sekadar INFO tambahan: kedudukan anak bulan pada 29 Ramadhan 1432H

1:48 pm




Kebiasanya jika kita raya lewat sehari dari Arab Saudi. Maka riuh rendahlah manusia iaitu umat Islam kerana tidak mengerti... Ada yang kata “ Raya pun umat Islam tak boleh nak bersatu”. Maka pada tahun ni 1432H, Allah Taala jadikan fenomena tersebut berlaku di Malaysia sendiri. Berdasarkan kepada kiraan Astronomi, perjalanan Matahari dan Bulan, hari raya di Semenanjung tak sama dengan Sabah Sarawak. Semenanjung Malaysia akan berhari raya pada 30/8/2011 (Selasa). Manakala di Brunei, Sabah dan Sarawak, Filipina dan Sulawesi akan beraya pada 31/8/2011(Rabu) TERMASUK Pulau Tioman.

Mengapa terjadi sedemikian?


Ijtimak matahari, bulan dan bumi, berlaku pada jam 11.04 pagi, pada 29/8/2011 iaitu hari ini. Maghrib di Alor Star pada hari ini ialah 7.27 petang. Dari jam 11.04 pagi hingga 7.27 petang, masa yang diambil ialah 8 jam 23 minit. Oleh itu, anak bulan wujud diufuk barat ketika matahari jatuh, maka keesokan harinya ialah 1 Syawal (Selasa, 30/8/2011).

Di Kota Kinabalu, Sabah... Ijtimak matahari, bulan dan bumi, berlaku pada jam 11.04 pagi, pada 29/8/2011 iaitu hari ini. Maghrib di Kota Kinabalu pada hari ini ialah 6.23 petang. Dari jam 11.04 pagi hingga 6.23 petang, masa yang diambil ialah 7 jam 21 minit. Oleh itu anak bulan belum wujud di ufuk barat ketika matahari jatuh, maka keesokan harinya ialah 30 Ramadhan (Selasa, 30/8/2011). Maka, 1 Syawal jatuh pada hari Rabu, 31/8/2011.





Dia menjadikan MATAHARI menyala-nyala, dan menjadikan BULAN bercahaya serta menentukan manzilah-manzilah supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan menghitungnya(membuat kalendar), Allah jadikan yang demikian itu kerana menzahirkan kebenaran. Dia menjelaskan ayat-ayatnya kepada kaum yang BERILMU (Yunus :5)

صوموا لرؤيته وافطروا لرؤيته فان غم عليكم فاكملوا عدة شعبان ثلاثين يوما - الحديث

Rasulullah bersabda yang bererti "Berpuasalah kamu dengan melihat anak bulan dan berayalah dengan melihat anak bulan. Sekiranya terlindung maka genapkanlah bulan Syaaban menjadi 30 hari."

Ini cuma info tambahan untuk anda semua renungkan sebagai pengajaran betapa besarnya kekuasaan Allah yang Maha Besar. Ijtimak telah berlaku pada 29 syaaban, 29 ramadhan atau 29 zulkaedah sebelum matahari terbenam dan hilal dianggap boleh kelihatan apabila kiraan memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:

1. Ketika matahari terbenam, ketinggian anak bulan di atas ufuk tidak kurang daripada 2 darjah dan jarak lengkung (bulan matahari) tidak kurang daripada 3 darjah

2. Ketika bulan terbenam, umur anak bulan tidak kurang daripada 8 jam (selepas ijtimak berlaku)

Maka, kalau dikira umur selepas ijtimak bagi sabah dan sarawak memang tidak mencukupi 8 jam tetapi mungkin telah memenuhi kriteria satu lagi iaitu ketinggian daripada ufuk 2 darjah dan jarak lengkung bulan-matahari 3 darjah.

Untuk Pengetahuan semua supaya tiada kekeliruan dan keraguan, memang Sabah dan Sarawak tidak memenuhi syarat kenampakkan hilal pada cerapan 29 Ramadhan ini. Walaubagaimanapun konsep matlak telah diambil kira bagi penentuan hari raya bagi Sabah dan Sarawak. Matlak secara bahasa ertinya adalah tempat terbit( thulu) nya hilal pada sebuah wilayah.

Pendapat pertama: Setiap wilayah/negeri mempunyai matlak yang berbeza-beza

1. Pendapat ini dirajihkan atau dikuatkan oleh Ibnu Abdil Bar dalam kitabnya,Tamjid. Imam An-Nawawi dalam Kitabnya Al Majmu Syarul Muhadzab dan juga dalam syarah shahihmuslim, Al Imam Al Qurtubi dalam tafsirnya dan beliau menukil dari Ibnul Arabi Al Maliki.

2. Syaikh Ibnu Taimiyah rahimahullah dalam kitabnya, Al Ikhtiarot Al Fiqiyah, beliau mengatakan matlak (tempat munculnya hilal) itu berbeza-beza dengan kesepakatan orang-orang yang mengetahui hal ini, maka apabila matlak satu maka wajib baginya untukberpuasa dengan rukyah negara tadi tapi jika berbeza maka dia tidak boleh mengggunakan rukyah negara tersebut.

Pendapat kedua: Menyatakan bahawa bila hilal telah terlihat di sebuah negara atau wilayah maka rukyah tersebut berlaku untuk semua negara kaum muslimin.

1. Pendapat Imam Al Laits IbnuSaab, Imam Madzab Empat (Imam As Syafie, Imam Ahmad,Imam Malik dan Imam Abu Hanifah), Ash Shoymari, Abu Qoyyid, Ad Darimi, Abu Ali As Sinji dan yang lainnya adalah dari kalangan ulama Syafi’iyah.

2. Dirajihkan oleh Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah dalam Al Fatawa

3. Dalil- dalil:

i. Barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu. (surah al-baqarah :185)

ii. Berpuasalah kalian dikeranakan melihat hilal dan berbukalah kalian juga dikeranakan melihat hilal. (HR bukhari & muslim)

Pendapat ketiga: Bergantung kepada keputusan penguasa/pemerintah

1. Pendapat Abdul Aziz Ibnul Madisun (murid Imam Malik Rahimahullah)

2. Dihikayatkan oleh Imam Asy Syaukani dan sebelumnya oleh Ibnu Hajar Al Asqalani Rahimahullah

3. Dikatakan oleh Syaikh Ibnu Utsaimin tentang pendapat ini, “Pendapat yang ketiga inilah yang diamalkan oleh kaum muslimin sekarang ini. Dan pendapat ini dari sisi kemasyarakatan, ini pendapat yang kuat”.

Namun, semuanya bergantung kepada pihak berkuasa dan pemerintah untuk menentukan bila tarikh hari raya untuk negara kita. ini sekadar info tambahan untuk pengetahuan semua tentang fenomena yang terjadi dalam negara kita. Wallahualam.. Selamat Hari Raya untuk semua. Semoga Syawal ini memberi keberkatan untuk kita. Tidak lupa, Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan bagi semua rakyat Malaysia.






You Might Also Like

4 comments

drop your comment here!

Like us on Facebook