gerak Budaya. Tampak klasik je kedai buku ni, dan masuk je ya ampun sedapnya bau buku-buku baru. Tapi kedai ni ada juga jual buku-buku secondhand. Gerak Budaya banyak jual buku-buku alternatif dari fiksyen, bukan fiksyen, politik, sejarah, sosio-ekonomi, seni dan budaya, apa saja yang jarang dijumpai di kedai buku biasa akan ada disini. Memang kedai buku rare! Ney pun terbeli sebuah buku.


Cukup singkat masa untuk travel sekarang tapi Pulau Pinang tak pernah mengecewakan. Lepas ni boleh lah datang selalu sebab ZEN Rooms kan ada? Oh ya, jangan lupa booking bilik murah di Asia Tenggara melalui www.zenrooms.com dan kod diskaun special ZENEYRA. Lagi satu, dengar cerita 10 Oktober nanti ada Flash Sale ZEN? Wahhhhh. Tak sabar nak travel lagi!




You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S