Majlis Perkahwinan Siti Jamumall ditaja RM500 Ribu!

12:29 am


Siapa tak rasa seronok bila dapat tajaan yang banyak untuk majlis perkahwinannya? Kalau Ney yang dapat pun memang happy! Yang pernah melalui kepenatan nak buat majlis je faham nikmatnya dapat tajaan ni. Betapa bertuahnya Siti Suriani atau lebih dikenali sebagai Siti Jamumall. Tuah ayam nampak dikaki, tuah manusia siapa yang tahu. Bertuahnya badan alahai bila Siti Jamumall dapat tajaan RM500 ribu untuk majlis perkahwinannya di Laman Kayangan Shah Alam!




Katanya, Siti juga plan untuk buat majlis serba sederhana je seperti orang lain untuk meraikan tetamu, tapi lepas memuat naik status di Facebooknya tentang nak buat majlis perkahwinan, tudiaaaa terus berdesup masuk whatsapp dan call bertalu-talu dari founder produk, owner kedai, dan macam-macam lagi untuk sponsor majlis perkahwinan Siti ni. Untungnya alahai. Siapa je tak rasa terharu kan?








Hampir 100 syarikat jenama pelbagai produk berminat untuk menaja majlis perkahwinan Siti Jamumall ni bersama pasangannya Syafiq. Dari Prewedding, Majlis Berinai sampailah bersanding ditaja sepenuhnya. Kata Siti, inilah berkat usaha dia selama 3 tahun yang akhirnya membuahkan hasil. Ye la selama ni Siti dikenali sebagai duta dan wakil bercakap untuk jamumall.com, yang menjual pelbagai jenis produk kosmetik, kesihatan, fesyen dan makanan.


Ney selalu tengok di FB Siti ni, selalu juga dia review barang, buat live tutorial, dan macam-macam lagi sampaikan ada yang viral. Sebab tu Siti juga panjatkan kesyukuran dan tak sangka bila ramai sponsor majlinya dari bernikah, pre wedding, majlis berinai, majlis persandingan sampailah ke pakej berbulan madu.





Antara penaja utama untuk majlis perkahwinan Siti & Syafiq ialah:

- Pelamin & hiasan dewan dari WeddingbyEmma

- Baju pengantin dari Dlia Jane Bridal Collection

- Grand wedding cake dari MadAboutCake

- VIP menu dari Rumpun Selera

- Coffee Es-Cream dari Ana Zahra Beauty

- Jamu dari Seri Lady Empire Resources

- Tudung bawal bridesmaid dari Gallery Bawal

- Kain pasang diamond dari Irahsukri

- Telekung dari Pretty Aini

- Makeup set dari Zacthira Navillionniza

- Scarf dari Scarf by Mehrun

- Printed box dari Art Creation Printing

- Perfume dari Luxe Essencia Resources

- Pakej bulan madu dari Arwarna Resort


Boleh tahan ramai kan? Ni baru senarai penaja utama belum lagi penaja-penaja lain. Wah, kalau korang dah start berangan tu, hah mungkin dah boleh start buat live selalu dari sekarang hahaha!

Selamat Pengantin Baru
 Siti & Syafiq! 

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook