MAHA 2016 : Lupakan Diet & Shopping Sakan!
8:43 am
Sebut je MAHA mesti semua orang dah macam semangat nak masuk
medan perang kan? MAHA ni ialah Malaysia Agriculture, Horticulture, &
Agrotourism. Tahun ni, MAHA diadakan di MAEPS Serdang bermula 1 hingga 11
Disember 2016. Macam biasalah dah hampir nak tamat MAHA 2016, baru saya
terhegeh-hegeh nak pergi tadi. Seawal jam 730 pagi bertolak dari rumah, sempat
breakfast dan jumpa orang kejap, naik train sampai Putra Height, kira-kira jam
9 pagi terus ambil GrabCar dan ke MAHA di MAEPS Serdang. Diingatkan, seawall jam
8 hingga 9 pagi pun orang dah start masuk ke MAEPS weyh! Maka rancang lah
perjalanan korang sebaiknya. Jem sikit tu biasalah.
GrabCar Driver saya hantar ke Pintu 2, nasib baik ada
shuttle free dari kawasan parking tu untuk ke dewan-dewan pameran. Maka jangan
risau kena menapak la apa. Dengan hati yang tenang dan kesabaran yang tingi
tunggu je shuttle free datang bawak korang ke destinasi yang inigin dituju ok? Parking
RM5 je bayar waktu nak keluar nanti maka tenangkan hati lagi jangan nak pening
kalut cari mana nak bayar parking.
Destinasi pertama tadi saya terus ke NAFAS Cube, iaitu kawasan penginapan kat dalam MAEPS Serdang ni. Sempat breakfast di situ, dan memang tak sangka, ada tempat untuk short gateway macam ni kan? Berhadapan dengan tasik, selain menginap boleh lah jugak try berkayak ke kat tasik dan aktiviti-aktiviti lain di MAEPS ni. Nak jugak ushar bilik-bilik yang disediakan tapi bilik semua fully booked dan ada guest. Senarai harga untuk bilik-bilik di Nafas Cube ialah:
Khemah – RM120
Tube – RM150
Kontena (Executive) – RM180
Dan kat sini jugak ada Nafas Agro Youth Camp 2016, iaitu kem
untuk anak-anak muda yang nak spend masa dengan pelbagai aktiviti menarik,
mencabar dan berfaedah. Ada wall climbing, flying fox, berkayak dan macam-macam
lagi aktiviti. Di kem ni juga budaya kebersihan dan menghargai alam sekitar
diterapkan di kalangan peserta. Macam-macam lah boleh belajar kat sini hah.
Terrarium Ikan
Selepas siap breakfast dan berangan nak short gateway bebila ke Nafas Cube tadi, saya terus ke Laman Perikanan, dan belajar tentang ikan! I love fish okayh! Ermmmm tapi suka makan Salmon je acane? Haha! Kat sini sempat belajar tentang Terrarium atau Aquarium kecik dalam bekas kaca yang boleh keep indoor kat rumah. Menakjubkan korang boleh tanam pokok atau bela ikan dalam aquarium ni tanpa oksigen pun ikan tu boleh hidup hah. Ada mini garden dengan teknologi terkini, yang sistem nya boleh control guna phone je! Fuh maju betul lepas ni duduk condo pun boleh ada garden cantik lah! Semua ni hasil kerja Urban Green Cabin yang misi mereka ialah membawa nature ke dalam rumah korang.
Ikan Empurau
Rangka Ikan Paus
Lepas tu saya terus ke Galeri Ikan, yang dalam tu ada ikan yu, penyu, kuda laut, dan juga dugong yang dah di awet kan, ikan diawet, dan juga rangka ikan paus!!! Punya besar lah rangka ikan paus seberat 25 tan yang terdampar di persisiran pantai di Selangor pada tahun 2005 dulu. Nampak pulak ikan Empurau yang dikatakan mahal gila memang mahal la sebab rare dan sedap isinya. Harga sekilo pun beribu dah. Lepas tu jumpa pulak ikan Kerapu Kertang yang besar gila!!! Yang dipamerkan pun 60KG, ada cecah 400KG! Makan setahun pun belum tentu habis macam ni hah. Nak belajar tentang ikan semua ada kat sini. Abang-abang petugas pun sedia membantu dan beri penerangan.
