Citarasa Asli Tradisi Malaya di The Everly Hotel Putrajaya

5:16 am


Pejam celik pejam celik, dah dekat dah Ramadhan. Kira-kira sebulan je lagi sebelum kita semua bertemu dengan Ramadhan lagi. Dah bersediakah kita? Puasa dah habis ganti belum tu? Haaaaa jangan lupa ganti tau! Bila tiba bulan puasa, nak berbuka tu mesti meriah! Selalu Ney berbuka di rumah je tapi sekali sekala teringin jiga berbukapuasa di luar kan? Baru-baru ni Ney berkesempatan ke preview Ramadhan Buffet di Restoran Fuze, The Everly Hotel Putrajaya




Berkonsepkan 'Citarasa Asli Tradisi Malaya' pada tahun ni, hidangan yang dihidangkan lebih asli dan  klasik. Teringat masakan di kampung bila berbuka puasa di The Everly Putrajaya ni. Ada satu menu menarik Ney jumpa, Kaki Ayam Goreng Sarawak. Fuh punya rangup. Dapat pulak merasa kerabu jantung pisang, kerabu kacang panjang dan pelbagai jenis kerabu yang jarang dijumpai selalu. Budu pun ada okayh! Lepas gian lama tak balik kampung merasa masakan Ibu.




Antara menjadi kegemaran Ney lagi, di ruangan live station. Menu mee goreng mamak, shawarma, murtabak, kambing panggang, satay, dan paling best ada korean chicken cheese! Siapa yang suka sangat makan korean chicken tu boleh lah melantak sepuas hati kat sini. Memang sedap dan kepedasan gochujang dia boleh tahan la jugak!




Pilihan pencuci mulut dan kuih muih juga banyak. Terasa seperti hari raya bila lihat ada banyak kuih raya, dodol, ketupat, dan bubur. Terasa semangat hari raya awal pula ye. Konsep menu sempena bulan Ramadhan nanti, menu akan bertukar setiap minggu bermula 9 Mei 2019 sehingga 2 Jun 2019. The Everly Hotel Putrajaya juga menjanjikan 100 lebih makanan tradisional melayu dari pelbagai kategori makanan.



Fasiliti kat sini memang cukup, terutamanya surau yang besar dan selesa. Selalu fikir nak berbuka puasa kat luar ni renyah nak solat Maghrib kadang-kadang takde tempat yang disediakan atau terpaksa berhimpit di tempat yang kecil. Tapi di The Everly Hotel Putrajaya, surau sangat selesa, bersih, dan kain sembahyang pun banyak. Barulah syok nak solat kan? Parking pun tak susah sebab ada je ruangan di basement hotel. Dan lokasi strategik hotel ni yang terletak di belakang Alamanda Putrajaya juga sangat memudahkan. Ye la kot la boleh shopping raya di Alamanda dan juga terus berbuka puasa di The Everly Hotel kan?


HARGA PROMOSI SEBELUM 1 MEI 2019:

RM98/DEWASA
RM39/KANAK-KANAK & WARGA EMAS

HARGA BIASA SELEPAS 1 MEI 2019:

RM108/DEWASA
RM49/KANAK-KANAK & WARGA EMAS

UNTUK TEMPAHAN:

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook