Tips kulit muka & rambut sihat dengan rangkaian produk Himalaya

10:29 pm


Siapa je tak mahu kulit yang sihat dan bebas jerawat? Tak perlu kulit putih melepak, dapat kulit yang sihat dah cukup bersyukur kan? Lagi-lagi nak dekat raya ni mesti semua orang nak kelihatan cantik! Kali ni Ney nak share skincare & hair care yang Ney guna sekarang, iaitu produk-produk dari Himalaya Herbals & Himalaya Wellness.


Nama Himalaya memang cukup sinonim dengan produk-produk yang dihasilkan 100% dari bahan semulajadi dan herba yang berkualiti tinggi. Ney suka Himalaya ni sampaikan majlis kahwin Ney sebelah suami pun goodies semua dari Himalaya. Haha! Ney taklah cantik macam orang lain tapi Alhamdulillah, memang kulit Ney takde masalah jerawat yang teruk. Sekali sekala jerawat tu datang pun masa musim period je. Ok jom lihat skincare & haircare routine Ney bersama Himalaya.

TIPS PENJAGAAN KULIT MUKA & RAMBUT

Step 1: Himalaya Herbals Purifying Neem Face Wash



Produk ni diformulasikan khas untuk  membersihkan wajah, menghilangkan kotoran di muka dan membantu untuk menghalang jerawat berleluasa. Senang cerita, muka flawless tanpa masalah. Muka yang berminyak juga  sesuai pakai pencuci muka ni.


Kandungan bahan:

Neem oil yang akan membantu untuk menyembuhkan luka jerawat tanpa sebarang infeksi. Neem akan bantu membasmi segala bakteria yang ada. 

Kunyit yang terkandung dalam pencuci muka ini pula membantu untuk menyamaratakan tona kulit korang, kulit juga akan kelihatan lebih anjal dan sihat. Kunyit juga bergabung dengan Neem untuk menghalang jeraway tumbuh di muka. 

TIDAK mengandungi Parabens, SLS/SLES dan Phthalates.


Cara-cara penggunaan:

Untuk Purifying Neem Face Wash ni Ney pakai dua kali setiap hari (pagi dan malam). Cuma perlu picit sedikit sahaja, basahkan muka dan urut perlahan muka korang untuk  cucisebersih-bersihnya. Jangan termasuk mata pula ya! Pencuci muka ni memang takde buih sangat, sebab dia organik. Lepas tu korang cuci je, dan lap muka dengan tuala bersih.


Step 2: Himalaya Herbals Purifying Neem Face Scrub

Berfungsi untuk menanggalkan sel kulit mati, blackhead, dan segala kekotoran yang terkumpul dalam kulit muka korang tu. Skrub muka ni bertindak sebagai dual exfoliation dan juga untuk proses pembersihan muka korang tu.



Kandungan bahan:

Neem yang memang dikenali sebagai antibakteria dan nyah bakteria yang tidak bagus untuk muka, sekaligus untuk membersihkan muka.

Apricot pula membantu untuk menanggalkan sel kulit mati, nyahkan segala kotoran, sental daki semua yang terkumpul. Nanti kulit terus flawless macam baby!



Cara-cara penggunaan:

Untuk Purifying Neem Face Scrub ni Ney apply scrub di muka dan leher, lepastu urut perlahan mengikut pusingsan arah jam. Lepas beberapa ketika tu, Ney lap semua dengan cotton pad lembab. Lepas tu baru cuci muka dan keringkan muka dengan lap guna tuala bersih. Jangan guna setiap hari pulak! Dua kali seminggu cukup okayh?


Step 3: Himalaya Herbals Purifying Neem Face Pack

Ini part paling Ney suka! Face Pack ni sangat membantu untuk regulate semula excess oil kat muka korang tu. Leaps tu bersihkan liang-liang pori tersumbat, dan of course menghalang jerawat dari membiak secara suka hati.


Kandungan bahan:

Daun Neem dan Minyak Neem antara bahan penting dalam penjagaan kulit muka. Minyak neem akan membantu kulit kering jadi lebih lembab, dan melegakan sebarang kegatalan, kemerahan atau iritasi kulit yang wujud. Kulit akan lebih sihat, imuniti juga semakin meningkat melawan infeksi bakteria seperti acne, ulcers dan lain-lain.

Kunyit juga terkandung dalam ni dan bertindak sebagai antiseptik. Kunyit juga mengandungi bahan anti-inflammatory yang sangat kuat dan akan membantu untuk melegakan kulit korang, supaya jadi lebih sihat, lembut dan anjal.

Fuller's Earth (Multani Mitti) pula bertindak untuk mencerahkan lagi kulit muka, dan juga mempunyai fungsi penjejuk dan anti-inflammatory yang akan membantu untuk menanggalkan kotoran dalaman dan apa apa pencemaran kotoran di muka. Tekstur kulit juga akan bertambah lebih baik tau!


Cara-cara penggunaan:

Selepas mencuci muka, Ney ratakan face pack ni  di seluruh muka dan leher, dan cuba untuk avoid kawasan sekitar mata dan mulut. Lepastu biarkan je kering dalam 10-15 minit lepas tu lap dengan sponge basah atau cuci dengan air. Perlahan-lahan tanggalkan semua mask tu. Guna cuma dua kali seminggu okayh.

JANGAN guna kalau muka tengah breakout teruk, ada luka ke, tengah masalah ke apa tau!


Step 4: Himalaya Anti-Dandruff Shampoo

Jujur, Ney ada masalah kelemumur yang tidak teruk. Tapi kadang-kadang rasa gatal je kepala terutamanya bila Ney bertudung. Nasib baik sejak guna Himalaya Anti-Dandruff ni, Ney rasa kulit kepala lebih segar dan selesa. Himalaya Anti-Dandruff Shampoo bukan sahaja mengurangkan kelumumur, tapi membantu untuk melebatkan dan menguatkan lagi akar rambut dan seterusnya menghasilkan kulit kepala yang lebih sihat. Rambut lebih lembut, tak kasar dan tak kering lagi.

Kandungan bahan:

Tea tree oil memang terkenal sebagai ajen anti-fungal yang juga membantu merawat kelemumur secara efektif. Tea tree oil akan bantu untuk melembutkan rambut, dan memastikan kulit kepala bebas dari infeksi kulat/fungal.

Alor Vera memang semua orang tahu bertindak sebagai penyejuk dan melembutkan kulit kepala dan rambut. Tapi sebelum ni, Ney beli aloe vera asing, lepas tu lumur sekali dengan shampoo. Dah included sekali macam ni mudah lah! Gatal pun hilang.

Cara-cara penggunaan:

Urut perlahan shampoo di rambut dan kulit kepala yang basah. Kemudian, boleh terus cuci rambut macam biasa.


Step 5: Himalaya Skin Wellness 

Bukan skincare atau haircare products tapi supplement untuk maintain kulit & rambut yang lebih sihat. Sesuai dimakan untuk korang yang ada masalah kulit sebab Himalaya Skin Wellness ni dapat membantu kulit lebih sihat, cantik dan glowing! Supplement ni dapat membantu menghalang bakteria yang akan menyebabkan jerawat tumbuh, detox dan juga mempunyai anti-oksida yang membantu kulit lebih glowing dan shining.


Kandungan bahan:

Neem memang tak dapat disangkalkan lagi herba yang bertindak sebagai anti-bakteria  untuk blood cleansing.

TIDAK mengandungi bahan pewarna, gula, bahan perasa yang tidak dibenarkan, atau gelatin dari haiwa

Cara-cara penggunaan:

Makan sebiji kapsul, dua kali sehari. Dalam botol ni ada 60 biji kapsul, cukup untuk satu bulan.

Tips kalau korang ada jerawat tetibe muncul kat muka, Ney selalu keluarkan serbuk Neem dari kapsul tu, mix dengan aloe vera gel lepas tu Ney sapu kst tempat jerawat tu. Biarkan sampai kering baru cuci muka. Percayalah, jerawat terus kecut dan kering dengan cepatnya! Thank me later.

Cuba lah tips ni semua mana tahu raya kali ni semua terpegun tengok kulit muka dan rambut korang sihat dan bersinar? 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook