MADA Bawa Kampung Pulau Pisang Ke MAHA 2018 - Apa Yang Menarik?

11:50 pm


Malaysia Agriculture, Horticulture & Agrotourism Show atau MAHA datang lagi tahun ni. Setiap kali nama MAHA ni keluar, memang rasa teruja dan tak sabar nak pergi. Masih dengan tema Makanan Kita Masa Depan Kita, MAHA ni acara dwi tahunan yang berkaitan dengan pertanian dan hortikultur terbesar di Malaysia. Dua tahun lepas, Ney dah singgah ke MAHA2016, so tahun ni MAHA2018 of course Ney teruja nak tengok apa yang ada. MAHA 2018 akan berlangsung selama 11 hari bermula pada 22 November hingga 2 Disember 2018 di MAEPS, Serdang. 



Belajar dari pengalaman ke MAHA 2016, nak ke MAHA 2018 ni pun mestilah Ney rancang perjalanan sebaiknya. Seawal 830 pagi Ney dah bertolak dari Bandar Baru Bangi ke MAEPS Serdang. Kira-kira jam 9 pagi dah sampai, terus parking di Laman Tiba 1. Bayangkan, 9 pagi tu oun hampir penuh parking? Memang kena datang awal kalau taknak parking jauh. Tapi, tak perlu risau sangat sebab ada beberapa tram shuttle disediakan untuk bawak korang ke semua tempat. Oh ya, parking masih harga RM5, dan bayar ketika nak keluar nanti. Lebih mudah dan lancar kalau bawa Touch & Go untuk keluar parking nanti. 

Untuk MAHA 2018 kali ni, Ney tertarik dengan tapak pameran oleh Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Kedah. MADA ni salah satu agensi dibawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang bertanggungjawab sebagai agensi peneraju bagi kluster Agro Pelancongan sempena MAHA 2018 kali ni. Selain dari kluster Agro Pelancongan, MADA juga terlibat dalam menjayakan Laman Padi dan Pavillion Negeri.

photo by Dikbee

KAMPUNG PULAU PISANG 

Kenapa tajuk entry ni MADA bawa Kampung Pulau Pisang ke MAHA 2018? Hah, sebab MADA tahun ni bawa sekampung terus datang ke MAHA 2018. Kampung Pulau Pisang ni sebenarnya merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Kubang Pasu, Kedah Darul Aman. Kalau nak tahu kalau kat Kubang Pasu sana tu, the real Kampung Pulau Pisang ni sekarang jadi tempat untuk pelancong menginap ala-ala bertemakan desa.

Yang menariknya, pakej inap desa kat sini sebab kita boleh tinggal dalam rumah yang unik dengan senibina Melayu dan berlatar belakangkan sawah padi. Bukan menginap dan menghayati pemandangan bendang je tapi pengunjung kat sini boleh jugak menyertai bersama pelbagai aktiviti pertanian yang dijalankan. Punya unik tempat ni, sampai MADA pilih Kampung Pulau Pisang sebagai nama rasmi kluster Agro Pelancongan untuk MAHA 2018.

photo by Dikbee

Bayangkan, sebuah rumah kayu tersergam indah di dalam Hall A, MAHA 2018. Dekat Kampung Pulau Pisang di MAHA 2018, pengunjung boleh mengalami sendiri pengalaman seperti betul-betul berada di kampung, dengan suasana desa nya yang penuh dengan aktiviti subkluster. Antaranya ialah Charuk Pelanduk, Wakaf Mahsuri, Warong Ulu Sedaka, Gelanggang Pantai Merdeka, dan Pelantaq Gunung Keriang. Wah memang meriah!


Charuk Pelanduk

Charuk Pelanduk ni sebenarnya kampung yang terletak di Sik, Kedah dan menjadi hentian setempat bagi pengunjung untuk mendapatkan pelbagai produk kraftangan yang unik, menarik dan antik. Sempena MAHA 2018 ni, nama Charuk Pelanduk dipilih sebagai subkluster Agro Art & Diy. Aktiviti seperti DIY mewarna seramik dan batik diadakan untuk pengunjung. Memang seronok kanak-kanak yang datang ke Charuk Pelanduk dalam Kampung Pulau Pisang ni tau.


Wakaf Mahsuri

Mahsuri yang digelar dengan jolokan nama Puteri Langkawi atau Puteri Mahsuri dikatakan kejelitaan Mahsuri menjadi idaman setiap gadis pada ketika itu. Mengambil sempena sejarah Mahsuri yang menjadi lagenda kejelitaan wanita Melayu, subkluster Health & Beauty dijenamakan sebagai Wakaf Mahsuri dan menawarkan pelbagai rangkaian produk kecantikan dan kesihatan daripada sumber semula jadi (beras, madu kelulut, propolis, herba dan Jewel of Borneo). Yang bestnya bila dah lenguh kaki berjalan dalam MAHA 2018 ni, korang boleh datang ke Wakaf Mahsuri yang menawarkan urutan  tradisional.

photo by Dikbee 

Warong Ulu Sedaka

Ulu Sedaka merupakan sebuah kampung yang terletak di daerah Yan dalam negeri Kedah Darul Aman. Destinasi Ulu Sedaka menjadi pilihan pengunjung bagi menikmati minuman nira nipah yang disajikan dengan pelbagai menu lain seperti peknga, laksa dan pulut pekasam.

photo by Bella


Sebab tu, untuk MAHA 2018 ni subkluster Lepak Santai menamakan Warong Ulu Sedaka sebagai simbolik kepada perkampungan yang mengetengahkan pelbagai menu makanan tradisional dan minuman ikonik negeri Kedah yang nostalgia lagi mengusik jiwa. Macam-macam menu kampung boleh korang makan kat sini tau! Ubi kayu rebus makan dengan nyoq kukoq atau misan nipah memang sedap. Dapat pulak makan peknga nyoq gulai ikan sekoq dengan kopi o panas fuh mengancam! Lama tak makan menu-menu kampung macam ni kan?


Gelanggang Pantai Merdeka

Pantai Merdeka terletak di daerah Kuala Muda, Kedah Darul Aman yang terkenal sebagai pantai peranginan dan perkelahan bagi penduduk setempat dan negeri berdekatan. Berhampiran denganP antai tersebut, terdapat perkampungan nelayan seperti Tanjung Dawai, Telok Nipah dan Kampung Pulau Sayak yang menjadi tarikan kaki pancing.




Gelanggang Pantai Merdeka dipilih sebagai nama subkluster Hobby & Recreation kerana menjadi tempat pilihan keluarga bagi tujuan riadah dan rekreasi hujung minggu. Bagi mengimbau kembali zaman kanak-kanak, pengunjung Kampung Pulau Pisang akan berpeluang untuk merasai Traditional Games seperti permainan congkak, getah atas para, serta dam aji gergasi. Lagi best siap ada petting zoo untuk pengunjung bermesra dengan haiwan-hawain yang ada. Dapat la gomol arnab, kambing, ayam kampung, ayam turkey, ular dan sebagainya kan?


Pelantaq Gunung Keriang

Gunung Keriang merupakan sebuah bukit yang terdapat di negeri Kedah Darul Aman dengane ketinggian217.92 meter di tengah-tengah jelapang padi Kedah. Kini Gunung Keriang terkenal sebagai warisan geologi unik dan menjadi lokasi pilihan bagi pelbagai program berunsurkan kebudayaan dan kesenian.


Bersangkutan itu, nama Pelantaq Gunung Keriang digunakan bagi subkluster AgroCulture yang menyajikan pelbagai persembahan kebudayaan masyarakat Malaysia. Tapi, bukan persembahan kebudayaan je ada kat sini. Dari masa ke semasa akan ada pertandingan memancing dalam botol la, demonstrasi masakan lah, macam-macam aktiviti menarik.


LAMAN PADI

Sawah padi yang terbentang menghijau, patung orang-orang yang ‘menakutkan’ dan sebuah muzium yang lengkap menceritakan pelbagai keunikan mengenai industri beras Negara sememangnya menjadi tarikan pengunjung ke Laman Padi di MAHA 2018. Ramai tak percaya ada sawah padi di tengah-tengah bandar! Masa kami sampai di Laman Padi, kelihatan abang abang sado tengah main bola sepak dalam bendang tu. Wahhhh betul-betul macam kat kampung suasana macam ni!




Di laman padi ni jugak sebenarnya terdapat sebuah mesin memproses padi yang dibawa khas dari MADA bagi menggalakkan para pesawah kita memilikinya dan mampu mengeluarkan hasil beras dengan jenama mereka sendiri. Sempat kami melihat sendiri bagaimana untuk proses padi, dan sebagainya. Ada jugak pameran 16 jenis beras, dan diorang masak terus kat situ. So korang boleh rasa sendiri rasa beras yang berlainan. Usahawan MADA juga ada di Laman Padi untuk berniaga. Hah, mana yang rindu nak makan peknga dengan kuah serabai durian boleh la datang ke ke sini! Ada macam-macam jualan makanan tradisional. Demo pembuatan titik bedak sejuk dan pembuatan wau pun ada tau!


PAVILION NEGERI 

Antara tapak pameran yang turut menjadi tarikan ialah Pavilion Negeri di mana 13 negeri di dalam Malaysia mempamerkan keunikkan negeri masing-masing bagi menarik pengunjung mengunjungi rumah negeri mereka. TapakPavilion Negeri merupakan satu tempat terbaik untuk dilawati sekiranya anda ingin mmelancongke seluruh Malaysia dalam masa sehari. MADA serta beberapa agensi lain dari Kedah diberi tanggungjawab untuk menjayakan aktiviti yang terdapat di Pavilion Negeri Kedah.


USAHAWAN BIMBINGAN MADA DI AGROTRADE

Terletak di khemah Agrotrade 1, usahawan-usahawan MADA mempamerkan barangan jualan mereka untuk MAHA 2018 kali ni. Paling menarik bagi Ney ialah Bahulu yang dimasak panas-panas fresh from oven kat situ. Memang sangat puas hati, dengan kelembutan dan keenakkan bahulu hasil jualan usahawan MADA ni. Yang berniaga pun muda belaka, memang sangat bagus lah berniaga dari umur masih muda. Satu lagi yang Ney suka, Jus Mangga dan Kerepek Bronis. Memang sedap!

Kalau korang ke MAHA 2018, jangan lupa singgah ke lokasi-lokasi menarik yang Ney nyatakan di atas. Memang korang takkan menyesal! Pssst....bawak jugak bag troli siap-siap mana tahu nak shopping sakan? 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook