Valentine's Day? Couple Itu Haram?

8:59 am





Valentine's Day (14 Febuari) dah nak dekat. mesti ramai dah plan nak celebrate ke apa. ada jugak yang plan pegi tgk konsert deftones agaknya malam tu. candle light dinner segala bagai kan? lepas tu siap dah menabung sebulan sebelum masuk bulan Febuari sebab nak belikan bunga rose 24 kuntum untuk awek masing-masing. pehhh gila! ok, Valentine's Day bagi Islam memang lah haram untuk kita sambut. aku couple pun, aku tak pernah dating okayh. nak buat camne, boyfie jauh. sobb sobb... eh lupakan!

Tindakan mengaitkan pertengahan bulan Februari dengan cinta dan kesuburan sudah ada sejak dahulukala. Menurut tarikh kalender Athena kuno, periode antara pertengahan Januari dengan pertengahan Februari adalah bulan Gamelion, yang dipersembahkan kepada pernikahan suci Dewa Zeus dan Hera.

Di Roma kuno, 15 Februari adalah hari raya Lupercalia, sebuah perayaan Lupercus, dewa kesuburan, yang dilambangkan setengah telanjang dan berpakaian kulit kambing. Sebagai bagian dari ritual penyucian, para pendeta Lupercus meyembahkan korban kambing kepada sang dewa dan kemudian setelah minum anggur, mereka akan lari-lari di jejalanan kota Roma sembari membawa potongan-potongan kulit domba dan menyentuh siapa pun yang mereka jumpai. Terutama wanita-wanita muda akan maju secara sukarela karena percaya bahwa dengan itu mereka akan dikurnia kesuburan dan bisa melahirkan dengan mudah. 

Benarkah hukum menyambut hari Valentine adalah haram, bagaimana pula hukum menjual hadiah dan bunga kepada pasangan-pasangan bukan Islam dan sebahagian umat Islam yang meraikannya?

ringkasnya, mengikut kata-kata yang dipetik di blog ustaz zaharuddin, setiap tujuan dan asal usul perayaan itu perlulah disemak. Maka jika disemak perayaan Valentine ini. Ternyata ia berasal dari cerita dongeng, karut dan syirik berakitan dewa dan sebagainya. Selain dari asalusul, cara dan kaedah implementasnya juga mesti dilihat, jika secara adatnya ia disambut dengan dosa dan maksiat. Ia sekali lagi dilarang di atas dasar tersebut pula. ambutan hari Valentine hari ini menjadi semakin terkeji apabila ia menjurus kepada perlakuan maksiat, mengadaikan ‘dara' kepada kekasih yang bernafsu ‘syaitan' dan dengan perlakaun seks bebas yang kononnya bagi membuktikan 'ketulenan' cinta seseorang kepada kekasihnya. 

Hukum memberikan hadiah sempena hari Valentine juga adalah menjadi haram berdasarkan kaedah dari firman Allah : "Janganlah kamu bantu membantu dalam perkara dosa dan permusuhan". Bagaimanapun hukum menjual bunga sahaja, ia tidak kurang dari kategori jualan yang syubhah, makruh atau haram khas di hari Valentine.Justeru, kita dapat melihat bahawa benda yang haram, maka haram juga dijualnya mahupun dihadiahkan. Dalam hal menjual bunga, ia juga boleh menjadi syubhah di hari Valentine seperti ini, kerana diketahui ianya dibeli khas untuk mearikan Valentine yang haram. Para ulama juga menyatakan LARANGAN untuk saling mengirim ucapan Valentine, cinta dan kasih bersempena hari itu.



bagi aku, setiap hari adalah hari berkasih sayang. takkan lah 14 Febuari je kan? 364hari yang lain macam mana? oh bagi isu Couple Itu Haram, aku no komen. macam-macam fatwa lah keluar. sampai kan ada aku terjumpa satu entry tahun 2008, kesian dia... disebabkan awek dia ni percaya bahawa couple itu haram, terus mintak putus dari boyfie dia. wallahualam. aku tak tahu sangat pasal ni. aku couple pun macam tak couple. hahaha. nak tahu lebih lanjut sila lah ke blog murabbi atau artikel iluvislam ini dan artikel luvislam ini atau baca cerita ini.

You Might Also Like

5 comments

  1. nauzubillah..
    mintak2 jauh dri semua tu kan.?
    =)

    ReplyDelete
  2. everyday is a valentine's day if we want too.. tak payah wait for february 14.. :)

    ReplyDelete
  3. last sambut V-Day mase form 5 .
    mase tu masih takde ckp pasal haram2 lagikk .
    pastu dah tawu , takde sambut dah :)

    ReplyDelete
  4. yg cerpen tu kn..tu cerita dak UTP, dh final year pun skarang.....
    tp alhamdulillah, mnggu lepas dia dh kawen =)

    ReplyDelete
  5. sape rase dia tak sayang agama tue ngan dumb a$$,sila-sila lah sambut ye...

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S