Kotex TVC and Webcamp UTP

10:53 am



ehem ehem. selamat malam semua! guru besar datang ni nak update entri yang sangat malas nak update. cerita lama dan baru sekali pakej. kadang-kadang guru besar selalu rasa nak update dalam ni tapi banyak tertangguh sejak laptop lama hilang dicuri perompak durjana. aku jumpa korang, siap aku kerat-kerat adik korang yang dalam seluar tu! hah, kan guru besar dah marah ni?


baiklah, kita lupakan laptop lama. terkubur sudah Nur Esah binti Abdullah. sekarang guru besar dah ada buah hati baru bernama Nur Delaila. cantik Nur Delaila ni. tapi kadang-kadang guru besar masih merindui Nur Esah ketika bulan mengambang. wahai Nur Esah, dimanakah kamu? eh terjiwang pulak!





ni guru besar nak cerita ni. rasanya pernah update lah dulu kala. kalau korang pembaca belog polkadot pink yang bosan ni mesti korang tahu entri kotex-iknowmovement ni dulu. ye, berjaya ye casting itu dan saya dah pun shooting akhir bulan January lepas. kat atas ni gambar script and contract saya ye. signed talent agreement under agency Ogilvy & Mather Singapore untuk Kotex "I Know Movement" Phase 2 Campaign. Alhamdulillah, setelah berjam-jam lenguh urat tengkuk semua sampai hilang nebes nak act depan director yang baik hati itu, selesai sudah semua untuk TVC ini. payment pun sudah dapat. ehem ehem ada lah beberapa ratus USD. tak banyak pun. untuk Assistant Director dan Director saya, selamat dikurniakan baby comel dalam masa beberapa hari lagi ni. ye, mereka suami isteri yang sangat sweet! :))


*update: the video.




kita lupakan kisah kotex. jangan ditunggu-tunggu TVC itu kerana saya sangat malu nanti. pagi tadi saya jadi speaker untuk event di UTP. apakah? speaker? presentation PCS pun pakai hentam kromo tetibe jadi speaker. bagi talk pasal social media pulak tu kat WebCamp. ni semua Mahsyar Said punya pasal. hehehe! yang kat atas ni buat mulut ikan mengadap laptop tu lah Mahsyar Said. yang buat peace kat belakang berdiri tu Azrul Azwar yang bakal beli domain www.azrulpondan.com dan sebelah dia tu si tinggi Izyan Izzati. eh kenapa promote diorang je? saja bagi glamer sekali sekala.




datang WebCamp pepagi buta okayh! semua sebab baby geek, Pisyek semangat nak datang awal. padahal slot kami lambat. ye, Pisyek juga speaker. punya semangat dia ni, datang sebelum participant lain datang. apakah dasat dia ni. eh eh kan dah kantoi tu spec Pisyek bukan spek saya. guru besar macam mak nenek. eh mengaku pulak.


ni si Pisyek tengah bagi talk, saya pi main conteng kat whiteboard. nama bebudak Twitter yang datang. ecehh... ramai kan? ramai la tu. maaf ler UTPian lain yang saya kenal kat Twitter. lupa jemput korang semua sebab si Mahsyar tu pun beritahu last minit schedule WebCamp ni. kelam betul. eh eh sila lah follow nama-nama di atas. yang no 1 tu penting. tehee~


WebCamp ni apa? actually ni camp ajar bebudak yang belum ada blog atau yang nak belajar lagi pasal blog ni. diorang ni ajar bebudak ni buat blog and camne nak setup guna WordPress semua. siap Mahsyar tunjuk camne nak beli domain hosting ke apa semua. betul-betul dia beli domain tadi. banyak betul domain dia ada sekarang. memang hobi kumpul domain agaknya. atas ni yang bergambar. rasa macam ada yang takde. eh ke ada semua? eh eh.


guru besar mak nenek tengah betulkan tudung lepas berjaya mencuri spec Pisyek yang cool. rasa macam nak beli seketul spec macam ni. sangat comel macam Cik Epal kita tu. hahaha! comel kan? kan? macam guru besar sesat di UTP. sila abaikan dagu dan lengan yang gebu itu. nanti kita kuruskan bahagian itu. yang penting bontot tak nampak sangat dah. ngee~



habis dah mencapap dengan baju comel ni. saje je promote twitterhandle sendiri kan? sila lah follow saya di Twitter. ramai jugak yang tanya mana nak beli baju macam ni. siap boleh customize nama sendiri. korang nak tengok design yang lebih cool? sila lihat design-design baju yang Zicco Tees jual di: www.zicco.com.my . kalau korang rasa mahal, korang jangan lupa. kualiti tu penting. kain dia memang sedap pakai. dulu saya beli lagi mahal. sekarang tengah ada promo! eh eh guru besar tukar jawatan jadi promoter dah sekarang. baiklah, mahu berhenti potpet kat sini. korang nak menang iPad 2? nantikan entri baru esok! :))

You Might Also Like

7 comments

  1. alaaaaa.... rugi tak datang tadi. akak ieyra ni mesti problogger kan? ruginyeeee...

    btw, nak buat jugak la baju tu.. heee

    ReplyDelete
  2. eheh, aku nmpk ko bergaya sakan nampaknya dengan spek bergaya aku tu... nk klem royalti sewa buleh x? :P

    dan,

    oh, aku memang kelihatan sangat kewl dah comel dalam gambar diatas...

    hahaha...

    ReplyDelete
  3. muje gila.

    pisyek, aku blanja cekelat seposen mau?

    ReplyDelete
  4. buleh3... mmg dialu-alukan.. :P

    ReplyDelete
  5. promot aku punye entri plak kat sinih.. xD

    http://blog.pisyek.com/2011/02/webcamp-at-universiti-teknologi-petronas/

    ReplyDelete
  6. cis. sewa papan iklan rm1 sejam gagagaggaa

    ReplyDelete

drop your comment here!

Like us on Facebook

F O L L O W E R S