Gambar Perkahwinan Memey Suhaiza & Norman Hakim dan Nabil & Zira

9:39 am

malas nak buat entry mereka ni tapi nak jugak la buat. jom lihat satu persatu gambar mereka. sumber: ohbulan

Hanya sekali lafaz Mohammad Norhakim Zakaria atau lebih dikenali sebagai Norman Hakim,35 bergelar suami kepada Suhaiza Suhaimi, atau dikenali sebagai Memey Suhaiza, 23 di kediaman pengantin perempuan, Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor dengan mas kahwin berjumlah RM22.50 dan hantaran berjumlah RM24000. Sejumlah 5 dulang hantaran daripada pihak Norman Hakim berupa set persalinan barang kemas (cincin dan rantai), GPS, kek buah-buahan berbentuk beg Gucci, sirih junjung dan senaskah Al-quran. Manakala, pihak Memey Suhaiza membalas 7 dulang hantaran berupa sebuah iPad2, cincin berlian, coklat, buah-buahan, kek lapis Serawak dan senaskah Al-quran.












komen: langsung takde seri pengantin atau muka si memey ni memang nampak lebih tua dari usia? dan kenapa majlis resepsi jutaan ringgit tu cam ala barat sangat? seksi kemain begitu.


Hanya 2 kali lafaz, Ahmad Nabil Bin Ahmad, 28 atau Nabil telah bergelar suami kepada Nazirah Binti Ayub, 23 dalam sebuah majlis akad nikah yang berlangsung di Majis Tuanku Zainal Abidin Putrajaya, tepat jam 5.16 petang dengan mas kahwin berjumlah RM300 dan wang hantaran berjumlah RM15000.

Nabil menerima 9 dulang hantaran daripada pihak perempuan berkonsepkan Red Rhapsody iaitu sebentuk cincin, coklat Godiva, sepasang kasut Tods, sebuah PlayStation 3, sebuah iPad, senaskah Al-Quran, tepak sirih, buah-buahan & kek fonding. Manakala, Zira pula menerima sejumlah 7 dulang hantaran berkonsepkan White English Contemporary iaitu gabungan wang hantaran & sebentuk cincin, tepak sirih, sebuah Blackberry Playbook, kasut Stuart Weitzman, set wangian Laura Mercier, set alat solekan dan senaskah tafsir Al-Quran.






 komen: yang ni macam comey sikit. tapi fulamak barang hantaran! pengsan... aku rasa aku kawen nanti aku nak letak CPU dengan monitor besar gedabak. epic tak?

You Might Also Like

1 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook