Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 oleh Pusat Pungutan Zakat

9:40 pm


Credit photo: Anie

Hujung minggu ni Ney tak buat apa-apa so Ney sempat join singgah ke Karnival Year End Zakat (YEZ) 2018 di perkarangan Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju. Meriah jugak banyak booth jualan, kaunter-kaunter informasi, dan gerai makanan. Karnival YEZ ni diadakan pada 1 & 2 Disember 2018 dari jam 9 pagi hingga 9 malam.


Kaunter Zakat Bergerak & Kaunter Baitumal

Karnival YEZ ni sebagai salah satu usaha mempromosikan dakwah zakat dengan lebih meluas di sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Bagus usaha macam ni, dapatlah meningkatkan lagi bilangan pembayar zakat dan secara tak langsung meningkatkan kutipan zakat.

Liga Quran oleh Ustaz Tarmizi, PU Rahmat dan Man Raja Lawak. 

Banyak jugak aktiviti keagamaan yang disediakan oleh pihak PPZ-MAIWP sempena Karnival YEZ ni. Masa ni Ney sampai jam 10 pagi tadi, tengah berlangsung Liqa Quran oleh Ustaz Tarmizi Abdul Rahman, PU Rahmat dan Man Raja Lawak sebagai ahli panel. Terhibur jugak dengar ceramah agama diselit dengan humor ahli panel. Memang seronok nak dengar dan tak bosan kalau kelakar macam ni. Tapi gelak tu gelak jugak, ilmu jangan tak masuk pulak!

Ucapan Perasmian oleh Pengerusi PPZ-MAIWP,
Datuk Che Mat Che Ali

Ketika Majlis Perasmian Pelancaran Bulan YEZ 2018 pun seronok dengar celoteh ceramah oleh Pengerusi PPZ-MAIWP, Datuk Che Mat Che Ali tentang zakat. Betul juga kata Datuk Che Mat, ramai orang dah kaya dan senang tapi lupa untuk bayar zakat. Ada pula golongan senang, tapi masih terhegeh-hegeh nak minta duit zakat. Allah telah berfirman menerusi Surah At-Taubah, Ayat 71 bahawa menunaikan zakat merupakan sebahagian daripada ciri-ciri orang ang beriman, yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong 
bagi sesetengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebajikan dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan Rasulnya.Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; Sesungguhnya Allah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana.”

- (At-Taubah: 71).


Zakat adalah salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Justeru, tanggungjawab membayar zakat adalah sebahagian daripada ibadah dalam menyempurnakan kehidupan setiap Muslim. Semak jika korang kena bayar zakat atau menerima zakat. Benda penting kita kena tahu dalam hidup kita ni. Alhamdulillah banyak ilmu bermanfaat Ney belajar hari ni di Karnival YEZ.

Di booth Five Estec Travel Services Sdn Bhd

Jom jadi sahabat zakat PPZ-MAIWP
Booth Jualan Air Jagung Klebang Ori 



Petting Zoo 
Booth Jualan Ikon Asnaf MAIWP
Terdapat 90 booth kesemuanya di Karnival YEZ ni. Punyalah besar dan meriah! Selain ceramah agama dan aktiviti keagamaan lain, aktiviti lain di Karnival YEZ ialah booth jualan dari Ikon Asnaf, aktiviti memanah, petting zoo, pertandingan azan, pertandingan Masterchef YEZ bersama Chef Zubir dan lain-lain lagi. Kalau bawak anak-anak, ada aktiviti bersama Didi & Friends, Maskot Omar & Hana, pertandingan mewarna dan sebagainya.

Lagi best, ramai juga selebriti jemputan yang datang menyerikan karnival ni. Macam pagi tadi dah ada PU Rahmat & Man Raja Lawak, sepanjang hari ni dan esok akan ada Hijjaz, Raihan, Saujana, Ustaz Wan Akasyah, Ustazah Dato' Siti Nor Bahyah, PU Amin, PU Idris, Ali XPDC, Heliza Helmi, dan Hafiz Hamidun. Kenapa ramai artis ni? Hah sebab malam ni jam 9 malam ada Konsert YEZ tau!
Cabutan Bertuah Karnival YEZ

Sesi Pop Quiz 

Majlis Penyampaian Hadiah Skim Thohir 2018

Selain pengumuman pemenang bagi Kempen Jom Sertai Skim Thohir 2018 (Julai-Oktober) yang ditaja oleh Five Extec Travel Services Sdn Bhd dan Kempen Jom Berzakat @ zakat.com.my (Ogos - Oktober) yang ditaja oleh SeriGroup Global Sdn Bhd, ada juga acara cabutan bertuah untuk para pengunjung. Manalah tahu korang boleh menang Grand Prize Cabutan Bertuah bernilai RM2,500 atau 37 cabutan bertuah secara berkala dua hari ni yang bernilai RM7,500 semuanya. Mana yang tak berapa cukup bertuah pun takpe korang terjah je mana-mana kaunter yang banyak buat giveaway hadiah misteri. Tadi Ney siap dapat blanket IKEA kot!

NeyNey di Karnival YEZ
Jom jom kita semua mengimarahkan lagi hujung minggu kita dengan beramai-ramai ke Karnival  Year End Zakat di Masjid Usamah Bin Zaid, Wangsa Maju. Hari ni, 1 Disember 2018 sampai esok 2 Disember 2018 je tau? Jangan terlepas peluang!


You Might Also Like

2 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S