Anne Ngasri di ambang perpisahan
7:19 am
KUALA LUMPUR: Rumah tangga hampir lima tahun yang dibina dramatis terkenal, Nasriah Ngasri atau Anne, 26, dan suaminya, Abdul Wafi Hassan, 29, kini di ambang perpisahan. Segala yang berlaku dalam hubungan pasangan ini akan berakhir di mahkamah tidak lama lagi.
Namun, apa punca sebenarnya tidak diketahui. Malah, Anne yang dihubungi Harian Metro semalam enggan berbicara lanjut mengenainya kerana semua sudah diserahkan kepada mahkamah. Katanya, biarlah mahkamah saja yang memutuskan keputusannya.
“Memang benar apa yang diperkatakan mengenai perkara itu (berkaitan rumah tangga). Tetapi, saya minta maaf kerana tidak boleh memberi sebarang komen sehingga mahkamah membuat keputusan. “Saya memang tak boleh cakap apa-apa,” katanya. Ditambah lagi, kini Anne juga sibuk menjayakan drama 26 episod, Lagenda Budak Setan untuk Astro sejak dua bulan lalu.
Anne berkahwin dengan Wafi pada 26 Mei 2006 pada usia 22 tahun dan dikurniakan dua anak. Kes pengesahan lafaz cerai pasangan berkenaan akan didengar di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur pada 19 Mei depan.
credit to: harian metro
7 comments
apela...kawin2 cerai..ramai sgt artis dah macam tuh,baik xyah kawin la snng..huhu
ReplyDeletehai eyra... tak baik sebar maklumat saya kat blog khai...
ReplyDeletetak kesian kat saya ke? hurm.. nak berkenalan ngan awk leh x?
lagipun awak duk kat kampung tuan kat beserah kn? dekat je ngan umah bapa saudara saya... huhu
apapun saya x ambil hati.... huhu
nk wat cane..jodoh dorg xpnjg..
ReplyDeletesudah tidak ada lagi keberkatan di dalam rumahtangga umat Islam
ReplyDeletejadi blog gosip artis lak rupanya... mamarazzo!
ReplyDeletexde jodoh..kan?huhu
ReplyDeletesayang haritu i nampak anne melilau dekat Jais. tu i pelik ape lah dia ni buat kat sini. seminggu lepas tu i dengar die nak cerai pulak.
ReplyDeletedrop your comment here!