selamat berkorban!
9:31 amokayh, untuk makluman semua saya sangat mengantok semasa menaip entri ini. niat hati petang tadi mahu update secara bertubi-ubi kununnya. tetapi semuanya hanya tinggal angan-angan. sangat penat sampai rasa malas pula. baiklah cik @yashygsempoi, saya mengaku sifat malas dalam diri saya masih wujud seperti hari-hari yang lepas. saya cuba update! fuhhh...
nak start dari mana ek? banyak sangat entri basi terperam dalam periuk sempena hari raya aidiladha. *blur gilew nak update blog mcm dulu tapi tak menjadi sangat*
hah! saya blah dari bumi beranang yang terchenta itu sejak hari rabu lepas. selamat tinggal beranang! lepas ini tiada lagi entri berbau beranang. okayh, saya sedang mentipu pembaca belog. mustahil semua itu. sebab saya masih ada re-do session isnin depan. shit! saya sudah bosan menghadap semua assignment segala jadah apa itu. tolonglah!
sebab nak blah sangat sengan perasaan yang tidak sabar-sabar seperti kucing mendapat awek baru, saya sehingga tidak tidur selama dua malam berturut-turut kononnya sibuk mengemas semua barang yang patut berlori-lori datang punggah semua barang. sedang mentipu pembaca lagi sekali. sebenarnya sibuk ber-twitter sebab internet berukband peliharaan sangat laju secara tiba-tiba meroyan.
eh bosan lah! mana gambar?
hah itu dia kao. nak sangat gambar! cik neyra, sila bersopan. oakyh. itu perkenalan bersama bekas dapur yang sangat berjasa itu. siapa follow saya dalam twitter pasti tahu saya selalu masak itu ini mengalahkan rancangan memasak chef wan potpet itu. bubbye dapur kuh! ops, bekas dapur!
itu dia kedudukan peti ais saya. see... guna suzuki apv juga muat segala. padahal semua pembaca tidak tahu, bahawasanya 3 kali round ulang alik secara marathon beranang - KL untuk pindah semua barang saya :)biasalah babe, duduk beranang yang terchenta itu 3 tahun setengah kot.
semua nya pindah sementara ke rumah adek saya di sri shamelin, cheras. weee~ memang sangat full rumah itu. tidak mengapa, sedikit sedikit akan di angkut pulang ke kuantan. fuhh... malam itu, sangat lapar. hajat mahu makan ke jalan peel terbantut sebab kedai tutup. balik raya kot pakcik? maka, pergi lah ke pandan mewah, melepak makan di nasi kandar bistro. saya makan apa?
tadaa... lamb chop! sampai sengaja menjeleskan semua di twitter dengan lamb chop saya. sedap! sebab abang tukang masak juga hensem sachok semua lah segala nya. tapi, sedikit liat. tidak mengapa, yang penting tukang masak hensem banget.
esoknya, bergerak secara marathon walktahon keretathon pagi buta pulang ke kampung di kampar, perak. dalam perjalanan ke kampar, berhenti di highway sebentar. terjumpa sesuatu. apakah?
itu! keropok ubi namanya. kecil kecil cili padi dulu selalu makan makanan itu. fuh teringin, terus pergi beli. sediki mahal dari dahulu kala zaman muda mudi. rm3 untuk 3 keping. cis, sudahlah keras. naseb lah sedap juga. dah nama mengidam kan?
dalam perjalanan, mendapat panggilan penting dari yang berhormat di rumah embah memesan lemang yang harus dibeli di kg pasir itu. maka, pergilah membeli dua batang lemang yang berharga rm9 sebatang. fuh, mahal ek harga lemang sekarang?
dah sampai rumah, terus tukar uniform pekerja dapur yang berkaliber. mendapat arahan bertubi-tubi. segala persiapan hari raya tuan haji esok disiapkan. eh nak raya dah ek? hahaha. sengal! tu gambar saya dalam the making of ayam masak kicap ye tuan-tuan dan puan-puan.
itu korang jangan jadi sengal pergi tanya apa minah dua orang itu sedang buat. masak sambal goreng jawa. kami kan keturunan jawa. hahaha! yang putih itu suhun ye pembaca. sambal goreng itu sangat sedap. nyum nyum.
ya allah, malam tu... budak gemuk ain suhada a.k.a bam bam datang ke rumah dihantar emaknya. perlu tidur sini sebenarnya bam bam. emaknya bekerja syif malam. tengok itu bam bam comel sedang pura-pura hebat main rubic cube. kamu nak lawan dengan abg nuek ke main menda tuh ain?
ecehh.. ini aksi bemesra bersama ain. dua budak gemuk selekeh comot tak mandi sedang bermain bersama di ruang tamu. ain sangat suka duduk atas orang dan berlagak seperti ulat beluncas meniarap atas semua orang. bam bam ini tidak boleh merangkak lagi sebab bontot berat sangat sehingga tidak stabil! hahahaha. mentipu pembaca.
malam itu juga ke mambang di awan sebentar. mambang di awan itu nama tempat ye. bukan nama mambang cerita p.ramlee. buat apakah? melawat sepupu saya, muhammad aqil fathi yang akan di"potong" lusa hari. sudah potong kah anda?
sebelum mengakhiri entri panjang mengantok kununnya ini, haruslah ada gambar penulis belog yang kepenatan. ini budak gemuk nama muhammad luthfil hadi. sumpah berat gila ini budak. sudah lah! saya perlu tidur. selamat berkorban semua! selamat hari raya aidiladha.
:)

2 comments
family ko time raya leyh tahan gak ek celebrate? Hehehe!~
ReplyDeletehak3 update jugak la ekk?
ReplyDeletegiler pandai ko masak.. sedap ke tak tatau.. ke stakat beraksi di lensa kamera sahaja? wakkakkaka!
selamat aidiladha..! tak mandi mucuk! uweekkkk....~
drop your comment here!