Mesin DIY Proses Padi
Proses Pembuatan Bedak Sejuk
Jualan Beras di Laman Padi
Jelapang Padi
Dan kemudiannya, saya ke Laman Padi dalam MAHA ni. Belajar
tentang sistem pengeringan padi dan pengilangan beras secara komersil, lihat
sendiri teknologi mapping dan membaja, jenis-jenis beras, dan juga ada pelbagai
aktiviti di Laman Padi ni! Antara aktiviti kat sini ialah, ada kempen hargai
makanan anda, badang bernas, beras drive thru, traktor yang diperbuat dari
jerami, demonstrasi membuat kuih-muih berasaskan beras, buat kolam, hiasa
orang-orang, demonstrasi pembuatan bedak sejuk, dikir barat, alami sendiri
suasana jelapang padi dan paling best ialah main bola dalam bendang weyh! Gila
rare main bola dengan lumpur bagai tu hah.
Bersama Hazman Fadzil dan Jus Bob Nanas
Buah Nanas Manis MD2
Seterusnya saya ke Laman Nanas, dan semestinya laman ni
penuh dengan nanas! Kat sini sempat saya rasa sendiri kemanisan buah nanas MD2,
atau nama sebenarnya Millie Dilard. Geologi nanas MD2 ni memang sangat kompleks
sebab gabungan lebih daripada lima variety nanas yang berbeza dan dikacukkan
termasuklah jenis Smooth Cayenne. Tahu apa istimewanya Nanas MD2 ni? Lebih manis,
daunnya takde duri, kurang serat, lebih banyak vitamin C, kurang keasidan, dan
tak gatal! Sempat jugak jumpa Abang Hazman Fadzil yang berniaga Jus Bob Nanas
nya. Fuh, memang sangat sedap dan tekak rasa fresh lepas minum Jus Bob Nanas
yang dieprbuat dari Nanas Manis MD2 ni jugak.
Jentera di MAHA 2016
Boleh cuba pelbagai jenis jentera di MAHA 2016
Kemudian saya ke Laman Jentera, untuk lihat sendiri
jentera-jentera yang digunakan di dalam bidang penternakan, pertanian,
perikanan dan sebagainya. Kat sini semua jentera macam besar-besar dan dijual
juga. Belajar juga teknologi untuk mapping sawah padi, mesin membajak, dan
sebagainya tapi tak minat sangat jentera semua ni. Rasanya budak lelaki teruja
la kot? Haha! Maka saya terus ke Laman Ternakan!
Lembu Hybrid Sado di MAHA 2016
Di Laman Ternakan pulak, ada lembu sado! Huh apa lembu sado ni? Hah Lembu Sado ni sejenis lembu hybrid berasal dari negara Belgium dan juga dikenali sebagai Blue Belga. Baka Belgian Blue ni mula diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2006 dengan import semen beku dulu lepas tu guna teknologi permanian beradas untuk proses pembiakan mendapatkan anak lembu hybrid sado. Lembu Hybrid Sado ni memang berlainan dengan baka lembu yang lain. Kualiti daginya memang berprotein tinggi, kandungan lemak rendah, daging lebih lembut dan kandungan kolagen juga rendah. Saiz organ dalaman lembu hybrid sado ni juga kecil, tapi muscle dia memang sado la. Macam abang sado kat gym lah, lemak takde sangat tapi muscle kemain masing-masing hah.
Pameran Ayam pelbagai baka
Berpeluang bagi makan kambing di MAHA 2016
Jualan Susu Segar
Di Laman Ternakan ni juga ada pelbagai haiwan ternakan lain
seperti kambing, ayam pelbagai baka dan macam-macam lagi. Sempat juga lah ke kawasan
jualan hasil tenusu. Jumpa pulak susu lejen minum sejak kecil tu dan banyak
promosi jualan, terus minum berbotol-botol susu lejen! Dadih pun ya allah sedap
gila! Tak manis, rasa fresh dan memang heaven on earth untuk penggemar susu
macam saya!
Jualan Labu dari Cameron Highlands
Labu UFO
Labu Upin Ipin
Jualan Bunga di MAHA 2016
Di Laman Sayur dan Herba MAHA 2016
Saya berhenti makan di Empayar Makanan di Dewan Utama pulak.
Ni memang port makan, so pelbagai makanan dari seluruh Malaysia ada sini! Saya
sempat rasa Mee Bandung Udang Special, Satay Tulang, dan juga Cempedak Goreng
Kawah! Tak lupa juga Coconut Shake Ice Cream. Dah penat berjalan bakar lemak
tadi, saya ternak lemak pulak haha!
Lepas makan terus saya berjalan kejap kat booth-booth jualan
memang hebat masing-masing promote produk. Sampai saya sesat dalam tu. Tapi
bila kat booth Expo Makanan Laut Malaysia, terus macam OMG! Ada King Crab,
Lobster dan macam-macam jenis seafood! Ada jugak shellout kat sini tapi perut
macam mengandung lemak dah, dengar shellout pun tak semangat sangat dah.
Kampung Durian Runtuh Upin Ipin
Dinosaur dari bahan terbuang
Melon Manis Terengganu
Kampung Durian Runtuh Upin Ipin
Dinosaur dari bahan terbuang
Melon Manis Terengganu
Kemudian, saya singgah di Kampung Durian Runtuh Upin Ipin
yang terletak di Laman Florikultur. Saya sempat jumpa replika dinosaur yang
diperbuat daripada botol plastic, dan terus ke kawasan jualan air kelapa
pandan. Ada Happy Hour setiap jam 5 petang dan mereka akan agihkan 100 biji
kelapa untuk diminum! Punya berebut hah masing-masing tunggu Abang Zek, maskot
mereka bagi air kelapa. Sempat juga merasa dan bawak balik sebiji Buah Melon
Manis dari Terengganu, yang memang sangat terbaik rasanya!
Castle of Fruits
Saya ke kawasan Rhythm Of The Farmers di D’Lereng MAEPS. Setiap malam D’Lereng MAEPS akan digegarkan dengan alunan muzik terkini, dan rasai pengalaman baru yang mengasyikkan dengan pemandangan menakjubkan! Ada Light of Sensation iaitu persembahan unik bunga-bunga LED, ye dan semestinya ada konsert ye disini dan artis-artis juga akan membuat persembahan kat sini. And hey, setiap malam masa konsert akan ada lucky draw menang macam-macam hadiah hebat! Hey, ada escape room juga! Dan sebelum balik shopping pulak jagung di Castle of Fruits. Memang terbaik 3 bag RM10 je dan ada 19 tongkol jagung!
Castle of Fruits
Saya ke kawasan Rhythm Of The Farmers di D’Lereng MAEPS. Setiap malam D’Lereng MAEPS akan digegarkan dengan alunan muzik terkini, dan rasai pengalaman baru yang mengasyikkan dengan pemandangan menakjubkan! Ada Light of Sensation iaitu persembahan unik bunga-bunga LED, ye dan semestinya ada konsert ye disini dan artis-artis juga akan membuat persembahan kat sini. And hey, setiap malam masa konsert akan ada lucky draw menang macam-macam hadiah hebat! Hey, ada escape room juga! Dan sebelum balik shopping pulak jagung di Castle of Fruits. Memang terbaik 3 bag RM10 je dan ada 19 tongkol jagung!
Dah penat berjalan, shopping sakan, berpeluh bawak barang
balik terus rasa PUAS! Memang best jalan-jalan dalam MAHA 2016 ni dan boleh
lupakan je lah diet korang kat sini. Macam-macam makanan susah jumpa ada kat
Empayar Makanan tu da nada lebih 700 foodtruck di sini! Gila nak berdiet? Dan
kalau korang berniat tak nak shopping, sah sah korang akan shopping sakan di
MAHA 2016! Sampai Ahad ni, 11 Disember 2016 je jom pergi ramai-ramai sebelum
habis Expo MAHA ni!
Dan tahukah anda, Seramai 3.7 juta pengunjung datang ke MAHA 2016 dan RM380 juta hasil jualan direkodkan untuk MAHA 2016 sepanjang 11 hari ia dijalankan? Perghhhhh gila ramai dan gilaaaa banyak jualan yang terkumpul! Dan katanya, angka 3.7 juta tu yang datang melepasi sasaran awal tiga juta seperti pada tahun 2014. Tahniah MAHA 2016!! Jom tengok crowd yang hadir sepanjang 11 hari MAHA 2016 dilangsungkan.
Dan tahukah anda, Seramai 3.7 juta pengunjung datang ke MAHA 2016 dan RM380 juta hasil jualan direkodkan untuk MAHA 2016 sepanjang 11 hari ia dijalankan? Perghhhhh gila ramai dan gilaaaa banyak jualan yang terkumpul! Dan katanya, angka 3.7 juta tu yang datang melepasi sasaran awal tiga juta seperti pada tahun 2014. Tahniah MAHA 2016!! Jom tengok crowd yang hadir sepanjang 11 hari MAHA 2016 dilangsungkan.
3 comments
Bestnya.... Macam2 ada.. Sabtu ni nak terjah la
ReplyDeleteDah nak terbang sempat lagi buat entry panjang ni kan..memang terbaik lah..hehehe
ReplyDeleteSaya sempat pergi sekali aritu.. penat tapi best giler.. banyak jugak barang saya beli
ReplyDeletedrop your comment here!