RenoSkin Medic Serum: Terapi Herba Untuk Ekzema & Kulit Sensitif

5:30 am


Eczema merupakan masalah penyakit kulit yang biasa dialami di kalangan bayi dan kanak-kanak namun begitu orang dewasa juga tak terkecuali. Ekzema dan penyakit autoimun yang lain adalah satu penyakit yang kerap menghasilkan krisis pemulihan yang teruk kepada pesakitnya. Lagi-lagi yang jenis guna chemical personal care, barang kosmetik lain semua tepek di kulit tu, Aduh, bila nak sembuh ekzema tu ye dak?


Apakah Ekzema & Punca Ekzema Kanak-Kanak?

Penyakit eczema ni biasa berlaku di kalangan bayi yang berumur antara 2 – 6 bulan. Ia dikenali juga sebagai atopic dermatitis (kulit). Keadaan radang pada kulit disertai dengan bengkak, gatal dan ruam merah yang kadang-kadang kelihatan seperti kulit melecur yang berair. Jika berpanjangan akan menyebabkan kegatalan. Ruang yang lazimnya terkena ialah tangan, muka, leher, siku dan belakang lutut. Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang patut. Ini boleh membuatkan kulit bayi korang lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk. 

 

Kita tak tahu apa yang menyebabkan ekzema tetapi ianya lazim berlaku dalam keluarga-keluarga tertentu. Kondisi alergi termasuk ekzema, asma dan demam alergi semakin meningkat tetapi tiada yang mengetahui apa sebabnya. Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan. Kanak-kanak menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang sama-sama. Gunakan emolien bukan sabun dan bahan pencuci dalam mandian dan anda boleh juga menukar serbuk cuci anda dan melihat jika ini meredakan ekzema bayi anda. Ekzema alergi sentuhan boleh juga diperolehi. Ini selalunya adalah reaksi kepada bahan spesifik seperti nikel dalam barang kemas. Adalah didapati, reaksi alergi itu boleh merebak dan menjangkiti lain-lain tempat juga.

Berita baik ialah kebanyakan kanak-kanak yang menghidap ekzema akan beransur pulih menjelang umur belasan tahun. Ekzema tidak dapat dipulihkan, tetapi boleh dikawal dengan rawatan yang sesuai. Salah satunya menggunakan terapi herba iaitu RenoSkin Medic Serum.



RenoSkin Medic Serum: Terapi Herba Untuk Ekzema 

Hah, ni nak habaq mai pasal RenoSkin Medic Serum. Apa tu? RenoSkin Medic Serum adalah terapi bebas steroid dan mengandungi 100% bahan semulajadi yang dihasilkan melalui hasil penyelidikan saintifik oleh pakar bio-kimia yang diiktiraf. RenoSkin Medic Serum mengandungi ekstrak buah castor, herba semulajadi rosemary, minyak kelapa dara asli dan juga diperkayakan dengan Vitamin E, Vitamin A, dan Omega 6. Tekstur serum ini sangat lembut dan tidak memedihkan kulit kalau disapu ke atas kulit yang sensitif. RenoSkin Medic Serum ialah salah satu alternatif semulajadi tanpa steroid yang bertindak membunuh bakteria & kulat, memulihkan sel-sel kulit mati dan sangat mewah dengan pelembab semulajadi.

RenoSkin Medic Serum juga dicipta khas untuk korang yang ingin bertukar dari produk berasaskan bahan kimia kepada bahan natural yang semulajadi dan sesuai untuk bayi, kanak-kanak, dan dewasa. Jangan risau! RenoSkin Medic Serum berdaftar dengan KKM dan diyakini selamat. Produk hasil kajian saintifik ini didaftarksn di bawah kilang bertaraf GMP dan lulus KKM dengan no pendaftaran KKM NOT 161106450K.



Beribu testimoni pengguna RenoSkin Medic Serum yang membuktikan keberkesanannya membantu untuk merawat penyakit kulit yang terkena ekzema, alahan, kulit menggelupas, psoriasis, ruam, kulat air, kurap, panau dan banyak lagi! Sebenarnya produk ni dah lama dalam pasaran, dah hampir 2 tahun dan 2018 merupakan tahun ketiga mereka dalam pasaran Malaysia. 

Kelebihan RenoSkin Medic Serum

 Meredakan ekzema dan "psoriasis" - penyakit imun yang timbul yang menyebabkan kulit kemerahan, tompok-tompok yang cerah muncul pada kulit.
⏩ Melembapkan kulit
⏩ Membantu untuk mencegah ruam lampin
⏩ Membantu merawat jangkitan kulat dan bakteria
⏩ Memabantu merawat luka melecur
⏩ Menyuburkan rambut
⏩ Menghilangkan regangan kulit
⏩ Memudarkan pigmentasi
⏩ Memudarkan parut
⏩ Menghilangkan regangan kulit (stretch-marks)
⏩ Melegakan gatal-gatal, kulit kemerahan dan alahan kulit





Pengalaman Menggunakan RenoSkin Medic Serum

Saya  tiada masalah ekzema tapi saya ada masalah kulit kering sehingga menggelupas dan kadang-kadang kalau berpeluh pulak kulit saya kemerahan dan gatal-gatal. Hah pelik kan? Baru-baru ni saya ke Jepun, ya ampun dengan cuaca sejuk dan bersalji memang dari hari pertama lagi dah gatal-gatal kulit naik merah satu badan macam ekzema tapi doktor selalu kata ni cuma ruam bukan ekzema. Kulit sangat sensitif gamaknya,



Mujur, ketika di Tokyo, Japan saya bawa bersama RenoSkin Medic Serum. Ye la, saiz botolnya sangat mudah dibawa travel, saya selitkan je di dalam backpack saya. Paling ketara kulit saya bermasalah di bahagian kaki. Betul-betul di paras stokin dan lagi parah sebab pakai boot kan, so bahagian situ ketat sikt. Kulit tidak dapat bernafas jalan seharian, terkena pula hujan dan salji, bila dah naik merah kegatalan, tangan ni gatal menggaru pula sampai luka. Apa yang saya lakukan, bila pulang ke hotel, saya terus sapu RenoSkin Medic Serum di kawasan yang kemerahan itu. Tak pedih langsung walaupun ada certain bahagian dah luka! Serum ini juga sanga membantu dalam mengekalkan kelembapan kulit saya terutamanya di bahagian muka yang terdedah dengan angin sejuk. Memang kering je kalau kena angin sejuk ni, mujur ada Renoskin!


Hah, kalau yang ada masalah ekzema, dan kulit sensitif apa lagi jom kita cuba RenoSkin Medic Serum ni! Sebarang pertanyaan berkenaan RenoSkin, produk, atau korang sendiri berminat menjadi dropship, agen dan stokis, boleh direct contact:

Instagram : @renoskin_official
Facebook: RenoSkin HQ - Terapi Ekzema Organik 
Phone:  016 490 7155
WhatsApp: www.wasap.my/60164907155/renoskinblog

Disclaimer : Setiap orang berbeza keputusannya. Ada yang cepat ada yang lambat mengikut tubuh badan masing-masing. Jika ada sebarang masalah sila merujuk kepada doktor, hentikan pengambilan dan rujuk balik kepada penjual. Jika tiada apa apa kesan boleh teruskan pengambilan

You Might Also Like

2 comments

  1. Sally pun guna masa kena percikkan minyak kat perut masa goreng tofu..hahaha...habis melecur kulit perut tapi serum ni buat Sally rasa selesa..tak rasa pedih masa kena air, tak rasa gatal bila parut tu mengering dan terkopek sikit. Sally masih sambung pakai walaupun tinggal parut hitam je..mana tau kot boleh hilang parut tu kan?

    ReplyDelete
  2. Maaf boleh saya tahu biasanya berapa lama proses membaik untuk tangan yang melecur tahap 3?

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook