
pernah korang fikir, kenapa lelaki berlaku curang? kenapa tidak setia? whoops! bahaya betul entry kali ini. ampun maaf dipinta untuk semua kaum adam di dunia. tidak semua lelaki begitu. ya, sebahagian daripada mereka yang begitu.
mungkin, ramai perempuan tidak akan percaya lelaki lagi selepas mereka curang. sentiasa rasa sakit hati dengan sifat lelaki begitu. but, for me...itu terpulang kepada individu masing-masing. perempuan juga boleh berlaku curang. dan lelaki curang pasti ada sebabnya. mengapa?
aku sendiri tidak tahu sebabnya. tanya lah kepada lelaki, mengapa mereka berlaku curang? pasti berbagai-bagai jawapan yang akan kita dengar. berbagai-bagai alasan yang akan diberi. menagapa mesti lelaki curang terhadap orang yang pernah disayangi nya? mengapa mesti melukakan hati seorang perempuan dan terus melukakan lagi hati perempuan yang lain seterusnya?
begitu juga dengan perihal suami yang curang terhadap isterinya. Sebelum berkahwin, mereka hanya mengharapkan kebaikkan. Selepas berkahwin, ada yang menemui kebaikkan, ada yang sebaliknya. Kasihan mereka yang sebaliknya. Sekiranya seorang suami berkeras dalam membentuk si tulang rusuk untuk lurus mengikut kehendaknya, ia akan patah. Di dalam keadaan lain, sekiranya si tulang rusuk berkeras tidak mahu lurus, walaupun dibentuk dengan lembut, ia juga akan patah.
Jika anda ingin suami anda menyayangi anda seperti mana nabi menyayangi Khadtijah. Contohilah kaedah bagaimana Khadtijah menjadi isteri. Jangan lupa, nabi berpesan, “Sekiranya aku menyuruh manusia sujud kepada manusia lain, tentu aku perintahkan isteri sujud kepada suaminya.” Berapa ramai wanita yang sanggup menyembah suami mereka? Berapa ramai wanita yang ingin suami menyembah mereka?
hakikatnya, pelbagai jawapan juga boleh diberi oleh lelaki tentang mengapa mereka berlaku curang. salah kaun hawa? atau salah diri sendiri? apa pendapat anda semua?
nota kaki: aku agak, pasti lelaki akan beri komen mcm ni: “kenapa pulak perempuan curang?” sudah! bagi komen banyak2 kat sini sambil click ads okayh? Hahaha…








kenapa u ditinggalkan? :P