Aplikasi Boon4 untuk servis penghantaran cepat & terbaik

10:10 pm


Bila niaga kuih ni, kadang-kadang tak la nak COD jauh-jauh ke customer. Ye lah, kita takde kereta kan? Nak naik train macam payah angkut banyak-banyak. Mujur lah baru ni Ney diperkenalkan dengan aplikasi Boon4. Memang memudahkan untuk yang berniaga macam Ney.


Boon Four Network Malaysia Sdn Bhd ni mula beroperasi sejak 4 May 2017 dan diasaskan oleh Mr Kok Sei Soon. Dan sejak 2017 tu la aplikasi Boon4 ni dibangunkan dan dalam proses percubaan untuk digunakan oleh pengguna. 

Boon4 kini lebih berkembang pesat

Ada dua aplikasi, BOON4 (untuk pengguna) dan BOON4 Driver (untuk pemandu) untuk menerima booking order. Dan tahukah korang, Boon4 Network Malaysia ni ada office bukan sahaja di Kuala Lumpur, tapi di Penang, Johor Bahru dan Sarawak!

Boon4 juga kini sedang dalam usaha untuk berkembang lebih besar di seluruh Malaysia, jadi kalau ada yang nak buat part-time atau full-time job jadi driver Boon4 ni sangatlah dialu-alukan. Pelajar ke, pesara ke, penganggur ke atau sesiapa sahaja berminat untuk menjana pendapatan boleh lah apply jadi Boon4 Driver. Mudah sebab kerja jadi driver Boon4 ni bukan fix time pun. Dimana sahaja korang berada, tidak kira waktu hari biasa ke, hari minggu ke, korang boleh berkhidmat. Mudahkan?


Mengapa pilih Boon4? 

Bagi Ney, aplikasi Boon4 ni memang memudahkan Ney dalam urusan penghantaran barang kepada customer. Kita sebagai pengguna boleh pilih nak hantar secara cepat, dalam hari yang sama atau schedule siap-siap bila nak delivery. Barang juga selamat untuk dihantar walaupun korang tak de packaging yang proper untuk barang tu. Lagi-lagi barang fragile kan biasa kena packing lebih sikit. Takpe, guna Boon4 ni dijamin selamat!

Lagi satu best nya sebab kalau delivery barang berat atau besar mana sekalipun, dia tak akan charge based on berat barang tu atau dimensi kotak. Tapi, cas dikenakan based on milleage atau jarak lokasi yang perlu dihantar. Pengguna juga boleh mintak price quotation dulu dalam aplikasi tu kalau korang nak bajet berapa ke apa kan. Dah lah ada real-time tracking system di mana korang boleh lihat dah sampai ke tak delivery tu. 


Servis perkhidmatan penghantaran bersama Boon4 mudah & selamat

Ney suka aplikasi ni sebab dia user friendly apps, dan tak serabut nak daftar susah payah. Sangat memudahkan! Senang bila semuanya di hujung jari sekarang ni kan? Tekan-tekan je di skrin telefon, runner delivery pun sampai depan muka pintu rumah.

Boon4 ni kira macam aplikasi pertama lah yang mengamalkan konsep "On The Way" dalam Malaysia ni. Contohnya, Boon4 Driver ni hari ni dalam perjalanan dari Kota Damansara nak ke Subang Jaya. Lepas tu dia terima booking untuk barang masa on the way ke Subang Jaya tu. Alang-alang, delivery la barang sekali bila dah jalan sehala kan? Dalam masa yang sama, secara tak langsung Boon4 ni juga mengubungkan manusia dengan mudah dan pantas. Yang penting, lebih jimat masa, tenaga dan wang. Selama diorang dah beroperasi sejak 2017 ni pun sekecil-kecil cupcake tu diorang hantar, sebesar-besar sofa pun pernah delivery. Nak delivery kucing, arnab pun boleh la!

Jangan risau, InsyaAllah aplikasi Boon4 ni selamat digunakan. Semua transaksi di dalam aplikasi Boon4 tidak akan didedahkan kepada pihak ketiga. Driver yang dilantik juga semuanya disahkan dulu status mereka oleh pihak Boon4 sendiri. 



Download link:

Apa lagi gais? Jom kita guna aplikasi Boon4 untuk lebih memudahkan urusan kita. Lagi-lagi yang berniaga macam Ney. Jangan lupa guna code BOON4NEYRA untuk discount! 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook