RenoSkin Oryza Liquid Soap - Sabun Untuk Kulit Sensitif

5:00 pm


Setiap orang ada jenis kulit yang berbeza, ada yang kering, ada yang berminyak, ada yang sensitif, ada yang kombinasi terus hah. Ramai jugak tak pasti tentang jenis kulit sendiri. Tapi hari ni Ney nak cerita pasal kulit sensitif.


Orang yang kulit sensitif ni biasanya permukaan kulitnya nipis dan sebum berlebihan menyebabkan pori-pori tersumbat hingga tumbuh jerawat. Kulit sensitif juga mudah berubah menjadi gatal, kering, iritasi atau kemerahan jika cuaca berubah. Kadang-kadang salah pakai kosmetik atau pencuci muka pun boleh teruk jadinya nanti. Fuh, susah jugak kalau jenis kulit macam ni kan?


Kulit yang sensitif juga tak boleh pakai sebarangan produk di kulit muka. Baru-baru ni Ney pergi honeymoon di Melbourne, Australia. Musim Spring nak masuk Summer memang teruk perubahan cuaca yang tak menentu. Pagi boleh suhu bawah 10, tetibe tengah hari boleh cecah 30. Hasilnya, kulit menggelupas, gatal dan macam-macam lagi. Bayangkan seksanya satu badan kulit kering, sampai luka? Mujur Ney bawa bersama RenoSkin Oryza Liquid Soap dari Malaysia.



- Organik
- BEBAS Steroid 
- BEBAS Paraben
-  BEBAS Merkuri
- BEBAS Pewangi & Pewarna

RenoSkin Oryza Liquid Soap merupakan cecair pembersih yang direka untuk kulit yang sensitif, tak kisah la kulit muka ke badan ke. Tapi, untuk kesan yang lebih optimum boleh pakai satu set dengan RenoSkin Medic Serum yang Ney pernah review sebelum ni tau!


Oryza Liquid Soap ni sesuai untuk mereka yang mempunyai masalah kulit kering, masalah kulit yang sensitif dan semestinya untuk yang ada masalah ekzema, juga selamat untuk digunakan. Oryza Liquid Soap telah didaftarkan dengan KKM (NOT 180701868 K) dan juga didaftarkan dibawah kilang bertaraf GMP (Good Manufacturing Practice). Diyakini selamat digunakan tanpa was-was.


Mengandungi Rice Bran Oil, sumber Vitamin E dan Oryzanol yang paling tinggi, antara kandungan yang diiktiraf sebagai nutrien berkesan untuk kulit. Apa Ney suka tentang Oryza Liquid Soap ni, dah lah kualiti premium, bebas paraben dan merkuri, sabunnya sangat lembut dan ringan. Tak terlalu pekat, tak berbuih sangat dan bahan-bahan vegan yang digabungkan dengan bahan asas sabun cecair minyak tulen sangat kaya dengan pelembap Emolien.

Emolien ni memang popular sebagai pelembap untuk penyakit kulit ekzema, dan juga boleh digunakan secara kerap kalau korang ada masalah kulit kering. Untuk Ney, memang sangat membantu sebab kulit Ney yang terlampau kering ni boleh jadi menggelupas dan luka, tapi Oryza Liquid Soap ni sentiasa mengekalkan kelembapan kulit! Bukan sahaja kulit muka, tapi satu badan pun boleh tahu?



Bau Oryza Liquid Soap ni sangat soothing. Dan bagi Ney, sebotol 300ml dengan harga RM49 memang sangat berbaloi. Boleh tahan berapa lama sebotol baru nak habis ni? Jimat! Baca testimoni semua pun memang betul berkesan.
Hah, kalau yang ada masalah ekzema, dan kulit sensitif apa lagi jom kita cuba RenoSkin Medic Serum ni! Sebarang pertanyaan berkenaan RenoSkin, produk, atau korang sendiri berminat menjadi dropship, agen dan stokis, boleh direct contact:

RENOSKIN INTERNATIONAL 
Jalan Gambang, Batu 5, 
25150, Kuantan, Pahang, Malaysia 
Tel: +60-16 490 7155

Instagram: @renoskin_hq 
Disclaimer : Setiap orang berbeza keputusannya. Ada yang cepat ada yang lambat mengikut tubuh badan masing-masing. Jika ada sebarang masalah sila merujuk kepada doktor, hentikan pengambilan dan rujuk balik kepada penjual. Jika tiada apa apa kesan boleh teruskan pengambilan.

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook