hatiku selembut tisu

3:10 am

Salam buat semua. Hurm , hati selembut tisu? Ye , memang hakikat nya hati ku selembut tisu. Jiwa yang sangat sensitive. Bak kata faiz , hati tak cantik kalau jiwa tak tenang. Ye? Mungkin lah begitu. Banyak yang terjadi sejak akhir2 ni yang buat aku selalu menangis. Apa? Biarlah semuanya jadi rahsia hati ku ini. Ceh. Jiwang pulak dah. Ternyata ini semua disebabkan pengaruh membaca novel cinta. Farah Liyana sure tergelak baca entry aku kali ni. Sbb ketika aku sms dengan beliau dan menyatakan hasrat bahawa blog kali ini berajuk “hatiku selembut tisu” , beliau tidak boleh menerimanya. Haha , actually kami baru sahaja melayan perasaan sebentar td menonton drama “cinta si penggali kubur” di TV3. Betapa besarnya pengorbanan cinta si penggali kubur itu. So, apa lagi farah. Apa kata kamu start ushar mana2 penggali kubur yang ada skrg ni. Hehehe… walaupun drama tu dah berulang2 banyak kali , tapi kali ni lah baru aku kusyuk menontonnya. Bagi sedikit kesedaran dalam diri mungkin. Huh tersentuh jiwa ni. Memang lah sebab hatiku ini kan selembut tisu. Oh ye , sejak akhir2 ni juga , aku banyak menghabiskan malam2 ku dengan menonton citer2 korea yg dah berkurun lamanya dalam lappy ku itu. Ye la , bosan masa cuti ni lah baru nak tgk semua itu. Now , baru lah aku sedar ape yg kawan aku pernah cakap kat aku. Citer korea slalu buat citer yg lebey kurang sama je. Kawan aku tu sms ;

“macam mana kalau kita tahu yang kita akan mati , tetapi ada impian yang masih belum tercapai… namun , impian itu ada didepan mata tapi tak boleh nak buat apa-apa sebab dah dimiliki orang lain…”

katanya; kata2 tu terhasil akibat menonton citer korea yg terlalu banyak. Huh , mcm kena pulak dengan jiwaku ni. Bg aku , kata-kata itu sangat2 lah sesuai dengan aku. Kenapa? Biarlah aku saja yg tahu. Adoyaii. Ok lah , my story ended disini. Sebab masih banyak cerita2 korea untuk aku tonton lagi. Renung2 kan lah kata2 di atas itu…

♥ neyra shazeyra ♥

You Might Also Like

0 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook