MacpiePro bawa BLACKPINK datang ke Malaysia!

4:30 am


Ah yeah....ah yeahh! Hit you with that ddu-du ddu-du du...Ah yeah, ay yeah! 

Siapa tak kenal BLACKPINK? Kumpulan artis Korea yang semakin popular sekarang. Paling Ney suka lagu 뚜두뚜두 (DDU-DU DDU-DU) tu la. Teringat-ingat dalam kepala. Berita baik untuk pencinta kpop semua, MacpiePro dengan bangganya mengumumkan kumpulan KPOP popular, BLACKPINK yang bernaung di bawah YG Entertainment akan menemui peminatnya di Kuala Lumpur pada 23 Februari 2019. Ahhhh yeah! 




BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR dianjurkan bermula Januari tahun depan di Bangkok dan meneruskan jejalah mereka merentasi Asia. BLACKPINK bakal mempersembahkan lagu-lagu popular mereka termasuk persembahan solo dan remix.

Tak sabar rasanya nak tengok depan mata sendiri si JISOO, JENNIE, ROSÉ dan LISA. Masa first debut diorang, Square One tahun 2016 dulu,  memang meletop nama diorang! Lepas tu terus berjaya dengan satu single dan tiga mini album mereka. Gila tak sukses? Lagu hits BLACKPINK berjaya menembusi carta lagu di Korea dan antarabangsa termasuk carta Billboard kot!


BLACKPINK ni satu-satunya kumpulan KPOP wanita yang mempunyai empat single terbaik dalam carta jualan Billboard World Digital. Lagu ‘Ddu-Du Ddu-Du’ yang baru dilancarkan pada 15 Jun 2018 tu pun meletop habis dan mencatat rekod bagi Muzik Video Korea Paling Banyak Ditonton Dalam Masa 24 Jam di YouTube dengan jumlah tontonan sebanyak 36.2 juta. Fuh hebat gila kan? 

Kalau korang pernah dengar lagu Kiss and Make Up, BLACKPINK kolaborasi dengan Dua Lipa kot dalam lagu tu. Punya sukses juga, lagu tu dalat masuk carta tangga ke 93 dalam carta single utama kat Amerika tu. Dan BLACKPINK ni satu-satunya kumpulan wanita Korea yang berjaya memasuki carta Billboard Hot100 lebih dari satu kali.


Sebab tu korang semua tak boleh lepaskan peluang keemasan untuk ke BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR yang akan diadakan pada 23 Februari 2019 ni di Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 6 petang.

Tiket konsert BLACKPINK berharga RM373 (Zon Hijau), RM483 (Zon Ungu), RM573 (Zon Kuning), RM673 (Zon Merah), RM693 (Zon BLINK) oleh didapati di laman web rasmi MacpiePro (www.macpiepro.com) pada 12 Disember tepat jam 12 tengah hari. Tiket juga akan dijual secara offline di MCalls DLS di Sunway Pyramid, NU Sentral, Midvalley Megamall, Mmall Penang, Dataran Pahlawan Melaka, Paradigm Mall Johor Bahru dan juga di Tingkat 3 Centre Court, Atria Shopping Gallery. Fuh mesti akan cepat sold out kan nanti? Korang kena hadap computer atau handphone get ready bukak website MacpiePro nanti tau! Atau... plan strategi untuk beratur panjang di lokasi offline ticket dijual.


MacpiePro ni banyak menganjurkan beberapa konsert yang hebat antaranya Festival Muzik K-WAVE. Peminat Kpop di Malaysia mesti tahu! Good news, MacpiePro akan merancang lebih banyak konsert pada tahun 2019 selepas kejayaan mereka menganjurkan Festival Muzik K-WAVE, iKON 2018 CONTINUE TOUR IN KUALA LUMPUR, WINNER 2018 EVERYWHERE TOUR IN KUALA LUMPUR yang sebelum ni.

Next, untuk perancangan tahun depan pulak, MacpiePro  bakal anjur lebih banyak konsert yang menakjubkan untuk peminat muzik dengan misi untuk menyokong artis secara global. MacpiePro akan menganjurkan 20 konsert yang bukan saja terhad kepada genre KPOP malah MPOP, artis tempatan dan antarabangsa. BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR akan menjadi titik permulaan bagi perancangan ‘Crazy 20’ MacpiePro pada tahun hadapan.


Selain itu, MacpiePro juga bakal menganjurkan konsert Mandarin pertama yang menghimpunkan barisan penyanyi dari tiga buah negara iaitu Bii and Roger Yang (Taiwan), Jeno Liu (China) dan Victor Wong serta duo pop, Fuying & Sam (Malaysia) di Arena of Stars pada 20 April 2019 .MacpiePro turut merancang untuk mempromosikan artis-artis tempatan dengan memberi mereka peluang menyerlahkan bakat masing-masing dalam industri hiburan tanah air dan antarabangsa.

Memandangkan Malaysia mempunyai ramai artis yang berbakat, MacpiePro juga bercadang menceburi bidang pengurusan artis. Han Xiao Aii adalah artis tempatan yang pertama menandatangani kontrak bersama MacpiePro. MacpiePro juga ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada penaja-penaja sebelum ini yang banyak menyokong mereka terutamanya Mcalls kerana menjadi rakan perniagaan strategik sejak konsert pertama anjuran MacpiePro. Kolaborasi itu bagi memperkenalkan konsep “STRESS-FREE MUSIC” supaya penggemar muzik dapat menikmati muzik tanpa had.


Demi merealisasikan misi “STRESS-FREE MUSIC”, MacpiePro juga telah bekerjasama dengan telco Mcalls untuk memperkenalkan pakej HITS bagi memberi peluang kepada penggemar muzik menikmati acara muzik dengan harga yang berpatutan. Hah kalau korang nak pergi konsert BLACKPINK 2019 WORLD TOUR [IN YOUR AREA] KUALA LUMPUR ni dengan harga lebih berbaloi, dan dapat diskaun sehingga 40%, kena lah melanggan perkhidmatan SIM prepaid Pakej HITS selama setahun dan menebus tiket konsert dengan 3 pilihan HITS Deal.

Pakej HITS memberi kelebihan kepada Fans untuk membeli tiket konsert pertama BLACKPINK dengan diskaun 40% dan tiket kedua 10% (Zon BLINK RM693 atau Zon Merah RM673) dengan jaminan kemasukan. Yang mana memang dah jadi Mcalls Fans boleh menaik taraf kepada Pakej HITS dan menikmati tawaran hebat HITS nk jugak. Menarik kan?

Yang penting, jangan lupa beli tiket di lokasi-lokasi tertentu yang disenaraikan dan di laman web rasmi Macpiepro (www.macpiepro.com) pada 12 Disember tepat jam 12 tengah hari, okayh?! Ddu-du ddu-du du...Ah yeah, ay yeah! 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook